blog background
07 February 2012
Vanila Coklat
Annyeonghaseyo..Lama xbuat entry kan..? busy? ermm..ya jugak..Tapi xlah busy sangat..boleh la since awal-awal musim praktikum ni kan..hehe.. Boring la cerita pasal praktkum kan sini.. Nanti-nanti la baru story-story.. Ermm. Ekceli aku plan mau buat entry pasal benda lain yang suda lama terpendam di sanubari kecilku...haha..Tapi memandangkan aku tengah eksited lepas tengok cerita Vanila Coklat minggu ni, so there u are..!!
Aku memang mengikuti la cerita ni walau ada terlepas beberapa episode..well, cerita ni about bercinta selepas berkahwin.. Aku rasa kalau yang mengikuti and tengok cerita ni mesti tau kan..? Bukan senang mau jadi senang, dan bukan susah mau jadi susah.. Bercinta selepas kawin ni sebanarnya indah, tapi banyak cabarannya.. Lebih-lebih lagi dalam cerita ni si Zara Aishah dan Amir ni bermusuh dan telah dijodohkan oleh parents both of them.. Memang kecoh lah jadinya.. More sinopsis here
Sudah lah both of them ni nampak sweet gila even selalu bergaduh.. Apatah lagi episode minggu ni dorang dah declare perasan masing-masing..haha..Cute gila ok.! Rasa macam mau guling-guling ja depan tv tadi sebab rasa lucu, cute dan semua rasa lah..haha..over la tuh..!
Even aku xsuka c Izara Aishah ni berlakon dalam Saffiya, tapi dalam vanila coklat ni aku suka gila ngan dia..cute! Terus berangan mau bagi nama anak Izara..hahaha..over tau!
till then, anneyongi kyesayo..
nota bantal buchuk : hukhuk..gemersik kalbu final suda dis week..makin eksited tau cerita dia..besh! hehe.. huhu..besok balik sekolah jam 3..alahai..! jadi apa la besok ni d sekolah, xtau mau buat apa till 3pm..aiyaaaa..
12 January 2012
Gemersik Kalbu by Anis Ayuni
Annyeonghaseyo ;).. hye belog...ngeh~ *gediks Sekarang ni banyak kan filem atau drama yang diadaptasi daripada novel.. Seingat aku lah antara novel yang telah diadaptasi dalam bentuk drama ni termasuklah gerimis dihati-Sharifah Abu Salem, Kau laksana bulan-Aina Emir (most fav), Tak seindah mimpi, Tak semanis impian dan Tiada lagi mimpi- Sharifah Abu Salem, Kamasutra-Sharifah Abu Salem dan beberapa yang diadaptasi ke dalam Filem macam Legenda Budak Setan dan Ombak Rindu.
Ok now yang masih hangat dan sedang dimainkan di kaca tv, most fav novel. Novel yang aku paling suka dan hafal dari A to Z kronologi plotnya.. Gemersik Kalbu oleh Anis Ayuni di TV3 dan Bicara Hati oleh Damya Hana di Astro Prima. Dalam entry ni meh kita layan Gemersik Kalbu dulu k..
ISBN: 983-124-187-8
Halaman: 592
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 11 Apr 2005
Kategori: Novel
Sinopsis
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .
Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!
Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.
Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!
Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?
Sebenarnya, aku baca novel ni daripada majalah Mingguan Wanita. Tapi tidak dapat baca habis, tu sebabnya aku cari novel ni sampailah sah milik pada 2007. Novel ni most fav aku sampai aku khatam berkali-kali.. Aku rasa bukan aku seorang saja yang peminat novel yang setiap kali baca novel akan cuba membayangkan bagaimana rupa hero dan heroinnya. Ni kira cuba berimaginasi untuk mendapatkan feel lebih la ni..hehe.. Best apa.! Antara nama yang mostly jadi imaginasi aku untuk jadi watak tu termasuklah Rita Rudaini dan Rosyam Nor.. Ni dulu-dulu la, sekarang ni da agak-agak kurang daya imaginasi aku ni sebab kan da ramai pengarah dan penerbit telah merealisasikan impian aku tuh...hahaha..
