blog background

10 January 2012

Kantoi kan?

Assalamualaikum

okeh.! now di dalam kelas..tengah bincang-bincang untuk memilih pensyarah pembimbing bagi kajian tindakan-tesis.. Aduhaiiii.. Berdebar jugak ni mau cabut undi...
jeng jeng jeng.. Da dapat nama pensyarah pembimbing, xtaw lagi ok atau tidak.. Harap-harap semuanya ok lah.. Classmate cakap dia ok, mudah-mudahan la..

................................................. selesai.! sekarang ni pla sibuk bincang format-format mau buat penulisan tesis ni..pening aku!!! aaa...nyampah ;(

Sempat jugak aku kan.. Mesti ni dalam kepala otak korang kan kan kan.. Sekarang sempat la, nanti-nanti, blog pun aku xjumpa dah..huhu..  Oleh yang demikian pelbagai aktiviti routine akan jadi non-routine.! dan itu membuatkan aku &*%$$$#$#@"?>//?><!!!! seketika


*******************************************************

lalalala...cerpen di atas dihasilkan pagi tadi..ngehngehngeh.. Cerpen lah sangat..dohh..haha.. annoying kan? tahu... ;p

Aku rasa macam mau melompat kegembiraan saja sekarang ni...cause, i m a final year student..miahahaha.. Jangan salah faham ya.! Ini bukanlah bersandarkan niat untuk bermegah atau riak.. Tetapi aku hanya meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana telah sampai ke tahap ini.. Pastinya seorang yang bergelar guru pelatih di IPG amat menantikan saat berada di tahun akhir kerana untuk sampai ke tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah.. Bayangkan sahaja 4 tahun setengah suda dilalui, 3 semester untuk foundation dan 6 semester yang membawa jumlah 9 semester.. Tinggal 2 semester lagi baki bagi melengkapi 5 tahun setengah di IPG.. Bukan masa yang singkat kan?

Tapi disamping rasa eksited tuh, final year juga merupakan antara mimpi ngeri..cuak, nerves, muak, letih, lemau, pening dll... Yalah, bayangkan selepas cuti Tahun Baru Cina 30/1/2012, bermulalah sesi praktikum fasa 3 yang membawa jumlah kredit 6(12+0) dan dijalani selama 3 bulan.. Tapi itu cerita praktikum, belum masuk lagi cerita tesis.. Habis.! Khamis ni our tutor da minta submit pre-proposal untuk dibincangkan sama ada sesuai atau tidak.. Masalahnya di sini aku belum ada soalan pun lagi.. Masih berfikir-fikir, menconggak-conggak apa skop yang bersesuaian.. Its really going to kill me..ciss.!

Pagi tadi lepas rehat, pakat ramai-ramai mau serang library.. ouch.! lama gila kot xmasuk sana..haha.. Ketaralah rajin tuh.! ;) Awal-awal masuk memang sibuk mencari buku tentang penulisan tesis dan beberapa buku berkaitan subjek sem ni.. Dah dapat, mula duduk borak-borak kosong.. Last-last, cik ibahyo jumpa buka tentang pengetahuan am..haha.. Apa lagi mula la main kuiz ala-ala money drop.. Memang banyak ilmu yang kurang ni..hehe.. Oleh sebab library kawasan senyap, maka terpaksa ketawa tahan-tahan sebab takut kena halau..Ampunkan kami mbak, kami ngga bersalah.!

Then, palinglah aku menyampah sem ni kelasnya sampai petang.. Dalam jam 5 sampailah jam 6.. Yala, kan kami nanti tiada di IPG selama 3 bulan, terpaksalah kelas sampai petang sebab mau cover jumlah jam kredit.. Mau dijadikan cerita, hari ni memang aku bawa lappy p kelas.. Masalahnya, tadi petang encik BHS punya kelas buat aku totally sleepy dan boring oke.! Apa lagi mula la tengok F.O (family outing)..haha.. Mungkin kurang berkesan kot cover-line aku tuh sampai dia perasan yang aku buat sesuatu depan lappy kan.. Tengok F.O ni buatkan aku lost control.. Lawak gila..! Memang susah mau cover ketawa.. Terpaksa senyum kambing..haha.. Tu pun rasa macam mau meletup jak dada...kekekeke

