blog background

Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

01 June 2013

Teaser : Hari Jubah Saya!

Assalamualaikum :)


Anneyonghaseyo...


Jubah.Topi.Bunga dan Saya! haha



BFF :)


Till then, anneyongi kyesayo ;)


Nota Bantal Buchuk : Masih menunggu full gambar baru boleh upload semua..hehe..

18 November 2012

Zaman IPG yang suda berakhir

Assalamualaikum ;)

Anneyonghaseyo.... Sebelum ke tajuk utama, Takziah aku ucapkan buat teman juga sahabat yang sudah aku anggap seperti keluarga sendiri atas pemergian bonda tersayang, Isabella...Bell, aku tau ko kuat dan ingatlah yang kami sentiasa ada.. Semalam, ebah text me dalam jam 9 lebih...Berita sedih ni sampai dan aku terus text bell walau tau dia tidak akan reply sebab mesti busy kan...Asalkan dia tau yang kami sentiasa ada untuk dia..



.............




Ok...sebenarnya aku sudah pasang niat untuk update entry pasal cerita ni.. Tapi macam-macam halangan..huhu.. Tidak apa, sekarang kan dah update.. Aku kuatkan semangat untuk update selepas dengar lagu Kookie oppa dari album terbaru dia..hahah.. Mesti haters k-pop caci aku kalau baca ni kan..hehe.. Gediks pula ber'oppa-oppa bagai kan.. Huhuhu.. Tulah kejadiannya.. Maaf la over ye.. Selalu kalau gediks macam tu ada gengs.. Sekarang menggediks dengan belog saja la...Tapi memang tidak best sangat la sebab belog boleh pinjamkan badannya untuk diconteng-conteng saja.. Tiada respon.. tapi bolehlah daripada tiada kan.. Sebenarnya kalau yang belum dengar lagu-lagu KJK yang baru ni, mesti dengar sebab lagu-lagu dia best dan sedih pula..sampai aku pun boleh jiwang..eh! tapi kan Ani cakap aku ni jiwang..Jiwang kah aku? hahaha.. Panjang betul mukadimah ni..alahaiiii...


Baiklah ye... Kalau diingatkan kembali.. Pada tarikh 10.11.12, maka tamat lah perjalanan 5 tahun setengah kami di IPGKK yang terchenta.. Macam baru semalam semuanya.. Tidak sangka begitu cepat masa tu berlalu.. Aku masih belajar untuk menerimanya.. Hakikat yang perlu aku akui dan terima.. Zaman itu suda berlalu dan takkan mampu aku tinggalkan semudah itu.. Masih terbayang-bayang tangisan kesedihan atas perpisahan yang terjadi antara kami semua.. Aku masih ingat, malam sebelum tarikh tersebut *malamlah sangat kan, sebenarnya subuh..haha aku masih sibuk packing segala barangan, harta karun aku selama 5 tahun setengah tu.. Sambil melipat semua baju aku memandang jam.. Suda jam 3 pagi... Tinggal beberapa jam lagi perpisahan akan terjadi.. Air mata terus turun membasahi pipi.. Sedih! Teramat-amat...


Pagi tu, dalam jam 7.. Bilik kami diketuk perlahan.. Aku yang tidak cukup tidur merasa terganggu..Huh! Lambat-lambat aku membuka pintu.. OH! Ac... Dengan muka bangas kami berpelukan.. Sedih...  Selepas adegen tersebut aku terus mencapai tuala dan bergegas untuk mandi... Lepas tu aku memulakan semula operasi packing yang masih belum selesai... Macam mau patah pinggang mengangkut kesemua barang tersebut ke bawah.. Nasib baik bilik kami di aras satu, kalau tidak.. Aku baling dari atas la gamaknya ye..hahaha... Dalam jam 9 lebih mama dan makcik aku pun sampai.. Oleh sebab abang aku tidak dapat cuti maka mama terpaksa chater/sewa kereta orang kampung kami untuk angkut barang-barang aku...


Aku rasa perasaan meninggalkan orang lebih sedih berbanding dengan ditinggalkan.. Sebab, orang yang tinggal tu masih bersama-sama dengan yang lain sedang aku suda mengisytiharkan perpisahan.. Kami berpelukan bersama.. Aku masih ingat orang yang pertama yang datang memeluk aku ialah Inna.. Teresak-esak aku menangis.. Masuk bilik masih menjerit "Haishhh...sedihnyaaaa" kepada roomate aku dengan nada bergurau walau air mata belum kering...


Selepas tu, sorang demi sorang yang datang dan kami berpeluk dan bertangisan.. Aku suda tidak menghiraukan sekeliling.. menangis kesedihan.. Sampai makcik cleaner tu cakap "tiapa...henfon kan ada...msg dan telefon la..."..aku senyum saja...dalam hati...Makcik, tidak sama suda macam di ipg.. Hari-hari jumpa...di kelas, di bilik, di tandas, di bilik dobi, di pekan... Kalau lepas ni jumpa, tidak sama suda..huhu.. Aku rasa sekarang ni macam bercuti sem, then nanti buka sekolah balik semula ke ipg..Tapi itu hanya ilusi saja.. Masih belajar menerima rutin kehidupan yang baru...


~Sahabat,
Aku amat berharap persahabatan yang terjalin antara kita akan kekal hingga ke akhir hayat... 5 tahun setengah bukan mudah untuk dilalui dan bukan sekejap.. Kenangan lima tahun setengah itu amat berharga.. Jgn cuba lupakan semua ttg semalam, kerana semalam suda terlalu jauh drpda kita... Kita tidak mampu untuk kembali kpd semalam... Kita hanya mampu mengingati semalam sebagai kenangan... Walau semalam ada suka atau duka, percayalah, semalam itulah yang sangat manis untuk dikenang untuk selamanya...~


Chinggu yaaaaaaaaaaaaaaa... Saranghae... Nomu nomu nomu saranghae...


Till i merepek melalut dengan jitu, babaiiii...anneyongi kyesayo ;)

Nota Bantal Buchuk : Akan berusaha untuk terus update...banyak mau update tapi semoga diriku jadi rajin dan ada feel mau update k~!



06 October 2012

Teaser : Seminar Penyelidikan Tindakan

Assalammualaikum ;)


Anneyonghaseyo...bagi teaser dulu k!..hahahaha..


