blog background

Showing posts with label Sharing Is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing Is Caring. Show all posts

04 January 2013

Goryeo ke Joseon


Assalammualaikum ;)

Anneyonghaseyo...blog, mweohaeyo? Entry pertama di tahun 2013..Tahun baru, azam pun mestilah baru kan.. Azam aku tahun ni apa ya? Ermmm...belum terfikir secara detail lg..hahaha.. Boleh?! Alhamdulillah.. Result exam untuk final sem suda keluar.. LULUS. TAMAT PENGAJIAN.. Highlight kau! haha.. Aku rasa semua yang senasib dengan aku masih dihantui tanda tanya.. Bilalah tarikh temuduga SPP.. Posting bila dan di mana? huh! Hantu tersebut sangatlah kejam..haha.. Siapa hantu? hah? Monolog gila! lol..

Ok.. Abaikan lah benda yang tiada kaitan dalam entry ni.. Macam meroyan sangat! hahaha.. Sejak-sejak jadi ahli kesatuan KPM *Kesatuan Penganggur Malaysia ni aku mempunyai masa-masa yang terlebih-lebih.. eh! Bahasa mudahnya, masa free..haha.. So, kehidupan rutin aku agak rileks.. Ofkoslah channel 393 Astro One HD dan 392 KBS world HD dapat rating tertinggi... Tahniah! Then, one day tu aku tengok satu k-drama ni.. Kalau tidak silap The Great Doctor dan paling latest The Great Seer..

Dalam otak aku timbul pelbagai soalan.. eh! kenapa lain? kenapa ni? kenapa tu? Buat pengetahuan yang tidak tahu.. Kedua-dua k-drama ni historical drama.. Cara mereka berpakaian, rumah, dan kebanyakannya betul-betul resemble cara orang-orang China masa zaman-zaman dulu..  Goryeo? Bukan Joseon? Oleh sebab tahap curiosity aku terlalu tinggi so aku meminta bantuan hencek Google..haha.. Sonang! Hasil kepintaran hencek Google ni lah baru aku tahu serba sedikit.. Rupa-rupanya Dinasti Goryeo atau sebelumnya juga dikenali sebagai Goguryeo adalah bermula pada tahun 918 dan berakhir pada tahun 1392.. Dinasti Joseon bermula 1392 sehingga oktober 1897...  Sebenarnya Goryeo ni banyak hilang kekuasan sebab dipengaruhi oleh Dinasti Yuan sebab tu kehidupan dorang lebih resemble China....

Dah dah.. Kalau mau tahu lebih detail, baca sendiri..hahaha.. Penat den bagi link tu hah! Aku pun bukannya mau belajar pasal sejarahnya tapi cuma mau tahu sikit-sikit saja.. Kalau dibandingkan antara kedua-dua dinasti ni, aku lebih suka dan prefer Dinasti Joseon sebab masa tu dorang sudah ada identiti yang kukuh.. Aku sebenarnya memang suka la kesenian mereka ni.. Bukan sebab semata-mata aku suka k-pop.. NO! Sebab bagi aku dorang ni ada keunikkan tersendiri.. Entahlah..susah la mau explain..haha.. Bukan la bermaksud aku ni melebih-lebihkan kekoreaan tu...hahaha..lawaks! Ini tiada kaitan dengan semangat patriotik.. Itu dua perkara yang berbeza.. Tidak! Lain.. Macam mana mau explain ni ha? hehe..gila aah! Senang cakap lah aku impressed dengan mereka ni... Banyak benda..banyak hal.. Dan aku rasa tidak ada salah untuk kita ambil mana-mana yang baik daripada mereka.. Kena lah bijak.. Jangan ambil semuanya bulat-bulat.. Ubah suai mengukut kesesuaian kehidupan kita lah... eh! alamak.. Jauh sangat menyimpang ni...opsstt..sesat..Tolong!hakhakhak

Daripada sakit kepala fikir, baik layankan gambar-gambar kan..Moh le kite..


Dinasti Goryeo


King



 






Dinasti Joseon

King - Besar sikit gambarnya sebab.. Hensem..haha




Nampak perbezaan? Ermmm..dah la.. Tidak larat suda ni..hahaha... Banyak betul gambar.. 


Till then, babai.. Anneyongi kyesayo ;)


Nota Bantal Buchuk : Rupanya ada juga yang menanti blog diupdate..haha..Blah la weii... Bajet retiss! Tampar kang!hahaha.. Selamat berhibur :)






02 October 2012

Hello kawan! Makan Banyak cili ea?

Assalamualaikum ;)

Anneyonghaseyo... blog, mweohaeyo? Lihat pada tajuk...ermmm...apa plak kesnya ni? Entri kali ni bukan cuba membuka lipatan sejarah, namun aku cuba mengajak anda sekalian kembali berfikir sejenak...

