blog background

Showing posts with label Aku baca. Show all posts
Showing posts with label Aku baca. Show all posts

27 September 2011

Tam tam tut Vs Wai wai mandai

Assalamualaikum

Annyeonghaseyo..dilema dilema dilema....!! Hajat di hati mau yang 'itu', tapi apakan daya 'tangan' tak sampai..haha..konpius ka tidak? Kalau dulu-dulu kan maybe sekarang juga cuma lebih moden bila kita dalam dilema, sukar untuk buat pilihan yang itu ka yang ini mesti akan ada solution macam kira-kira 1-10 pada dua benda tersebut then mana yang kena nombor 10 itulah jadi pilihan..pernah? mesti pernah kan.. meh aku share satu pantun ka jampi namanya*haha aku xtaw nama saintifiknya la dol dalam bahasa brunei yang masa damit-damit (kecil) dulu..

"Tam tam tut gelagah uwa-uwa, si tam bekantut bebau c*** tua.."

haaa?? pernah biskita mendangar? Ani mun nda parnah mendangar, nya beliau atau urang tetua kitani "bukan tah anak brunei tuhh.."..nah..! banar ka inda? baik di-akun..Ada jua ku gugel, pantun ani ada dalam versi Melayu..lain dikit la..tapi akan-akan jua la.. sabalum biskita paning nda merati, baik tah ku bari tau..

Gelagah - tebu
uwa - tua (biasanya untuk panggilan nenek selain mama tua)
bekantut - berkentut (cuma tiada 'r' dan 'e' diganti 'a')
bebau - berbau (cuma tiada 'r') 

so, aku simpulkannya di sini maksudnya lebih kurang tebu yang suda tua..hehe..faham? Ok, pantun ni juga boleh digunakan semasa hendak memulakan permainan macam permainan sembunyi-sembunyi or dalam bahasa bruneinya "hide and seek" eh.! bukan..banarnya main tapuk-tapuk..kekeke..ok, next..

"Wai wai mandai jipun, tanduk berapi, kalau mau minta ujan, beparang abis, abis.."

ok, mun yang ani aku nda jua merati banar..tapi labih kurang nya mun kan mau dapat sesuatu atu baik tah berabis-rabis..buat yang banar-banar..Just like, "fight to win"..haha..ni pun kira macam pantun yang di atas, peranan yang lebih kurang la...

eh.! Ekceli aku bukan mau cita pasal benda di atas ni pun, tu kira mukhadimah terpimpin..haha..Isi penting entry ni sebenarnya adalah disebabkan dilema insan yang punya keinginan besar tapi keupayaan yang sebenarnya kecil..hehe..Ada kaitan juga lah mukhadimah terpimpin aku tuh Sebenar-benarnya, i make a wish to have another new gadget...lalalala..just a wish, mana tau kalau ada "ibu peri" yang sudi memberi sumber kewangan lebih di tahun depan..hahaha..jeng jeng jeng =.="


Arghhhhhhhhhhhhhhhhh...straight to the point la..Ibarat makan tak kenyang *tipu.! tidur tak lena *yes, lately menghidap insomnia sebab terlebih tidur..hahah mandi tak basah *kalau mandi tak basah, sah la ngko gila..berbaldi-gayung mandi tidak basah apanya.. Dahsyat wooookkk...gara-gara beberapa benda alah di bawah ni..


Super cool..
sangat suka design samsung galaxy S 2 ni... 
harga : tunggu aku kaya tidak pun own gaji..alahaiiii



 ni pun cool..expecially, pinky one...alahaiiii
antara the latest model - nokia N9 
harga : out of budjet
p/s : cepat-cepat turun harga..tq




i wish for this..super duper cool
Nokia N8
Just like mine, N81..that all about '8'..miahahaha
Harga : boleh runding lagi..haha




i m looking for this..tapi search d google macam susah pla maw jumpa..
yang paling cool about nokia C8 ni, design dia..suka.! 
harga : affordable..maybe dalam budjet  


ouh.! Perlu berjimat daripada sekarang..Tabung perlu diternak pada kadar yang maksima...
till, then babaiiii...annyeongi kyesayo..



nota bantal buchuk : Tengah layan lagu-lagu FT Island..super cool juga macam lagu-lagu CN Blue...jatuh chenta..! Apa macam cool ka tidak aku bekurapak brunei..?? miahahahaha...jangan sampai korang tidak faham sudah..lalalala

09 September 2011

Serius.!