Watak Suffian dalam ni dibawa oleh Aqasha dan watak Raihana oleh Ayu Raudhah.. Watak ni hampir menyamai dengan watak yang digambarkan dalam novel ni cuma bezanya watak Raihana dalam novel ni bertudung. Tapi oleh sebab Ayu Raudhah ni cantik, xda hal la mau feeling..;) Kadar keterujaan aku memang maksimalah bila dapat tahu tentang cerita ni main di TV3.. suka.! tidak sabar pla mau tengok semua scene tapi aku da ketinggalan beberapa episode..huhu.. Gara-gara beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.. Yala, aku bukan stay di umah, hostel memang ada tv dan astro tapi malangnya.. Korang rasa berbaloi ka kalau kami bertarik-tarik rambut gara-gara berebut remote control tu? huh.! xkuasa mak nyah ;p
Tapi akhirnya kemarin ada berita baik apabila dua orang classmate aku yang juga penggemar novel ada bertanya pada aku tentang novel/cerita tu.. Last-last ada geng..! yeaahh..assa..! Meh tengok meh.. Gumbira hati tak terkata lah..over lah tuh.!hikhik Komen penuh tentang cerita ni nantilah selepas cerita ni habis ya. Now just layan ja ni cerita.. Kalau yang masih tidak tahu tu, jom tengok cerita ni Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam.haha Promo nampak.!
Sebelum berpisah jom layan pics di bawah ni..hikhik
Till then, annyeongi kyesayo. kbai ;p
Nota Bantal Buchuk : Sambil-sambil tengok Gemersik Kalbu tu jangan lupa pla tengok Bicara Hati oleh Damya Hana setiap hari Selasa jam 9 malam di Astro Prima k..ni pun mostly fav novel aku la.. Tengku Syahran dan Zahlia..
10 January 2012
Kantoi kan?
okeh.! now di dalam kelas..tengah bincang-bincang untuk memilih pensyarah pembimbing bagi kajian tindakan-tesis.. Aduhaiiii.. Berdebar jugak ni mau cabut undi...
jeng jeng jeng.. Da dapat nama pensyarah pembimbing, xtaw lagi ok atau tidak.. Harap-harap semuanya ok lah.. Classmate cakap dia ok, mudah-mudahan la..
................................................. selesai.! sekarang ni pla sibuk bincang format-format mau buat penulisan tesis ni..pening aku!!! aaa...nyampah ;(
Sempat jugak aku kan.. Mesti ni dalam kepala otak korang kan kan kan.. Sekarang sempat la, nanti-nanti, blog pun aku xjumpa dah..huhu.. Oleh yang demikian pelbagai aktiviti routine akan jadi non-routine.! dan itu membuatkan aku &*%$$$#$#@"?>//?><!!!! seketika
lalalala...cerpen di atas dihasilkan pagi tadi..ngehngehngeh.. Cerpen lah sangat..dohh..haha.. annoying kan? tahu... ;p
Aku rasa macam mau melompat kegembiraan saja sekarang ni...cause, i m a final year student..miahahaha.. Jangan salah faham ya.! Ini bukanlah bersandarkan niat untuk bermegah atau riak.. Tetapi aku hanya meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana telah sampai ke tahap ini.. Pastinya seorang yang bergelar guru pelatih di IPG amat menantikan saat berada di tahun akhir kerana untuk sampai ke tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah.. Bayangkan sahaja 4 tahun setengah suda dilalui, 3 semester untuk foundation dan 6 semester yang membawa jumlah 9 semester.. Tinggal 2 semester lagi baki bagi melengkapi 5 tahun setengah di IPG.. Bukan masa yang singkat kan?