Pic candid yang paling disukai setakat ini...teehee



we'all


me..huh?


alhamdullilah..akhirnya selesai juga..;)




till full entry, anneyongi kyesayo ;)



Nota Bantal Buchuk : Buat teaser dulu..tp teaser pnjg juga..hahaha...masih penah tagging-tagging di FB..hukhuk..ramainya mau di tag..huhu

02 October 2012

Hello kawan! Makan Banyak cili ea?

Assalamualaikum ;)

Anneyonghaseyo... blog, mweohaeyo? Lihat pada tajuk...ermmm...apa plak kesnya ni? Entri kali ni bukan cuba membuka lipatan sejarah, namun aku cuba mengajak anda sekalian kembali berfikir sejenak...

***********************************************************
Lorong 44 Jalan Mati,
Cerita Al-Hijab punya pasal,
98765 Sori Aku Pinjam Kejap,
Negara Suka Hati Ko la.

Ke hadapan kekanda si penikam-dari-belakang sekalian,

Apa khabar? Adinda harap kanda dalam sihatlah ya.. Maaf dinda ucapkan andai warkah ini mengganggu kanda..Apalah hendak dihiraukan jika dinda mencuri barang seminit dua daripada masa yang kanda ada dengan menikam belakang secara tidak profesional itu?

Kanda-kanda..dinda ada sedikit kemyuskilan ni.. Kenapa ya kanda, sudah habiskah makanan yang enak-enak di bumi ini sampaikan kanda sanggup untuk makan kawan sendiri? Enakkah kanda?? Kanda tahukah betapa perlakuan kanda itu telah mengakibatkan otak tidak berhenti daripada memikirkan apakah natijah kesemua adegen yang kanda cuba lakar dan lakonkan di realiti pentas wayang pancak ini, kanda? Semalaman dinda memikirkannya sehingga tidak dapat melelapkan mata sehingga pagi.. Nasib baiklah esoknya tiada kertas exam, kalau tidak..Nahas.! sia-sia kehidupan..

Kalaupun kanda cuba untuk mengenakan pihak yang lagi satu, janganlah kanda cuba untuk melibatkan kesemua makhluk yang lain kanda.. Kalau baling batu, sembunyilah tangan itu betul-betul.. Kalau menipu, tipulah pandai-pandai.. Ini tidak, menipu pun tidak berilmulah kanda.. Yang ditipu ni kanda, ada kaitan bau-bau bachang Detective Conan.. Memang cari nahaslah gamaknya ya kanda.. Kata orang kalau nak tengok makhluk halus, bukalah hijab..Nah, itu bahaya kanda..yang takutnya dinda bukannya kanda...Jadi dinda berhajat nak buka hijab yang membolehkan dinda melihat manusia berhati busuk, yang sampai hati menikam kawannya daripada belakang..Kalau yang itu, sudah tentu kanda yang takut bukannya dinda..I'm WATCHING you...!!hahaha

Sedalam-dalam luka di tangan, nampak berdarah, kanda.. Tapi ini lukanya nun tersorok di dasar hati, kanda.. Sekalipun sembuh, parutnya tetap kekal di sana..Adinda bukan apa kanda.. Bercakap ini ya kanda modalnya hanyalah mulut dan air liur sahaja.. Tetapi biasakanlah menambah modal dengan berfikir sebelum bercakap, kanda.. Supaya modal itu tidaklah sia-sia atau membazir saja, bukannya menguntungkan malahan merugikan diri sahaja..

Tapi, biarlah kanda.. Dinda redha..kerana kanda, dinda tahu dan percaya di dunia ini, kita punya bahagiannya masing-masing..yang sudah terjadi ini dinda rasa bahagian dinda..bahagian kanda, kalau tidak esok, lusa sampailah.. Masa itu barulah kanda tahu, langit itu tinggi atau rendah..

Sampai di sini sahajalah ya kanda warkah dinda ini..Panjang berjela-jela pun bukannya kanda insaf dan menggunakan otak kanda itu untuk berfikir secara waras.. Rasanya menghabiskan dakwat pena maya dinda ini saja..

Yang benar,
Adinda
Sareanghea ;)


****************************************************************


Full entri klik surat-layang-layang

Ermmm..baru dengar-dengar cerita..rupanya dipersalahkan lagi kerana entri ini...Alahai...sudah cukup, cukup sudah...Tidak payah menambah sengketa! Sepanjang entri yang telah di linkkan di atas, aku tulis.. Memang aku akui berada dalam keadaan sangat marah, kecewa, terkilan dsb... Orang akan fikir..." alaaah...tu pun mo jugak gini gitu....".. Hey you! ya youuu.. Cuba anda tempatkan diri anda berada di tempat aku... Susah bila bercakap dengan orang yang rasa dirinya suda terlebih pandai ni...Kita ni, jangan lah asyik mendongak ke langit, kadang-kadang pandang la bumi kita ni... Sakit tengkuk tau, lama-lama mendongak ni...hahahah


Apa yang aku curahkan dalam entri tersebut adalah berdasarkan situasi sebenar yang aku hadapi... Dan harus diingatkan, ini adalah blog aku..Tajuk pun Diari Moden...Sebuah diari berkenan cerita kehidupan aku, apa yang aku suka dsb...Cuma konsepnya berbeza daripada diari konvensional yang lebih bersifat peribadi dan tertutup.. Ini diari moden aku, aku suka konsepnya yang juga sebenarnya bersifat peribadi tetapi tidak tertutup kerana aku suka istilah "sharing is caring".... Aku share apa yang aku alami supaya menjadi iktibar kepada orang lain...


Dan sebetulnya, aku memang menulis entri tersebut secara bertujuan.. Tetapi anda suda katakan dan mengakui disebalik kesemua kejadian itu..Bukan anda DALANGnya... Jadi, kenapa harus anda terasa hati? Just let it go! Jangan mau touching-touching sini...go away! Maka pepatah nenek moyang kita dari dahulu lagi tu, sangat releven sampai ke saat ini.. "Siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya.."


Fatin Amalina, just let it be! Peduli la ko...Memang aku tidak kisah! Dan harus aku mention sini...aku sangat menyukai persekitaran kehidupan aku sekarang yang lebih sihat, segar dan bebas...berkawan dengan mereka yang sebenarnya kawan...



oklah, Anneyongi kyesayo ;)


Nota Bantal Buchuk : Wish me luck untuk Pembentangan Penyelidikan Kajian Tindakan PISMP Ambilan Januari 2009 tommorow k! Semoga dapat bentang dengan baik, jawap soalan dengan baik dan dapat markah yang baik juga... Untuk semua pembentang juga, Good Luck! Chingu ya!