Assalamualaikum

My diary, my blog..totolly mine.! (Fatin Amalina,2011)..miahahahaha..apaku kesah.! Seriously, akulah panda terkiut di abad ini..hahaha..yes, aku merepek di pagi yang suci dalam debu ini...gara-gara hencek assignment..waduhhh.! ekceli, routine for every sem...cis.!

whut u guys trying to do..??
SERIUS.! uncu miss u..


Nota bantal buchuk: ekceli, aku main-main jap..asgmnt, ngko sabar ya..!hahaha..

07 August 2011

Kelebihan bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Annyeonghaseyo..hi guys..teks di bawah ni aku copy paste  ja..marilah kita renung-renungkan dan selamat beramal di bulan mulia ni...


Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah : (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya .
(Al-Hadith)

Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)

- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)

- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)

- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)

- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.

Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
"Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

"Semulia mulia sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)


Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith). Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

guys, sharing is caring...

Annyeongi kyesayo..babaiii..

nota bantal buchuk : lagi 3 minggu berpraktikum, bermakna lagi 3 minggu raya dan bailk umah...balik kampung..ooo..balik kampung..hati girang...jom main mercun..haha

24 October 2010

Tak Secantik Husna_Ainul Hazrah

salam n hello readers!

my 2nd ntry for today!haha..rajinnya...anak sapa la ni kan..??lalalala

hokey2..stop!jgn puji aii lebeh2 k..nnt aii jd kembang semangkuk..*adakah? blah la luuu..kiki..ekceli smlm aii da abis baca novel Tak Secantik Husna by Ainul Hazrah..thanks to cik Ibah cos pinjamkn novel tu..sistem barter..ok hapa ;)..haha..


Sinopsis : TAK SECANTIK HUSNA
LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang


Bg aku novel ni ok, jln cita pun ok, watak pun ok...kira ok la tu...not bad la..laju jgk aku bca..klu aku bca laju n cpt abis alamatnya, novel tu kira ok la..dr 5 bintang aku bg 3.5 bintang..*ceh..sighhh~_~...lalala..ekceli cita dia..eh! mna blh bg taw..xsuspen la..aku pnt2 bca korg sng2 sja maw taw kan..ha! p baca sndri..dptkn di kedai2 b'hampiran anda..sementara stok masih ada..promosi ni leh mnta claim ka?hahaha..tp tp tp kan..apa yg btkn aku gila2 teruja ni kan..heeethee..sbb "stem cell" atau "sel stem"..*sma sja kan tuh..bi n bm sja bezanya...lalala..korang pernah dgr x? aku ngaku fes tyme dgr taw sal bnda ni..kesiannya aku..pdhl bnda ni da lma kut...ok, mari kira selidik, apa bnda "stem cell" ni k! jom..


Sel stem merupakan satu bidang bioteknologi yang sudah lama diperkenalkan di dunia. Sel stem yang diperkenalkan di Malaysia beberapa tahun lepas menjadi jalan penyelesaian kepada beberapa pemasalahan penyakit terutama berkaitan genetik.

Kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati darah tali pusat mengandungi banyak sel termasuk sel stem. Pada tahun 1998 pula, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit fanconi anemia.

Pada tahun 1997, Hospital Universiti (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya - PPUM) berjaya melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang pesakit talasemia major yang didermakan daripada adiknya yang baru lahir.

Begitu juga pada tahun 2005, buat pertama kalinya, PPUM berjaya melakukan pemindahan sel stem darah periferal alogenik daripada penderma yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan pesakit yang menderita leukemia.

Sel stem ialah sel kosong berbanding sel-sel lain yang bersifat tersendiri dan berkeupayaan terbahagi dan menghasilkan rangsangan pembentukan sel-sel lain seperti dalam darah merah dan sel darah putih.

Darah di dalam tali pusat bayi adalah sumber sel stem yang sangat bernilai secara genetiknya.