***********************************************************
Lorong 44 Jalan Mati,
Cerita Al-Hijab punya pasal,
98765 Sori Aku Pinjam Kejap,
Negara Suka Hati Ko la.

Ke hadapan kekanda si penikam-dari-belakang sekalian,

Apa khabar? Adinda harap kanda dalam sihatlah ya.. Maaf dinda ucapkan andai warkah ini mengganggu kanda..Apalah hendak dihiraukan jika dinda mencuri barang seminit dua daripada masa yang kanda ada dengan menikam belakang secara tidak profesional itu?

Kanda-kanda..dinda ada sedikit kemyuskilan ni.. Kenapa ya kanda, sudah habiskah makanan yang enak-enak di bumi ini sampaikan kanda sanggup untuk makan kawan sendiri? Enakkah kanda?? Kanda tahukah betapa perlakuan kanda itu telah mengakibatkan otak tidak berhenti daripada memikirkan apakah natijah kesemua adegen yang kanda cuba lakar dan lakonkan di realiti pentas wayang pancak ini, kanda? Semalaman dinda memikirkannya sehingga tidak dapat melelapkan mata sehingga pagi.. Nasib baiklah esoknya tiada kertas exam, kalau tidak..Nahas.! sia-sia kehidupan..

Kalaupun kanda cuba untuk mengenakan pihak yang lagi satu, janganlah kanda cuba untuk melibatkan kesemua makhluk yang lain kanda.. Kalau baling batu, sembunyilah tangan itu betul-betul.. Kalau menipu, tipulah pandai-pandai.. Ini tidak, menipu pun tidak berilmulah kanda.. Yang ditipu ni kanda, ada kaitan bau-bau bachang Detective Conan.. Memang cari nahaslah gamaknya ya kanda.. Kata orang kalau nak tengok makhluk halus, bukalah hijab..Nah, itu bahaya kanda..yang takutnya dinda bukannya kanda...Jadi dinda berhajat nak buka hijab yang membolehkan dinda melihat manusia berhati busuk, yang sampai hati menikam kawannya daripada belakang..Kalau yang itu, sudah tentu kanda yang takut bukannya dinda..I'm WATCHING you...!!hahaha

Sedalam-dalam luka di tangan, nampak berdarah, kanda.. Tapi ini lukanya nun tersorok di dasar hati, kanda.. Sekalipun sembuh, parutnya tetap kekal di sana..Adinda bukan apa kanda.. Bercakap ini ya kanda modalnya hanyalah mulut dan air liur sahaja.. Tetapi biasakanlah menambah modal dengan berfikir sebelum bercakap, kanda.. Supaya modal itu tidaklah sia-sia atau membazir saja, bukannya menguntungkan malahan merugikan diri sahaja..

Tapi, biarlah kanda.. Dinda redha..kerana kanda, dinda tahu dan percaya di dunia ini, kita punya bahagiannya masing-masing..yang sudah terjadi ini dinda rasa bahagian dinda..bahagian kanda, kalau tidak esok, lusa sampailah.. Masa itu barulah kanda tahu, langit itu tinggi atau rendah..

Sampai di sini sahajalah ya kanda warkah dinda ini..Panjang berjela-jela pun bukannya kanda insaf dan menggunakan otak kanda itu untuk berfikir secara waras.. Rasanya menghabiskan dakwat pena maya dinda ini saja..

Yang benar,
Adinda
Sareanghea ;)


****************************************************************


Full entri klik surat-layang-layang

Ermmm..baru dengar-dengar cerita..rupanya dipersalahkan lagi kerana entri ini...Alahai...sudah cukup, cukup sudah...Tidak payah menambah sengketa! Sepanjang entri yang telah di linkkan di atas, aku tulis.. Memang aku akui berada dalam keadaan sangat marah, kecewa, terkilan dsb... Orang akan fikir..." alaaah...tu pun mo jugak gini gitu....".. Hey you! ya youuu.. Cuba anda tempatkan diri anda berada di tempat aku... Susah bila bercakap dengan orang yang rasa dirinya suda terlebih pandai ni...Kita ni, jangan lah asyik mendongak ke langit, kadang-kadang pandang la bumi kita ni... Sakit tengkuk tau, lama-lama mendongak ni...hahahah


Apa yang aku curahkan dalam entri tersebut adalah berdasarkan situasi sebenar yang aku hadapi... Dan harus diingatkan, ini adalah blog aku..Tajuk pun Diari Moden...Sebuah diari berkenan cerita kehidupan aku, apa yang aku suka dsb...Cuma konsepnya berbeza daripada diari konvensional yang lebih bersifat peribadi dan tertutup.. Ini diari moden aku, aku suka konsepnya yang juga sebenarnya bersifat peribadi tetapi tidak tertutup kerana aku suka istilah "sharing is caring".... Aku share apa yang aku alami supaya menjadi iktibar kepada orang lain...