18 September 2012

Ya Allah..Permudahkanlah.

Assalamualaikum


Anneyonghesayo...Rindu betul dengan musim berblog secara tegar..tanpa rasa bersalah walau kerja banyak yang menanti...Tapi kini, masa kian berubah, sedang pantai pun berubah =.="..apakah?hahahaks... Guys, seriously...This is very hard time to me...A lot works..super duper busy..harus ketawakah? hukhuk..





Ya Allah... Permudahkanlah segala urusanku..
amin ya rabb



till then...anneyongi kyesayo ;)


Nota Bantal Buchuk : Ternanti-nanti november berkunjung...tak sabar rasanya..walau teruja, namun kesedihan turut berduka.. Namun, pertemuaan penghujungnya pasti bertemu titik pemisah...Perjuangan bukan terhenti, bahkan baru berputik..Lambaian bukan kesedihan, tapi persaudaraan..

13 May 2012

SuperMama

Assalamualaikum

Anneyonghaseyo..Eh! hari ni or semalam hari ibu? Sebagai orang Islam, tidak boleh menyambut perayaan ini atas dasar sejarah smbutan hari ibu ini.. Namun, doa ku buat ibu-ibu sekalian, semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi..amin.. Buat insan terpenting dalam hidupku, first women in my life, the one and only mother, the best ever mom, love you with all my heart..Tidak pernah sedikit pun kecintaan ini berkurang buat mu mama... Walau mungkin dalam sehari ada sahaja perbuatan ku yang tidak kau senangi, maafkan kekhilafan tersebut.. Tapi percaya la, tidak pernah sedetik pun rasa hati ini meninggalkan kasih dan sayang terhadapmu..


Doa Untuk Ibu - Ungu

kau m
emberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan

hangat dalam dekapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan

reff:
oh ibu terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan

oh ibu semoga tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku

repeat reff

ooohh putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku


Aku yakin buat kita yang sudah melepasi zaman-zaman keremajaan, pasti mengakui yang dulu dalam kehidupan kita orang yang terpenting adalah KAWAN... Kawan-kawan adalah segala-segalanya, orang yang pertama sekali dalam hidup kita..Ya! aku mengaku, kalau dulu aku sangat suka datang ke sekolah sebab aku punyai ramai kawan.. Apa-apa hal, kawan lah tempat rujukan pertamaku.. Mengetepikan keluarga demi kerahsiahan dunia keremajaan..

Masa berlalu, lima tahun kebelakangan ini aku mula menyedari sebenar-benarnya erti kepentingan dan keutamaan.. Jauh dari keluarga.. ya! Di sana lah aku mula menyedarinya.. Tiada yang mutlak yang mampu menhulurkan bantuan seikhlasnya selain daripada keluarga sendiri..Aku mula menyedari siapa yang pertama dan utama dalam kehidupan.. Keluarga dan kemudiannya barulah datang SAHABAT.. Siapa sahabat ini? Ya, mereka yang turut ada di masa senang mahupun susah..

Namun konsep ini turut berubah secara total, apabila aku mula mengerti dan memahami maksud KEKELUARGAAN.. Keluarga itu adalah orang yang dekat dengan kita dan memiliki carta yang paling tinggi dalam hidup kita, manakala sahabat pula mereka yang juga dekat dengan kita dan memiliki keunikan yang mempengaruhi perjalanan hidup kita.. Apabila kedua-dua ini digabungkan, maka wujudlah konsep kekeluargaan yang unversal..

Sebenarnya, aku mula memahami dan mempercayai apabila peristiwa 10 Mei 2012 diungkit kembali... Untuk cerita yang lengkap klik link di bawah ni;


Bell, you must be strong untuk mummy... Aku tau dan kenal bell yang sangat kuat dan ceria.. Kami sentiasa ada di belakang untuk support ko.. Pedulikanlah mereka yang cuba mematahkan semangat ko tu..Kalau ko mo pinjam bahu, bahu aku pun boleh. Tulang aku penuh kalsium, baju aku cepat kering..Anytime ok...hehe..




Kawan-kawan yang membaca this entry, feel free to share your experience.. Siapa-siapa ada tips atau ikhtiar untuk pesakit kanser pun diharap boleh berkongsi sama ada di ruang komen atau kindly email me hanaqistina_Fa10@yahoo.com.. Thanks ya!




till then, anneyongi kyesayo ;)



Nota bantal buchuk : sakit otak suda tengok ni ayat-ayat cinta...better, sleeping beauty jom... Esok sambung balik kita EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling ya..hukhukhuk

RM15 Only?

Assalamualaikum

Anneyonghaseyo..Blog, mweohaeyo? Curi masa sekejap.. Walau preparetion exam memang di tahap yang mendukacitakan..Hukhuk.. 2 paper memang sikit, tapi amat membunuh! Subjek tu memang killer.. Terutamanya subjek PRA3113 Kajian Tindakan 1...Macam belajar statistik saja rasanya.. Orang yang ada basic Add Math pun hampir surrender..Apa lagi yang langsung tiada basic add math macam aku.. Sure keracunan nombor aku di sana..hahaha.. Berpinar-pinar aku tengok, last-last dalam kelas main games..Keteh!!

Ekceli, hari ni berlaku peristiwa yang buat aku terharu pun ada, terkesima pun ada.. Macam-macam.. Seriously.. Kisahnya bermula apabila aku outing tadi untuk withdraw money.. Mula-mula try di Bank Rakyat.. Mesin ATM tu tendang kad bank aku..Nyampah!.Aku dengan bersemangat berjalan di tengah panas hari ke Public Bank, resultnya tetap sama..suka suki ko ATM, main tendang-tendang pla.. Kejam..!! Aku tanpa putus asa berjalan lagi ke arah Agro Bank, tapi malangnya masih sama.. Oleh sebab kami outing sekejap saja, then plan singgah di ATM BSN di Petronas..malang berbau minyak..ATM sana tu Out of servis la pla.. Sekian Terima Kasih..