Tapi disamping rasa eksited tuh, final year juga merupakan antara mimpi ngeri..cuak, nerves, muak, letih, lemau, pening dll... Yalah, bayangkan selepas cuti Tahun Baru Cina 30/1/2012, bermulalah sesi praktikum fasa 3 yang membawa jumlah kredit 6(12+0) dan dijalani selama 3 bulan.. Tapi itu cerita praktikum, belum masuk lagi cerita tesis.. Habis.! Khamis ni our tutor da minta submit pre-proposal untuk dibincangkan sama ada sesuai atau tidak.. Masalahnya di sini aku belum ada soalan pun lagi.. Masih berfikir-fikir, menconggak-conggak apa skop yang bersesuaian.. Its really going to kill me..ciss.!
Pagi tadi lepas rehat, pakat ramai-ramai mau serang library.. ouch.! lama gila kot xmasuk sana..haha.. Ketaralah rajin tuh.! ;) Awal-awal masuk memang sibuk mencari buku tentang penulisan tesis dan beberapa buku berkaitan subjek sem ni.. Dah dapat, mula duduk borak-borak kosong.. Last-last, cik ibahyo jumpa buka tentang pengetahuan am..haha.. Apa lagi mula la main kuiz ala-ala money drop.. Memang banyak ilmu yang kurang ni..hehe.. Oleh sebab library kawasan senyap, maka terpaksa ketawa tahan-tahan sebab takut kena halau..Ampunkan kami mbak, kami ngga bersalah.!
Then, palinglah aku menyampah sem ni kelasnya sampai petang.. Dalam jam 5 sampailah jam 6.. Yala, kan kami nanti tiada di IPG selama 3 bulan, terpaksalah kelas sampai petang sebab mau cover jumlah jam kredit.. Mau dijadikan cerita, hari ni memang aku bawa lappy p kelas.. Masalahnya, tadi petang encik BHS punya kelas buat aku totally sleepy dan boring oke.! Apa lagi mula la tengok F.O (family outing)..haha.. Mungkin kurang berkesan kot cover-line aku tuh sampai dia perasan yang aku buat sesuatu depan lappy kan.. Tengok F.O ni buatkan aku lost control.. Lawak gila..! Memang susah mau cover ketawa.. Terpaksa senyum kambing..haha.. Tu pun rasa macam mau meletup jak dada...kekekeke
Aku terpaksa stop tengok sebab encik BHS da mula sebut nama aku tuh.." Fatin, ok ka?" Muka blur >_< "Masih di sini..?" Muka still blur gila, aku xjelas apa dia cakap. "eh.! dia soal aku ka ni?" hahaha..annoying siot.! serius itu memang tidak cool ok..haha.. Then, the second time dia still target nama aku.. Aku admit la yang muka aku memang jelas menunjukkan keboringan tahap babun dan aku xboleh hide muka mengantuk aku.. Aku dapat bayangkan setiap patah perkataan yang keluar daripada mulat dia ibarat dodoian dan alunan muzik kitaro yang rumate aku cik datin ahjuma suka dan selalu pasang tuh.. Apa lagi aku bagaikan berada di awang-awangan, melayang-layang ibarat ditiup angin sepoi-sepoi bahasa di tepi sawah yang menghijau terbentang luas saujana mata memandang..haha..puitis x? ciss.! overrr la nyah ;p Jangan tiru ya dik, arraso?!
Alamak.! talabih sudah ni..Panjang berjela-jela kan..nasib la labu..;) oh ya.! tidak sabar pula mau tunggu cuti CNY ni.. Rindu si kembar ni..aduhaiii.. Haruslah homesick nih.!ngeh ~.~ "
Ok, aku memang ketinggalan bila sebut tengok Ombak Rindu ni kan.. Dengar daripada orang, besh gila filem ni sampai baru 4 hari di panggung da cecah hampir RM5juta *betul ka rm5juta atau lebih? Tapi bagi mereka-mereka yang da baca novelnya, aku pasti korang memang xpuas kan bila tengok filem ni.. Apa maksud aku? Ok, paling asasnya adalah heroin dia, Maya karin.. Daripada pemahaman aku mengenai watak izzah ni, dia digambarkan sebagai seorang wanita Melayu yang memiliki wajah pure Melayu.. Asli.. Tapi masalahnya Maya Karin ni, muka dia mix.. Ini buatkan aku hilang feel, tapi lakonan dia tiada masalah..