Sel ini yang ada di dalam tali pusat adalah building block kepada darah dan sistem pertahanan yang biasanya akan ditukarkan kepada sel darah merah, sel darah putih dan platelet, iaitu sel yang akan memulihkan kecederaan. Oleh itu ia boleh digunakan untuk merawat sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat 70 jenis penyakit seperti parkinson, alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, penyakit darah (barah, talasemia, anemia), sklerosis berbahagi, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang. 

 

sebenarnya, stem cell ni ialah 'master cells' kerana dr 'sel master' inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ dan sistem di dalam keseluruhan tubuh badan kita. Sel stem mempunyai kemampuan utk b'ubah menjadi kebnykn jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain. Sel darah yang baik akan disimpan dalam beg darah khas dan kemudian dimasukkn dlm satu tangki khas yang dipenuhi dgn cecair nitrogen dan suhunya pula dikawal di bawah tahap beku iaitu -196 darjah celcius. Biasanya, 30ml-100ml darah boleh didptkn dr darah tali pusat dan ia boleh disimpan lebih dr 20 TAHUN taw x?hebat bukan..??

terdapat 2 punca utama sel stem :
1- sel stem dewasa
ia boleh diperoleh drpd janin yg gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak. sel-sel ini mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dgn sel stem embrionik. bilangannya agak kurang dan adakalanya sukar untuk diperoleh (contohnya drpd bahagian otak dan retina mata)

2-sel stem embrionik
sel ini diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh badan (in_vitro fertilisation) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik). terdpt suatu perbahasan moral dan etika yg hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio utk penyelidikan. Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik. kira-kira  100ml boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil biasanya kanak-kanak

Ada beberapa syarikat swasta yang menjalankan khidmat menyimpan sel darah tali pusat ini dengan mengenakan bayaran permulaan sebanyak RM2000 hingga RM2500 dan bayaran tahunan sbnyk RM200 hingga RM250. Darah tali pusat ini hanyalah untuk kegunaan diri sendiri, ibubapa atau adik beradik si penyimpan darah. *tengok..blh bt bisnes lg..hebat btul teknologi..

Namun begitu, Pusat Darah Negara juga ada menyediakan perkhidmatan tersebut dengan menubuhkan Bank Darah Tali Pusat Nasional. Disamping menyimpan darah tali pusat untuk penggunaan sendiri, orang lain yang memerlukan darah tali pusat boleh memanfaatkannya melalui transplantasi alogenik (berbeza dari segi genetik). 

klu maw taw lbh bnyk lg g taip or search sja 'Stem Cell' msti jmpa..nice info kan?

sapa ckp bca novel xda manfaat? sapa ckp baca novel juz tuk jiwang2, cintan-cintun or angan-angan? hellooo..blom baca blom taw! plz la...+ve blh x? jgn judge a book by its cover only..lain kali try la bha bca2 sket..xknl mka x cinta.. i mean, novel melayu ok! produk kita cermin kita..jgn egois sgt!

till, next novel.....tata titi tutu...

nota bantal buchuk:lepas gian bca novel, slps sekian lama...next novel?? apa ya? nnt try tnya2 la..k! adiosamigos...sarang-hee-yoo..haha..motif?




26 July 2010

Kelebihan Bulan Sya'ban

salam n hye belog
aku copy paste kat cni. Kita share2 ya! Happy reading guys =)

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.

Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban

Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.

Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud:

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud::

AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.

Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujut.

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.

Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat

AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur'an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

big kreadit to dis website http://www.mail-archive.com/hira@alumni-hira.org/msg01313.html

nota bantal buchuk: marilah kita sma2 m'perbnykn amalan kita. Semoga kita mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T amin~~~

19 July 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?


Salam n hye readers....

Today i gald to share wif u'olls ttg satu cita benar. Cita ni da lama aku taw, tp aku nk share jgk kat sini ya! Mudah-mudahan dapat kita renungkan b'sama ya hadek2, habang2 dan hakak2. Cita ni aku copy paste jew.