Nasib baik one of my friend, pergi outing.. Aku pun minta dia tolong withdraw.. Tapi still tidak dapat..Sungguh mengecewakan.. Kemungkinan chip kad tu rosak.. Macam mana mau buat withdraw ni.. Buku bank tinggal di rumah...Arrrggghhhhh..!! Memang aku mau menangis suda.. Telefon rumah tanya kalau-kalau my cousin ada balik kampung...Hampa! dia balik, tapi suda balik Keningau pagi-pagi.. Then, dengan perasaan sebak bagi tahu my mama.. Memang panjanglah ceramahnya... Mau buat macam mana benda suda mau jadi..huhu... Cakap ngan mama, duit dalam purse tinggal RM15 lagi.. Cakap macam tu, mama mana yang tidak risau.... Kakak aku cakap cuba lagi withdraw, kalau tidak boleh jugak terpaksa pergi bank this monday la pula urus..tapi masalahnya tuesday ada paper petang pula tu..Memang sah, tidak dapat tinggalkan buku-buku..*buweekk! 

Suddenly, my sis call cakap my cousin tu akan hantar duit.. Haaaa??? Mama aku plan mau masukkan duit tu ke dalam akaun my cousin tu.. Tapi oleh sebab situasi aku ni sadis dan so pity, dia dengan murah hati hantarkan duit dia dulu, then esok baru mama aku bagi duit tu ngan dia..huhu...aku memang terharu..! sungguh.. Khamsamida ;) Siapa yang pernah merasai situasi macam ni? So pity right? Persoalannya, benarkah kad aku tu rosak atau dia sengaja menyusahkan aku dan orang lain? kejam kejam kejammmm..hikhik


Kepada yang terlibat pada peristiwa ni, ouch! terima kasih daku ucapkan.. Mama i love u la..  Aku saja jak share benda ni sebab tiba-tiba teringat blog..till then, babaiiiii ;)


Nota bantal Buchuk : Guys, ekceli next entri ni yang aku mau share mula-mula.. feel free to read and share your experience ya..!! i m waitinggg :)

06 May 2012

You're number one for me

Assalammualaikum ;)

Anneyonghaseyo...guys, mweohaeyo? yeaaaaaa..Seem i'm the only busy person in this world.. without time to spent for this blog..hahaha.. ermm..busy ka? Bukan busy sangat la, cuma busy sikit tapi malas tu banyak.. Sekarang banyak masa diluangkan untuk errmmm..bersenangloka sebelum final exam?! mungkinkah? hahaha.. Betapa aku jauh ketinggalan sampai setting untuk blogger berubah pun aku terkejut beruk..over taw!haha.. orite! like i will merapu kerapu ni..baik ke tujuan asal..ngehhh ;).. Ekceli, i like to share the most lovely song with powerfull lyrics..Maybe korang sudah tahu dan pernah dengar lagu ni kan.. so, enjoy!


You're the number one for me - Maher Zain

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oooh

If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
 I would make it up to you


Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday


You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me

Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine

Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me

There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted


I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you


Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
Number one for me


oh! seriously..it touch my heart...touch touch touch (sing with Miss A-Touch..haha)..ngada sungguh! The red line make me feel like.....yeahhh! guys, it's not too late... I’d like to put a smile on my mom face everyday..  I swear that I would...I would make it up to you..aminn..amin..aminnn...;)



till then, anneyongi kyesayo..babaiiii





Nota Bantal buchuk : Motif entri ni ekceli, i miss my mom, my dad, siblings, my nephew and my neice and my home ;(... 3 weeks to go..home sweet home... Yeaaa...final exam..hukhukhuk..sick of that!  

10 January 2012

Kantoi kan?

Assalamualaikum

okeh.! now di dalam kelas..tengah bincang-bincang untuk memilih pensyarah pembimbing bagi kajian tindakan-tesis.. Aduhaiiii.. Berdebar jugak ni mau cabut undi...
jeng jeng jeng.. Da dapat nama pensyarah pembimbing, xtaw lagi ok atau tidak.. Harap-harap semuanya ok lah.. Classmate cakap dia ok, mudah-mudahan la..

................................................. selesai.! sekarang ni pla sibuk bincang format-format mau buat penulisan tesis ni..pening aku!!! aaa...nyampah ;(

Sempat jugak aku kan.. Mesti ni dalam kepala otak korang kan kan kan.. Sekarang sempat la, nanti-nanti, blog pun aku xjumpa dah..huhu..  Oleh yang demikian pelbagai aktiviti routine akan jadi non-routine.! dan itu membuatkan aku &*%$$$#$#@"?>//?><!!!! seketika


*******************************************************

lalalala...cerpen di atas dihasilkan pagi tadi..ngehngehngeh.. Cerpen lah sangat..dohh..haha.. annoying kan? tahu... ;p

Aku rasa macam mau melompat kegembiraan saja sekarang ni...cause, i m a final year student..miahahaha.. Jangan salah faham ya.! Ini bukanlah bersandarkan niat untuk bermegah atau riak.. Tetapi aku hanya meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana telah sampai ke tahap ini.. Pastinya seorang yang bergelar guru pelatih di IPG amat menantikan saat berada di tahun akhir kerana untuk sampai ke tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah.. Bayangkan sahaja 4 tahun setengah suda dilalui, 3 semester untuk foundation dan 6 semester yang membawa jumlah 9 semester.. Tinggal 2 semester lagi baki bagi melengkapi 5 tahun setengah di IPG.. Bukan masa yang singkat kan?

Tapi disamping rasa eksited tuh, final year juga merupakan antara mimpi ngeri..cuak, nerves, muak, letih, lemau, pening dll... Yalah, bayangkan selepas cuti Tahun Baru Cina 30/1/2012, bermulalah sesi praktikum fasa 3 yang membawa jumlah kredit 6(12+0) dan dijalani selama 3 bulan.. Tapi itu cerita praktikum, belum masuk lagi cerita tesis.. Habis.! Khamis ni our tutor da minta submit pre-proposal untuk dibincangkan sama ada sesuai atau tidak.. Masalahnya di sini aku belum ada soalan pun lagi.. Masih berfikir-fikir, menconggak-conggak apa skop yang bersesuaian.. Its really going to kill me..ciss.!

Pagi tadi lepas rehat, pakat ramai-ramai mau serang library.. ouch.! lama gila kot xmasuk sana..haha.. Ketaralah rajin tuh.! ;) Awal-awal masuk memang sibuk mencari buku tentang penulisan tesis dan beberapa buku berkaitan subjek sem ni.. Dah dapat, mula duduk borak-borak kosong.. Last-last, cik ibahyo jumpa buka tentang pengetahuan am..haha.. Apa lagi mula la main kuiz ala-ala money drop.. Memang banyak ilmu yang kurang ni..hehe.. Oleh sebab library kawasan senyap, maka terpaksa ketawa tahan-tahan sebab takut kena halau..Ampunkan kami mbak, kami ngga bersalah.!