Seterusnya, plot filem ni banyak yang tercicir.. Maksud aku, bila filem yang diadaptasi daripada sesebuah novel ni bagi seorang yang sudah pun khatam novel tersebut daripada A to Z, penilaian dan expectation kami amat tinggi.. Contohnya, "eh.! kenapa tiada begini?" "aik.! kenapa pulak begitu?" Thats why, belum pun sampai durasi yang ke 00.30 aku dah macam boring dan.. "Eh! lama lagi pulak ni..." huhuhu.. Bila dah ada yang tercicir membuatkan aku secara total berpendapat filem ni mempunyai durasi yang lompang atau kosong.. Maksudnya dalam sesuatu durasi tu, terdapat adegen yang xberapa penting.. Padahal, novel ni memiliki plot yang cantik dan bisa buat kita xsenang hati selagi xhabis baca.. Setuju? Aku rasa kalau plotnya diolah dengan lebih teliti, memang terbaik la kan kan kan.. Lagi satu, kalau korang perasanlah.. Ada beberapa scene yang macam terpotong-potong.. Belum habis dialog da kena potong..Tapi secara keseluruhannya, filem ni ok jugak la..
Dah dah dah...Ni memang da melalut ni.. Daripada soal tesis ke soal terkantoi, merepek terus ke Ombak Rindu kan?haha.. Panjang bebeno..hikhik ;p
Till then, annyeongi kyesayo...babaiiii
Nota bantal buchuk : eh.! title ada kaitan dengan the whole entry ka? Macam lari tajuk jak kan kan kan..hehehe..apa-apa lah.. janji rock!
13 March 2011
Kekhilafan Seorang Manusia
Anyonghaseyo =)
hye guys..! whut a long week...busy gila minggu ni..dengan asaimennya, lawatannya, projeknya..aduhaiiii...! Tapi sekarang mampu tersenyum lega (^__________^)..now at sweet home..whut a lovely time..;p
Ekceli guys, aku maw ulas sket cerekarama TV3 yang aku tinguk tadi, Sekalung Noda..sapa tinguk jugak angkat kaki dan tangan..hahaha..ermmm..Siapa yang bersalah? Si isteri, Karina atau si suamikah, azrai? Ok, aku xmaw la korang binggung..bia aku cite sinopsis dia sket k..
Karina dan Azrai ni sepasang suami isteri dan ada dua orang anak, Yasmin dan Azmin serta seorang orang gaji, Mak Mah..Kiranya keluarga dorang ni hidup mewahlah jugak sebab si Azrai ni keja ke bisnes sendiri... Kerja dia membuatkan dia selalu keluar negara or negeri..Jarang la ada si umah..so, segala urusan umah dan anak si karina dan mak mah yang urus..Tapi 1 day ni..si karina jumpa Si Ray yang memang kasanova dan suda ada bini jugak..banyak jugak perempuan yang suda jadi mangsanya termasuk la si karina ni..Then, dorang mulalah bercinta..Si Karina mula lupa anak-anak, rumah dan suami sekali..Suami dia mulalah syak then dia menyiasat sampailah terbongkar dan si karina tertangkap berkhalwat ngan si Ray.. Si Azrai ceraikan si Karina ngan talak 3 dan mengharamkan dia jejak umah dan jumpa anak-anak dorang..Si Karina ni kena penjarakan sekejap sebab kes dia berkhalwat ni. Lepas dia kena bebaskan, dia mula cari anak-anak dan suami dia tapi xjumpa pun. Kawan baik dia pun xmaw tolong.. Famili dia xmaw terima dia, bapa dia meninggal dan mak dia sakit gara-gara perbuatan dia sendiri.. Karina jadi tertekan dan sampailah si Karina ni jadi gila dan bergelangdangan di jalanan..