Kisah benar ini berlaku di US.........
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….AMIN



nota bantal buchuk : kan aku prnh cita d ntry lps, sal aku ngan kwn2 di kacau oleh satu org BELIAW tuh....xla sama ngan cita d atas ni...tp cam ada kaitan skit2 kan kan kan...

12 July 2010

SubahanAllah, Maha Suci Allah

cuba lihat titik pada kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pada dinding kosong..lihatlah keajaibannya..subahanAllah..rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaan-Nya ni..


aku da try..SUBAHANALLAH...mmg timbul rasa kagum ni. Aku ambil pic ni dr FB someone yg muncul dlm wall FB aku. Try la ye adik2, abg2, kaka2, puan2, tuan2 dan sekalian alam.*cettt..mcm la korang baca kan kan kan..hhahahaah

papaiiiii

nota bantal buchuk: bnyk benda aku maw tulis sini, tp xda mood la der.hehehe. Mood shooping jew yg ada lately ni. Besa la kan, elaun bru jew kuar. Tp, da lari bajet ni. Apa macam ni doh..?? hehe ~.~

08 July 2010

12 Doa Amalan Harian

salam n halohalo

Assalammualaikum Tuan rumah n tamu rumah..hikhik

Td aku bca mjlh Dara.com yg aku bli tyme cuti ari tu. blom abis upanya aku bca. So, belek2la kan mna2 page yg blom d bca..*syg wooo, bli klu xbca suma kan kan kan.wink wink. Then, belek2 jumpa lak artikel ni. Aku suka n baik tuk jd amalan kita kan. Lgpn, sharing is caring kan. So, bca jela. Tingtong.

1- Doa ketika tidur. "Dengan nama Engkau wahai Tuhan, aku hidup dan aku mati."

2- Doa keluar rumah. " Dengan nama Allah, aku menyerahkan diri kepada-Mu, tidak ada daya upaya (dlm sgla urusan) melainkan dengan Allah jua."

3- Doa memakai pakaian. " Wahai Tuhanku, aku memohon kepada-Mu dari kebajikan pakaian ini dan dari kebajikan sesuatu yang pakaian ini dibuat untuknya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan sesuatu yang pakaian ini dibuat untuknya."

4- Doa ketika rasa takut atau terkejut. "Aku berlindung diri dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan kemarahan-Nya, seksaan-Nya, kejahatan hamba-hamba-Nya dan dari gangguan syaitan dan dari kehadiran mereka itu."

5- Doa masuk rumah. "Wahai Tuhanku, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah, kami masuk, dengan nama Allah kami keluar. Dan kepada Allah Tuhan kami. kami menyerah diri."

6- Doa bangun tidur. "Segala puji hanyalah kepunyaan Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami, dan kepada-Nya kami akan dikumpulkan."

7- Doa hilangkan rasa marah. " Aku berlindug dengan Allah dari syaitan yang terkutuk; Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku, dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk."

8- Doa membuka pakaian. "Dengan nama Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia."

9- Doa ketika menghadapi kecelakaan. "Tidak ada daya upaya dan tidak ada tenaga kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar."

10- Doa ketika sukar menyelesaikan masalah. "Wahai Tuhanku, tidak ada yang mudah melainkan apa yang telah jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendakinya."

11- Doa menuntut ilmu. "Wahai Tuhanku, kayakanlah aku dengan ilmu, hiaskanlah diriku dengan ketenangan jiwa dan muliakanlah diriku dengan takwa dan elokkan diriku dengan 'afiat."

12- Doa penerang hati. "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memalingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan berikanlah kami rahmat-Mu, bahawasanya Engkaulah Tuhan yang sangat banyak pemberian-Nya."

renung2kan dan selamat beramal. ^_^. So, korang boleh la dptkn majalah Dara.com edisi 97 Julai'10 ni di pasaran dengan kadar yg pling segera ye! Byk info2 menarik, fesyen etc.


till then, papaiiii u'olls. Assalammualaikum....

nota bantal buchuk: kami da pindah kls bru yg tlh dimahkamahkan dlm mahkamah kami sja.hehe. wat suspen pla. Xdala. Kmi da dpt kls d bwh bekas prasekolah bestari ipg. Ibarat menang kes plus dream come true afta 4 sem punya penantian ya adek2!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...