Then, palinglah aku menyampah sem ni kelasnya sampai petang.. Dalam jam 5 sampailah jam 6.. Yala, kan kami nanti tiada di IPG selama 3 bulan, terpaksalah kelas sampai petang sebab mau cover jumlah jam kredit.. Mau dijadikan cerita, hari ni memang aku bawa lappy p kelas.. Masalahnya, tadi petang encik BHS punya kelas buat aku totally sleepy dan boring oke.! Apa lagi mula la tengok F.O (family outing)..haha.. Mungkin kurang berkesan kot cover-line aku tuh sampai dia perasan yang aku buat sesuatu depan lappy kan.. Tengok F.O ni buatkan aku lost control.. Lawak gila..! Memang susah mau cover ketawa.. Terpaksa senyum kambing..haha.. Tu pun rasa macam mau meletup jak dada...kekekeke

Aku terpaksa stop tengok sebab encik BHS da mula sebut nama aku tuh.." Fatin, ok ka?" Muka blur >_< "Masih di sini..?" Muka still blur gila, aku xjelas apa dia cakap. "eh.! dia soal aku ka ni?" hahaha..annoying siot.! serius itu memang tidak cool ok..haha.. Then, the second time dia still target nama aku.. Aku admit la yang muka aku memang jelas menunjukkan keboringan tahap babun dan aku xboleh hide muka mengantuk aku.. Aku dapat bayangkan setiap patah perkataan yang keluar daripada mulat dia ibarat dodoian dan alunan muzik kitaro yang rumate aku cik datin ahjuma suka dan selalu pasang tuh.. Apa lagi aku bagaikan berada di awang-awangan, melayang-layang ibarat ditiup angin sepoi-sepoi bahasa di tepi sawah yang menghijau terbentang luas saujana mata memandang..haha..puitis x? ciss.! overrr la nyah ;p Jangan tiru ya dik, arraso?!


Alamak.! talabih sudah ni..Panjang berjela-jela kan..nasib la labu..;) oh ya.! tidak sabar pula mau tunggu cuti CNY ni.. Rindu si kembar ni..aduhaiii.. Haruslah homesick nih.!ngeh ~.~ "

Ok, aku memang ketinggalan bila sebut tengok Ombak Rindu ni kan.. Dengar daripada orang, besh gila filem ni sampai baru 4 hari di panggung da cecah hampir RM5juta *betul ka rm5juta atau lebih? Tapi bagi mereka-mereka yang da baca novelnya, aku pasti korang memang xpuas kan bila tengok filem ni.. Apa maksud aku? Ok, paling asasnya adalah heroin dia, Maya karin.. Daripada pemahaman aku mengenai watak izzah ni, dia digambarkan sebagai seorang wanita Melayu yang memiliki wajah pure Melayu.. Asli.. Tapi masalahnya Maya Karin ni, muka dia mix.. Ini buatkan aku hilang feel, tapi lakonan dia tiada masalah..

Seterusnya, plot filem ni banyak yang tercicir.. Maksud aku, bila filem yang diadaptasi daripada sesebuah novel ni bagi seorang yang sudah pun khatam novel tersebut daripada A to Z, penilaian dan expectation kami amat tinggi.. Contohnya, "eh.! kenapa tiada begini?" "aik.! kenapa pulak begitu?" Thats why, belum pun sampai durasi yang ke 00.30 aku dah macam boring dan.. "Eh! lama lagi pulak ni..." huhuhu.. Bila dah ada yang tercicir membuatkan aku secara total berpendapat filem ni mempunyai durasi yang lompang atau kosong.. Maksudnya dalam sesuatu durasi tu, terdapat adegen yang xberapa penting.. Padahal, novel ni memiliki plot yang cantik dan bisa buat kita xsenang hati selagi xhabis baca.. Setuju? Aku rasa kalau plotnya diolah dengan lebih teliti, memang terbaik la kan kan kan.. Lagi satu, kalau korang perasanlah.. Ada beberapa scene yang macam terpotong-potong.. Belum habis dialog da kena potong..Tapi secara keseluruhannya, filem ni ok jugak la..


Dah dah dah...Ni memang da melalut ni.. Daripada soal tesis ke soal terkantoi, merepek terus ke Ombak Rindu kan?haha.. Panjang bebeno..hikhik ;p


Till then, annyeongi kyesayo...babaiiii


Nota bantal buchuk : eh.! title ada kaitan dengan the whole entry ka? Macam lari tajuk jak kan kan kan..hehehe..apa-apa lah.. janji rock!

16 December 2011

Senyum tak perlu kata apa-apa

Assalamualaikum :)

Vandalisme..!! 
siapa punya result ni ha?? lalalala 




Akhirnya result sem 6 da keluar... Kalau tanya aku, aku just senyum ja la..huhuhu..result yang mendatar xnaik, xturun..maintain..hikhikhik..harus bangga sambil kembangkan hidung kah? Rasanya xwajar..huhu..xda kemajuan langsung..cis.! tapi syukur Alhamdulillah, lulus dan teruskan pengajian..

Oklah, harus belayar dulu..busylah abiskan cuti sem ni..miahahahaha..2 weeks to go before sem 7 mula..alahaiiii.. wajarkah menjerit, i am final year student..?? sewel..haha..semoga setahun ni membawa banyak kenangan yang terindah untuk diingati selepas ni..

till then, babbaiiii..annyeongi kyesayo ;)

nota bantal buchuk : ouch..! tunggang langgang jap ngan hidup buat masa ni..huh!

20 November 2011

Surat Layang-layang

Assalamualaikum ;)






Lorong 44 Jalan Mati,
Cerita Al-Hijab punya pasal,
98765 Sori Aku Pinjam Kejap,
Negara Suka Hati Ko la. 

Ke hadapan kekanda si penikam-dari-belakang sekalian,

Apa khabar? Adinda harap kanda dalam sihatlah ya.. Maaf dinda ucapkan andai warkah ini mengganggu kanda..Apalah hendak dihiraukan jika dinda mencuri barang seminit dua daripada masa yang kanda ada dengan menikam belakang secara tidak profesional itu?

