blog background

26 November 2010

Laman Rindu By Hasreeyati Ramli

Assalammualaikum ;)

"ekceli ntry ni aku da bt separuh smlm n kemarin..tp jiwa kacau..so, xblh abiskn.."

Apa kabar u'olls? sihat x? hehehe...lama da xmain type2 sini kan..wahhhh..!kehkeh..bnyk kejadian yg b'laku mggu2 awal semester break ni..n bnyk jgk yg t'lps pndg dengar dr belog ni..huhu..mula2, raya aji, then, tulung bt asgmnt my sis *rsa2 blh claim kan tu..RM100 per each..haha..mata duitan..alala..tulung2 la bha org susah..haha erm..opkos la cuti2 ni kna la jd part time babysitter n driver xb'gaji..huhu..tp kira ok la my twins nephew da bsr sikit n da pndi b'jalan..so, agak senang skit la jaga..*senang ka??huhu..dorg skrg bkn main lagi suka b'gaduh..huhu..rebut2 mainan la..haishh..poning den..haha

ermm..apa lg aa..ha! bt pgthuan korg yg xmaw tahu *aku taw korg xmaw taw pu..tp aku ttp maw bg taw..gagaga aku skrg sgt2 suka ngan HOKI n RAGBI..sangat-sangat okeh!haha..faam ka? Aura Asean Games da msk ni weeii..haha.. Guangzhou..tp sbut btol ya..guangJoe...hehe..btol2 ok..jap2..blom abis ckp sal hoki n ragbi tu ka..act, aku mnt sbb aku da taw mcm mna main p'mainan tu..besh jgk!haha..skills pling pnting...wahhhhhhh...pnjg gla mukadimah aku ni kan..boring..?? ~.~"



Sinopsis : LAMAN RINDU
 
SEKIAN lama menyulam kasih, cinta yang kian mekar diikat dengan tali pertunangan. Sejak itu, Asnida tidak sabar menantikan hari bahagianya bersama Zamarul. Tanpa diduga, istana yang bakal dibina tiba-tiba dilanda petaka. Dia kecewa apabila Zamarul berterus terang telah menikahi Milia, bekas kekasihnya secara rahsia. Asnida rasa tertipu dengan kecurangan Zamarul. Dia menghadapi tekanan emosi dan sering merindui musim cinta mereka yang kini tinggal memori duka. Dia cuba membenci Zamarul dan minta pertunangan mereka diputuskan, tetapi Zamarul tetap bertegas mahu meneruskan perkahwinan mereka.

Kehadiran Helmy telah mengisi ruang kosong di hati Asnida. Helmy, lelaki yang menghargai kesetiaan seorang wanita. Helmy juga telah mengubati kelukaannya dengan kata-kata semangat. Dalam diam, dia merindui lelaki itu biarpun hatinya sering menidakkan kerana dia masih tunangan orang. Hubungan Asnida dan Helmy telah menjeruk perasaan Zamarul. Dia bersemuka dengan Helmy dan memberikan kata putus yang Asnida tetap akan menjadi miliknya biar apa pun halangannya. Asnida pasrah. Biarlah takdir yang menentukan jalan hidupnya.

oklah cita ni..tp cita dia pusing2 tp tang tu jgk..huhu..anti ngan watak zamarul...tamak dan paling x gentleman..huhu..beza ngan watak helmy yg gentleman n watak hero la katakan..hehe..suka la jgk watak helmy tu..ermm..alaaa...cam mls pla maw komen lebih-lebih sal novel ni..bkn sbb xbesh..cuma mood xok now..

apa lagi eh..? haa..cita sal mood xok ni sbb skuad hoki Malaysia kalah ngan team hoki Pakistan 2-0..huhu..hatiku hampa..bkn sbb apa la..bnyk peluang t'lepas mcm tu sja..mrka main bkn mcm time lawan India..huhu..kiciwa ;(..tp kta harus berbangga ngan mrka ni sbb kta da menanti peluang ke Final dr tahun 1958 lagi..bayangkan..skrg da 2010..huhu..kira ni p'capaian yg terbaik setakat ni la..mgkin bkn rezeki Malaysia tuk dpt emas..tp kita hrs jdkn ini sbgi peluang utk skuad hoki memperbaiki mutu p'mainan td dan kumpul la pengalaman dengan adanya perlawanan sedemikian...*wahhh..amacammm?? ada gaya pengulas sukan ka? haha.. apa-apa pun tahniah buat skuad hoki negara sbb dpt perak =)

eh..! smbg balik sal novel ni kan..besa la sharing is caring..!heee..

kepada para wanita semua..please take note ya!

Mengenai wanita dan kubur
 
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

ni aku copy dr segmen ilmu dlm novel ni...so, mudah2an bermanfaat kepada anda semua...

till then, babaaaiii

nota bantal buchuk: huhhhh..!!tension, tensi, tensoon..T_T

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...