Aku terpaksa stop tengok sebab encik BHS da mula sebut nama aku tuh.." Fatin, ok ka?" Muka blur >_< "Masih di sini..?" Muka still blur gila, aku xjelas apa dia cakap. "eh.! dia soal aku ka ni?" hahaha..annoying siot.! serius itu memang tidak cool ok..haha.. Then, the second time dia still target nama aku.. Aku admit la yang muka aku memang jelas menunjukkan keboringan tahap babun dan aku xboleh hide muka mengantuk aku.. Aku dapat bayangkan setiap patah perkataan yang keluar daripada mulat dia ibarat dodoian dan alunan muzik kitaro yang rumate aku cik datin ahjuma suka dan selalu pasang tuh.. Apa lagi aku bagaikan berada di awang-awangan, melayang-layang ibarat ditiup angin sepoi-sepoi bahasa di tepi sawah yang menghijau terbentang luas saujana mata memandang..haha..puitis x? ciss.! overrr la nyah ;p Jangan tiru ya dik, arraso?!


Alamak.! talabih sudah ni..Panjang berjela-jela kan..nasib la labu..;) oh ya.! tidak sabar pula mau tunggu cuti CNY ni.. Rindu si kembar ni..aduhaiii.. Haruslah homesick nih.!ngeh ~.~ "

Ok, aku memang ketinggalan bila sebut tengok Ombak Rindu ni kan.. Dengar daripada orang, besh gila filem ni sampai baru 4 hari di panggung da cecah hampir RM5juta *betul ka rm5juta atau lebih? Tapi bagi mereka-mereka yang da baca novelnya, aku pasti korang memang xpuas kan bila tengok filem ni.. Apa maksud aku? Ok, paling asasnya adalah heroin dia, Maya karin.. Daripada pemahaman aku mengenai watak izzah ni, dia digambarkan sebagai seorang wanita Melayu yang memiliki wajah pure Melayu.. Asli.. Tapi masalahnya Maya Karin ni, muka dia mix.. Ini buatkan aku hilang feel, tapi lakonan dia tiada masalah..

Seterusnya, plot filem ni banyak yang tercicir.. Maksud aku, bila filem yang diadaptasi daripada sesebuah novel ni bagi seorang yang sudah pun khatam novel tersebut daripada A to Z, penilaian dan expectation kami amat tinggi.. Contohnya, "eh.! kenapa tiada begini?" "aik.! kenapa pulak begitu?" Thats why, belum pun sampai durasi yang ke 00.30 aku dah macam boring dan.. "Eh! lama lagi pulak ni..." huhuhu.. Bila dah ada yang tercicir membuatkan aku secara total berpendapat filem ni mempunyai durasi yang lompang atau kosong.. Maksudnya dalam sesuatu durasi tu, terdapat adegen yang xberapa penting.. Padahal, novel ni memiliki plot yang cantik dan bisa buat kita xsenang hati selagi xhabis baca.. Setuju? Aku rasa kalau plotnya diolah dengan lebih teliti, memang terbaik la kan kan kan.. Lagi satu, kalau korang perasanlah.. Ada beberapa scene yang macam terpotong-potong.. Belum habis dialog da kena potong..Tapi secara keseluruhannya, filem ni ok jugak la..


Dah dah dah...Ni memang da melalut ni.. Daripada soal tesis ke soal terkantoi, merepek terus ke Ombak Rindu kan?haha.. Panjang bebeno..hikhik ;p


Till then, annyeongi kyesayo...babaiiii


Nota bantal buchuk : eh.! title ada kaitan dengan the whole entry ka? Macam lari tajuk jak kan kan kan..hehehe..apa-apa lah.. janji rock!

1 comment:

yamacail said...

What is a “casino”? | Casino Games That You Bet On
What is a 토토 폴리스 casino? 바카라nbs시스템 These gambling sites may be available at one 스마일 토토 of 승인전화없는 토토사이트 the casinos or through a 손 풀기 게임 link to a live casino. You

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...