Kanda-kanda..dinda ada sedikit kemyuskilan ni.. Kenapa ya kanda, sudah habiskah makanan yang enak-enak di bumi ini sampaikan kanda sanggup untuk makan kawan sendiri? Enakkah kanda?? Kanda tahukah betapa perlakuan kanda itu telah mengakibatkan otak tidak berhenti daripada memikirkan apakah natijah kesemua adegen yang kanda cuba lakar dan lakonkan di realiti pentas wayang pancak ini, kanda? Semalaman dinda memikirkannya sehingga tidak dapat melelapkan mata sehingga pagi.. Nasib baiklah esoknya tiada kertas exam, kalau tidak..Nahas.! sia-sia kehidupan..

Kalaupun kanda cuba untuk mengenakan pihak yang lagi satu, janganlah kanda cuba untuk melibatkan kesemua makhluk yang lain kanda.. Kalau baling batu, sembunyilah tangan itu betul-betul.. Kalau menipu, tipulah pandai-pandai.. Ini tidak, menipu pun tidak berilmulah kanda.. Yang ditipu ni kanda, ada kaitan bau-bau bachang Detective Conan.. Memang cari nahaslah gamaknya ya kanda.. Kata orang kalau nak tengok makhluk halus, bukalah hijab..Nah, itu bahaya kanda..yang takutnya dinda bukannya kanda...Jadi dinda berhajat nak buka hijab yang membolehkan dinda melihat manusia berhati busuk, yang sampai hati menikam kawannya daripada belakang..Kalau yang itu, sudah tentu kanda yang takut bukannya dinda..I'm WATCHING you...!!hahaha

Sedalam-dalam luka di tangan, nampak berdarah, kanda.. Tapi ini lukanya nun tersorok di dasar hati, kanda.. Sekalipun sembuh, parutnya tetap kekal di sana..Adinda bukan apa kanda.. Bercakap ini ya kanda modalnya hanyalah mulut dan air liur sahaja.. Tetapi biasakanlah menambah modal dengan berfikir sebelum bercakap, kanda.. Supaya modal itu tidaklah sia-sia atau membazir saja, bukannya menguntungkan malahan merugikan diri sahaja..

Tapi, biarlah kanda.. Dinda redha..kerana kanda, dinda tahu dan percaya di dunia ini, kita punya bahagiannya masing-masing..yang sudah terjadi ini dinda rasa bahagian dinda..bahagian kanda, kalau tidak esok, lusa sampailah.. Masa itu barulah kanda tahu, langit itu tinggi atau rendah..

Sampai di sini sahajalah ya kanda warkah dinda ini..Panjang berjela-jela pun bukannya kanda insaf dan menggunakan otak kanda itu untuk berfikir secara waras.. Rasanya menghabiskan dakwat pena maya dinda ini saja..

Yang benar,
Adinda
Saeanghea ;)

*****************************************************************************

Jengjengjeng

Apa macam? ada yang sentap x? haha..Sebenarnya ini adalah berikutan kejadian kes tikam-menikam, makan-memakan gara-gara hot issues.. Praktikum fasa 3..nyummii.. BTW, goodbye, annyeong semester 6..then big welcome to Final Year... Belum pun masuk, 2012 cerita xenak ini jadi..cis.! xbersopan sungguh ya anda.! Never, aku xkan mentions who's that pokemon.. Biarkanlah.. Memang xsyoklah bila benda ni jadi..hye.! u know, how thats feeling..? When someone, tikam anda daripada belakang? Sakit tahu?

Ada cakap, tell my mum..Then, she said " xpayahlah gaduh-gaduh..biarkanlah dorang..."..Ya, i never..Tapi dorang sanggupkan buat macam tu? sampai hati buat kawan begitu.. Aku xlah sampai mau berdendam ka apa..Tapi cukup-cukup terkilan bila orang buat kita macam tu.. Lepas ni sepatah haram aku xkan percaya cakap orang yang never deserve it.. Kerana mereka memang TIDAK LAYAK..!! Better you shout, your mouth before i put it with glue or aku jahit-jahit...Xpun, jangan sampai aku cili-cilikan mulut korang, sampai satu tahap cili pun korang takut mau jumpa..ada faham.? 

p/s : Aku memang xberapa makan cili atau lada-lada ni, sebab aku xtahan pedas..

p/s/s : Jalan yang dilalui sebelum ini menyebabkan kita jatuh lalu tersungkur.. Masihkah perlu untuk kita lalui jalan tersebut sesudah kita yakin dan pasti kita bakal terjatuh malah akan terus terperosok melumpuhkan segala sendi tanpa dapat bangkit semula? Sependek-pendek akal manusia pun kalau sudah terjatuh dan merasa kesakitan itu, tidak akan terfikir untuk jatuh kali kedua yang kesakitannya bakal berganda akibat kesakitan yang pertama.. Andai terjadi sekalipun, di penghujungnya sesal bahkan tiada gunanya kerana yang JATUH TETAP KE BAWAH DAN BUKANNYA KE ATAS...

Malas mau panjang-panjangkan..so, better i stop here..Kalau ada yang termakan cili, terasalah pedasnya.. Kalau tidakpun, jadikanlah iktibar ya..Becauce, it might happen to you one day..either you like it or not.. So, better you be carefull with everyone arround you.. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain...Mana tahu rambut blonde, tapi hati tetap hitam..hahaha..who knows kan..??

p/s/s/s : hye..punya penat mau taip kanda-kanda, dinda-dinda nih..nyampah aku.!hahaha

till then, annyeongi kyesayo.. :)

Nota bantal buchuk : I love semester break..Saranghea, holiday..haha.. Naik tahun 2012, i m a final year student..ouch..! a 5 year just like nothing..pejam-celik-pejam-celik...here u go..When the final come, u have to say Goodbye..Annyeong..

11 November 2011

I Love exam.!

