blog background

12 January 2012

Gemersik Kalbu by Anis Ayuni

Assalamualaikum ;)

Annyeonghaseyo ;).. hye belog...ngeh~ *gediks Sekarang ni banyak kan filem atau drama yang diadaptasi daripada novel.. Seingat aku lah antara novel yang telah diadaptasi dalam bentuk drama ni termasuklah gerimis dihati-Sharifah Abu Salem, Kau laksana bulan-Aina Emir (most fav), Tak seindah mimpi, Tak semanis impian dan Tiada lagi mimpi- Sharifah Abu Salem, Kamasutra-Sharifah Abu Salem dan beberapa yang diadaptasi ke dalam Filem macam Legenda Budak Setan dan Ombak Rindu.

Ok now yang masih hangat dan sedang dimainkan di kaca tv, most fav novel. Novel yang aku paling suka dan hafal dari A to Z kronologi plotnya.. Gemersik Kalbu oleh Anis Ayuni di TV3 dan Bicara Hati oleh Damya Hana di Astro Prima. Dalam entry ni meh kita layan Gemersik Kalbu dulu k..


Harga: RM 18.00
ISBN: 983-124-187-8
 Halaman: 592
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 11 Apr 2005
Kategori: Novel


Sinopsis

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .


Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!


Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.


Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!


Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?


Sebenarnya, aku baca novel ni daripada majalah Mingguan Wanita. Tapi tidak dapat baca habis, tu sebabnya aku cari novel ni sampailah sah milik pada 2007. Novel ni most fav aku sampai aku khatam berkali-kali.. Aku rasa bukan aku seorang saja yang peminat novel yang setiap kali baca novel akan cuba membayangkan bagaimana rupa hero dan heroinnya. Ni kira cuba berimaginasi untuk mendapatkan feel lebih la ni..hehe.. Best apa.! Antara nama yang mostly jadi imaginasi aku untuk jadi watak tu termasuklah Rita Rudaini dan Rosyam Nor.. Ni dulu-dulu la, sekarang ni da agak-agak kurang daya imaginasi aku ni sebab kan da ramai pengarah dan penerbit telah merealisasikan impian aku tuh...hahaha..






Watak Suffian dalam ni dibawa oleh Aqasha dan watak Raihana oleh Ayu Raudhah.. Watak ni hampir menyamai dengan watak yang digambarkan dalam novel ni cuma bezanya watak Raihana dalam novel ni bertudung. Tapi oleh sebab Ayu Raudhah ni cantik, xda hal la mau feeling..;) Kadar keterujaan aku memang maksimalah bila dapat tahu tentang cerita ni main di TV3.. suka.! tidak sabar pla mau tengok semua scene tapi aku da ketinggalan beberapa episode..huhu.. Gara-gara beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.. Yala, aku bukan stay di umah, hostel memang ada tv dan astro tapi malangnya.. Korang rasa berbaloi ka kalau kami bertarik-tarik rambut gara-gara berebut remote control tu? huh.! xkuasa mak nyah ;p

Tapi akhirnya kemarin ada berita baik apabila dua orang classmate aku yang juga penggemar novel ada bertanya pada aku tentang novel/cerita tu.. Last-last ada geng..! yeaahh..assa..! Meh tengok meh.. Gumbira hati tak terkata lah..over lah tuh.!hikhik Komen penuh tentang cerita ni nantilah selepas cerita ni habis ya. Now just layan ja ni cerita.. Kalau yang masih tidak tahu tu, jom tengok cerita ni Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam.haha Promo nampak.!

Sebelum berpisah jom layan pics di bawah ni..hikhik

Darling i ;)
miss u


what happen my darling? 
hikhik

Till then, annyeongi kyesayo. kbai ;p



Nota Bantal Buchuk : Sambil-sambil tengok Gemersik Kalbu tu jangan lupa pla tengok Bicara Hati oleh Damya Hana setiap hari Selasa jam 9 malam di Astro Prima k..ni pun mostly fav novel aku la.. Tengku Syahran dan Zahlia..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...