Guys, kejamkan si Karina..Sanggup dia buat macam tuh.. Isteri dan ibu jenis apa macam tuh?? Aku taw korang akan pikir macam tuh jugak kan..Tapi aku maw kita sama-sama berpikir..Atas dasar apa si Karina jadi macam tuh..Bukankah atas desakan naluri seorang isteri yang kesepian yang selalu mendambakan suaminya di sisi bersama-sama melihat anak-anak membesar depan mata? aduhaiii..! Maknanya di sini kita tidak boleh letakkan kesemua kesalahan atas bahu si Karina nih..Padahal suami dia juga sama-sama salah..Terlampau mengejar kesenangan..cop cop cop..! aku taw korang akan cakap, bukan untuk orang lain untuk famili dia juga..yes..! aku setujulah sangat..Tapi apalah sangat kemewahan yang dikejar andai kebahagiaan dan keluarga jadi taruhannya..
Guys, bagi aku cukuplah hidup dalam kesederhanaan yang mana cukup makan dan pakai..Tidak kaya tidak juga miskin..tidak kaya harta tidak juga miskin tanpa kasih sayang... Kita taw kan, duit tu merupakan medium penting dalam kehidupan seharian, tapi kebahagian merupakan pelengkap kehidupan..Kalau kaya harta sekali pun tapi tiada kasih sayang dalam kehidupan apalah gunanya..samalah kesnya si karina, dia punya segala-galanya, tapi kesian kekurangan perhatian dan masa tuk bersama-sama suaminya..Tidak adilkan kehidupan nih..Cuma aku rasa, inilah pentingnya konsep "give and take"..kalau sama-sama mahu menerima keadaan tuh, insyaAllah sama-sama juga rela hati memberi..Maksudnya, Terimalah seadanya kehidupan tersebut dan menganggap sebagai sebuah cabaran kehidupan untuk meraih kebahagiaan sepanjang kehidupan.."Demi sebuah kebahagiaan hakiki, tabahkanlah hatimu wahai manusia, kerana kelak syaitan pasti akan bertepuk sorak akibat kegagalanmu itu..." sama-samalah kita ingat-mengingati sesama makhluk ciptaan Tuhan, insyaAllah selamat di dunia dan akhirat, amin....
Dan guys, Janganlah menghukum mereka yang sudah sedia terhukum.. Apa yang kita lihat belum tentu sama dangan apa yang terjadi..dan betulkan persepsi anda, tidak semua orang pentingkan harta benda atau bermata duitan dalam dunia ni apatah lagi makhluk bernama perempuan,wanita, gadis dan yang sewaktu dengannya..Bersihkan hati, buangkan segala prejudis dan ikhlaskan jiwa ...Renung-renungkan dan selamat beramal ;)
01 July 2010
Semerah Cinta Stilleto
salam n hye...