Assalammualaikum ;)

Annyeonghaseyo...hye guys.!lalala...eh.! sedar xsedar now da final exam la...uwarggghhh..! for sure aku mmg baru start study..belek-belek nota, cari-cari soalan spot..target itu, target ini..harap everything will be fine..haha..gud luck guys..! Aku baru jugak sedar diri 60% ni sebab baru habis tengok Secret Garden..miahahahaha..Now digoda lagi ngan ep 65,66 & 67 Running man..ouchh..! what to do..? =.="

Walaupun exam week da start minggu ni but for GPS members n our batchmate, first paper next week..Here my exam schedule :

14/11/2011 (Monday) - 8.30-11.30 am : PRA3111 Penilaian dan Pentaksiran Prasekolah

15/11/2011 (Tuesday) - 8.30-11.30 am : PRA3112 Penglibatan Ibu Bapa di Prasekolah

17/11/2011 (Thursday) - 2.30-5.00 pm : Apresiasi Muzik Prasekolah (Permainan alat)


3 paper for dis semester..Nampak macam cool, tapi xcool langsung..hahaha..Boleh la..wish me luck ya guys..thanks, khamsamida, syukran, terima kasih, arigatou dsb..kehkehkeh

Ekceli, tujuan aku post entry ni saja la..tadi aku gatal tangan p google..Jumpa a lot of interesting pic..haha..jom, relax guys.! credit to hencek google..p/s : cayang google ahjussi..;) haha


Profile pic tuk FB okeh..!
motivasi ;) haha


exam is here.!


study.!


Kyyaaaaa...exam??
stressss....!!!!
lalalala


Do not distrub, exam celebration in progress


Finals..this how she do it..
cool.! maybe i should try..haha
fighting.!

"When you help someone by being positive and helping yourself that way you can be an inspiration to them and encourage them to do better.."


Peperiksaan sedang dijalankan
SILA SENYAP


good luck to all yang akan menghadapi exam
Final exam - uri lovely GPS, uri ahjumma n myself
SPM - do the best all of spm's dongseng ;)
FIGHTING (^______^)...!!



till then, annyeongi kyesayo ;)


Nota bantal buchuk : Study smart guys ;)..a weeks to go...I love semester break..! holidays without stress routine..miahahahaha...

19 October 2011

Harta Karun, harta pusaka

Assalammualaikum

Annyeonghaseyo... Rajin tetiba kan kan kan update belog..huahuahua...Gumbira pla kan..

berjuta-juta lemon..haha
aku kaya ;)




next..! 



here i come...
 jeng jeng jeng...
lalalalala 



merapu..!

till then, annyeongi kyesayo...babaiiiii


nota bantal buchuk : lega..suda dpt proforma...MQA..watch-out babehh..haha

18 October 2011

Lelaki berlari

Assalamualaikum

Annyeonghaseyo...Kesian belog ini dipersia-siakan..haha.. Sekarang sangat busy ngan kehidupan..xtaw la apa yang di-sibukkan tu..it's lifestyle..haha..yeah..my lifestyle nowadays..ekceli, perlu busy ngan trainee-lifestyle, tapi macam xtercapai matlamat saja bila laptop memanggil "on la aku, aku banyak stok k-drama & variety show..meh..meh..meh.." hahaha


busy wif dis..lelaki berlari..haha
Running man..daebakkk..!
looking for 62-66 episode..siapa ada, meh la menderma..hekhek 
serius..best.! ketawa xingat dunia la ko, klu tgk nih..hehe




weekend yang superb...lalala.. 


 oklah, saja ja aku merapu..sebab best...cis.!hahaha..



till then, annyeongi kyesayo...babaiiii


nota bantal buchuk : MQA make me crazy..! folio make me going to die..huhuhu T.T..masih tercari-cari proforma PRM 3101 Pembelajaran muzik pendidikan prasekolah.. p/s:siapa2 yang ada, mohon dengan rendah hati, share..huhu..clueless da ni..aduhaiiii... Mengenangkan next week cuti & family trip dis weekend, make me feel life..hahaha..feel la sangat...yeaaahhhhh~~~~~~

25 September 2011

Restock Raya : Terjah dan Jelajah

Assalamualaikum

Annyeonghaseyo...hai belog..ok, straight to da point..Malas mau buat mukhadimah panjang berjela.. Ekceli, entry ni special raya walaupun raya da mau abis..but raya tetap raya.. *apakah??haha.. Kan entry sebelum ni aku da cerita sal raya sakan aku, so now aku mau cer cite sal terjah menerjah..Bukan terjah dalam melodi tu, tapi ni terjah yang membawa kekenyangan..haha.. Aku sebenarnya da pack-an semua kisah terjah ni dalam satu bakul saja...senang, jimat dan cermat..kekeke..mengarut =.=" 

Sesi penjelajahan dan terjah menerjah ni bermula pada 10 sept-rumate aku punya open house, 11 sept-kembar nama aku open house, 14 sept-merdeka raya (ipg event), 23 sept- our ayahanda a.k.a tutor (en.sms) dan beberapa kish menyelit sepanjang kembara di tanah gersang..haha..aku memang suka prefer gambar sebab sonang aa..ok, let's check out.!


Ahjumma open house

wif preschooler - senior & junior


wif cik pe'- makcik tauke tokek..haha

 us


 kiut
i mean, yang baju peach tu..haha




Fhatin Alyaa open house

hostelku sayang..lalala


 kekenyangan & kepedasan



tangga oh tangga 



sengal.! (*___*)"




 merdeka raya


before



tradisi..sopan::ayu--->la sangat


makan-time


 wif makcik-makcik...saranghae uri ahjumma




ayahanda open house

 sibuk mau bercakap..jadilah gambar macam tu..haha




 one of the "gila-gila" photoshoot in front our ayahanda house..
but cukup lah sekeping ni, nanti korang mrnyampah plak kanss...haha..
tau takpe 


girlicious except the only guy wearing red t-shirt just like that curtain..haha



2 keping aku letak..puas hati.!kekeke




 berakhir suda Raya sakan yang juga sudah di restock..
ekceli, a lot of picture but cukup la..nanti muntah plak..hehe 








t e a s e r
  
 where GPS going..??
next....!
haha 




till then, babaiii...anyeongi kyesayo



Nota bantal Buchuk : fallen love with oh.!my school..lawaks..! da abis baca Andai itu takdir-Nya by Siti Rosmizah

21 August 2011

Countdown : 5 days to go

Assalamualaikum

Annyeonghaseyo...salam 21 ramadhan..mencuri masa sebentar..hahaha..Hujung minggu kebiasaannya rutin aku menyelaraskan kembali seminggu yang dilalui..Sebagai contoh, wajiblah laundry..hakhak..Dan keseluruhan yang memerlukan perhatian segera..merepek.! Ekceli, hujung minggu la kita maw berehat-rehat, menyiapkan mana-mana kerja yang tertangguh termasuklah laundry-time..Sekarang pula praktikum-mode, opkoslah masa dibahagikan antara jurnal, RPH dan folio..huh..! bosan.!haha

Ekceli, motif aku wat entry ni..?? motif? hahaha..xda motif..saja buang masa jap..haha..Pejam-celik-pejam-celik...Tinggal seminggu lagi tempoh berpraktikum akan berakhir..perasaan? haruslah gumbira..Ada juga perasaan xgumbira pabila bla bla bla..maw cita sini tapi buat masa sekarang malas pla..Xda mood kalau diingat..huh..! apa-apa pun now, memang eksited tahap gaban sebab hidup lepas ni bebas sebentar tanpa kehidupan profesional...just enjoy that moment..Raya time, family, friends and myself..Life without stress-time..after raya stress kut sebab kg opkos naik then life become busy back with routine as a trainee..huh..!

Bila diingat, rasa macam maw give-up ja..tapi bila ingat tempoh setahun lagi..i feel excited...grade..!haha..tapi harus bersabar..banyak lagi rintangan yang akan mendatang..so, be strong babeh..lalalala.. enough for now.. Apa-apa pun Happy eid mubarak in advance ya guys..!haha..nampak eksited tu..!


 yeah merdeka....babai praktikum..;)

nota bantal buchuk : Just countdown how many days left...miahahaha...sweet home..;) 

16 August 2011

Uri Ahjumma : Khamsamida, Kumawo, Kumap'ta

Assalamualaikum =)

Annyeonghaseyo...Salam 16 Ramadhan..Rutin aku lately ni ofkos la wajib memangkah kelender maya...10 days to go..menghitung saat berakhirnya tempoh berpraktikum fasa 2..aduhaiii...then, raya..yeahhh..balik kampung ;)
Anyway, aku maw say, khamsamida, kumawo, kumap'ta, thanks, arigatou dan terima kasih for all yang wish my birthday through sms, verbal, fb-ing, ym dan alam maya..haha..special dedicate to all my uri ahjumma, makmur, tokek, siput n datin..haha..

jari jemari menyusun tari...oh oh oh..haha

hantu makcik karipap...


ok lah..till then...babai
annyeongi kyesayo ;)


nota bantal buchuk : xsabo da nia...balik kg ooo balik kg...hati girang.. 


10 August 2011

10 Ramadhan 1432H : 10 Ogos 2011

 Assalamualaikum =)

Annyeonghaseyo…hi guys..Salam ramadhan…suda ke hari ke sepuluh kita berpuasa kan..tapi aku berpuasa tahun ni macam tahun-tahun lepas juga la..without family tapi xpa..ni gunanya kawan..sekarang masa kita lebih banyak dengan kawan-kawan..so, hargailah masa-masa perak (masa emas ofkos la wif family..right?) ni..seingat akulah, dah lebih kurang 4 tahun aku ulang alik rumah-hostel-rumah..Dan tahun ni merupakan ramadhan kelima (2007-2011) aku ada pengalaman berpuasa sendirian tanpa family..yang ada cuma kawan..its ok..enjoy it guys..!

Tahun ni yang specialnya bila bercerita soal ramadhan sebab hari genapnya aku 22 tahun menghirup udara segar di bumi bertuah ni jatuh pada 10 Ramadhan 1432H iaitu bersamaan dengan 10 Ogos 2011 (mcm blh ganti penyimpan mohor2 raja buat pengumuman tarikh raya daaa..haha)…Yeahhh…! Aku suda berusia 22 tahun..Gembirakah aku?? Gembiranya kerana aku masih bernafas…syukur ya Allah kerana limpah kurnia daripada-Mu jualah aku masih di sini menjalani kehidupan ini..


makcik di belakang manyampuk ja...hahaha.. 


Tidak banyak yang aku mahukan dalam kehidupanku cuma doaku agar;
  - Sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar dapat berbakti kepada kedua orang tuaku, agama, bangsa dan negara,        
     - Diberikan ketenangan hati dan kebahagiaan serta dipermudahkan segala urusan di dunia  dan akhirat,        
     - Diteguhkan imanku, ditunjukkan jalan yang lurus dan sentiasa dilimpahi kerahmatan dan  keredhaan daripada-Nya,        
     - Dimurahkan rezeki
     - Dipelihara dan dihindarkan daripada segala bentuk kemaksiatan dan kemungkaran



Doaku juga buat mama & bapa serta family tersayang;
- Diberikan kesihatan yang baik,        
     - Diberikan kebahagiaan diseluruh kehidupan di dunia dan juga akhirat,   
     - Sentiasa mendapat kerahmatan dan keredhaan-Nya,        
          - Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.


Doa ikhlas ku juga agar kita semua mendapat yang terbaik dalam kehidupan kita…amin ya Rabul al-amin…


Harapanku pada usia 22 tahun ni;
1- Grade dengan segara (cemerlanglah hendaknya ye..!haha)
2- Usia ini akan lebih mematangkan aku
3- Menjadi anak terbaik buat mama & bapaku 
4-    Ikhlas dalam menjalankan tugasku (as u know..yes, I m future teacher..haha), sebagai seorang kawan dan sebagai seorang insan
5- Berbakti pada yang memerlukan (insyaAllah..)
6- Muslimah yang sejati (doakan aku ya kawan-kawan..hidup perlu perubahan..kekhilafan hari ini adalah pembelajaran paling berguna untuk memperbaiki diri)
7- Ofkos ‘Kg’ yang lebih ideal..haha..cis..! (yang ini perlu bertekad bukan sekadar berazam)
8- A few things yang perlu perhatian segera..!teehee =)
      9- Perubahan kepada yang lebih baik..fokus utama, ofkos soal sikap (malas..syuhhh..get lost…………………!haha)
      10- Cukup buat masa ni…jangan terlampau berharap, nanti harapan hanya tinggal harapan saja..huhuhu..Berazam juga tidak releven dengan aku…Bertekad paling ideal dengan diri aku..so, mulai saat ini, detik ini…aku bertekad………………..! cis.! Bertekad apa..?? gantung betol la..haha


cigu bedah jiran sebelah rumah tok ketua kampung rambut nan sehelai...haha

ok lah, time untuk memejamkan mata, mencelikkan hati dan menenangkan jiwa...annyeongi kyesayo..babaiiii...

nota bantal buchuk : kaunter penerimaan bungkusan hadiah adalah dibuka sepanjang tahun...jangan lupa bayar zakat tahun ni ye...!hahaha...minta mak kuih sepotong saya mahu makan kerna tambah umur lagi...selamat hari kertua-an.....lalalalala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...