Today, i glad to be here..hahaha *menyampah cam sampah sja ayat aku kan. Xpa xpa. Sabar la, i kan baru maw ada mood tuk update nih. Jgn cross da line bha.kehkeh. Hokey, sblm i btul2 jd kerepek baek i straight to da point kan. Ekceli, filem ni kan da lama, 8 april tuh. Skrg ni da 1st July. Sah2 aku ketinggalan keta api. Xpala yg pntg i tgk k.huahuahua
Cita ni klu diikutkan mmg la besa2 sja. Tp, jln cita dia ada kelas gitu. Boleh tahan la, not too bad la. Cuma ending dia sja mcm maw cpt2 di tamatkan. Sesuai la jgk ngan genre dia romantik komedi ka komedi romantik? *lantak ko la kan..mna2 la yg sesuai k! Part paling lucu mstila bab nama2 dlm filem ni, Sariman Toyol jadik Leto. Ibarat kata dlm babak*ntah babak ke brpa tah, tang mana jadiknya leto tu? jauh! hahaha. Siti Laila jadik Stella, ni aku still bole trima lagi sbb dkt2 da tuh.hehe. Tang nama da lawak kan.hehe
Hokey, jalan cita ok la aku suka. Santai n cool jew. Sesuai tgk tuk hilangkn boring2 ya!hahaha. Tp ada jgk part dlm cita ni sama ngan satu novel yang aku baca. Tajuknya, Indahnya Kasih. Novel ni kesinambungan dr Kisah kasih. Penulisnya, Kreisya Reisya. Apa yang sama? hehe. Jalan citanya mcm sama ngan filem ni. Hokey, yg aku perasan la bila bab kasut tu. Memang sama, sbb dlm novel tuh mcm heroin jumpa hero sbb kasut la. Lepas tuh, mak bapa si Stella yg ada affair d luar tu sama mcm watak Puteri Farahdika. Sebijik ok! sama. Xpcya, p cari novel ni n baca. Mmg totolly sma. Tp len sikit la jln citanya tuk whole story kan.
Lepas tuh, lagu tema dia. Kira OST tuk filem ni sma ngan drama di tv3 dlm slot Legenda*ceh! details aku bg ko..haha. Zati dan Mawas, tp dlm filem ni penyanyi dia kump. Fabulous cat, Wangi n Zizi tp dlm drama tu penyanyinya Zarina af2 tuh. Tp aku rasa lagu ni Fabulous cat yg cipta kut. Lagu tu mmg best la. Ada jgk aku try cari tp yg ada versi Zarina sja.
okla, aku mo share apa yg aku dpt msa tgk filem ni.
ingat:
"Manusia, takkan pernah puas dengan apa yang mereka ada."
"Kesempurnaan dalam hidup memang tiada, yg wujud hanya kebahagiaan." Siti Laila-stella
Ni pla wat aku tersentuh:
"Sebagai anak, kita wajib mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa kita dan layanlah mereka sebaiknya untuk mereka mengharungi sisa2 hidup sebelum dijemput kembali kepada yang empunya. Walau apa pun perbalahan serta dosa yang dilakukan, biarlah ianya diadili oleh yang Maha Pencipta. Sebagai anak kejarlah masa depan yang lebih sempurna. Tidak ada lain dan tidak ada bukan, keluarga harus didahulukan."
ni pesanan:
"Sebagai seorang remaja, carilah kebahagiaan disisi keluarga. Yang baik dijadikan tauladan, yang jahat dijadikan sempadan agar kelak remaja2 bila dewasa dapat membina keluarga serta mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai. Ini cerita aku, Sariman Toyol. Jangan sekali-kali kita menyalahkan apa yang telah berlaku kepada ibu bapa kita, kaya ke mereka, miskin ke mereka. Itu hak mereka, sebagai anak kita harus berusaha untuk mengubah kehidupan kedua ibu bapa kita, amin." * tulisan merah tuh, wat aku maw ketawa t'guling2 ok!haha =.="
Apa2pun cita ni ok ye. Sokonglah prodak kita. "Klu bkn kita siapa lagi, klu bukan sekarang bila lg"*kata2 from mantan Pengarah IPG kitaorg ye. Aku pinjam jap!. Mmgla xsehebat filem luar ngra, tp kta hrus skong dgn m'berikn kritikan yg membina bkn menjatuhkan ya! Maju lah sukan untuk ngra*tiba2 plak da.hahaha...layanzz nooo ~.~
till then, bubbye ^_^
nota bantal buchuk: ekceli, entry ni aku wat smlm, 1st July. tp mmndgkn xdpt publish t'paksa la publish arini k...bikin gwa naik hantu je la..smpi mata ku merah *sakit mata la..adoiii..malang btol la nsib aku nih!