Dan sebetulnya, aku memang menulis entri tersebut secara bertujuan.. Tetapi anda suda katakan dan mengakui disebalik kesemua kejadian itu..Bukan anda DALANGnya... Jadi, kenapa harus anda terasa hati? Just let it go! Jangan mau touching-touching sini...go away! Maka pepatah nenek moyang kita dari dahulu lagi tu, sangat releven sampai ke saat ini.. "Siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya.."


Fatin Amalina, just let it be! Peduli la ko...Memang aku tidak kisah! Dan harus aku mention sini...aku sangat menyukai persekitaran kehidupan aku sekarang yang lebih sihat, segar dan bebas...berkawan dengan mereka yang sebenarnya kawan...



oklah, Anneyongi kyesayo ;)


Nota Bantal Buchuk : Wish me luck untuk Pembentangan Penyelidikan Kajian Tindakan PISMP Ambilan Januari 2009 tommorow k! Semoga dapat bentang dengan baik, jawap soalan dengan baik dan dapat markah yang baik juga... Untuk semua pembentang juga, Good Luck! Chingu ya!

13 May 2012

SuperMama

Assalamualaikum

Anneyonghaseyo..Eh! hari ni or semalam hari ibu? Sebagai orang Islam, tidak boleh menyambut perayaan ini atas dasar sejarah smbutan hari ibu ini.. Namun, doa ku buat ibu-ibu sekalian, semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi..amin.. Buat insan terpenting dalam hidupku, first women in my life, the one and only mother, the best ever mom, love you with all my heart..Tidak pernah sedikit pun kecintaan ini berkurang buat mu mama... Walau mungkin dalam sehari ada sahaja perbuatan ku yang tidak kau senangi, maafkan kekhilafan tersebut.. Tapi percaya la, tidak pernah sedetik pun rasa hati ini meninggalkan kasih dan sayang terhadapmu..


Doa Untuk Ibu - Ungu

kau m
emberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan

hangat dalam dekapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan

reff:
oh ibu terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan

oh ibu semoga tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku

repeat reff

ooohh putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku


Aku yakin buat kita yang sudah melepasi zaman-zaman keremajaan, pasti mengakui yang dulu dalam kehidupan kita orang yang terpenting adalah KAWAN... Kawan-kawan adalah segala-segalanya, orang yang pertama sekali dalam hidup kita..Ya! aku mengaku, kalau dulu aku sangat suka datang ke sekolah sebab aku punyai ramai kawan.. Apa-apa hal, kawan lah tempat rujukan pertamaku.. Mengetepikan keluarga demi kerahsiahan dunia keremajaan..

Masa berlalu, lima tahun kebelakangan ini aku mula menyedari sebenar-benarnya erti kepentingan dan keutamaan.. Jauh dari keluarga.. ya! Di sana lah aku mula menyedarinya.. Tiada yang mutlak yang mampu menhulurkan bantuan seikhlasnya selain daripada keluarga sendiri..Aku mula menyedari siapa yang pertama dan utama dalam kehidupan.. Keluarga dan kemudiannya barulah datang SAHABAT.. Siapa sahabat ini? Ya, mereka yang turut ada di masa senang mahupun susah..

Namun konsep ini turut berubah secara total, apabila aku mula mengerti dan memahami maksud KEKELUARGAAN.. Keluarga itu adalah orang yang dekat dengan kita dan memiliki carta yang paling tinggi dalam hidup kita, manakala sahabat pula mereka yang juga dekat dengan kita dan memiliki keunikan yang mempengaruhi perjalanan hidup kita.. Apabila kedua-dua ini digabungkan, maka wujudlah konsep kekeluargaan yang unversal..

Sebenarnya, aku mula memahami dan mempercayai apabila peristiwa 10 Mei 2012 diungkit kembali... Untuk cerita yang lengkap klik link di bawah ni;


Bell, you must be strong untuk mummy... Aku tau dan kenal bell yang sangat kuat dan ceria.. Kami sentiasa ada di belakang untuk support ko.. Pedulikanlah mereka yang cuba mematahkan semangat ko tu..Kalau ko mo pinjam bahu, bahu aku pun boleh. Tulang aku penuh kalsium, baju aku cepat kering..Anytime ok...hehe..




Kawan-kawan yang membaca this entry, feel free to share your experience.. Siapa-siapa ada tips atau ikhtiar untuk pesakit kanser pun diharap boleh berkongsi sama ada di ruang komen atau kindly email me hanaqistina_Fa10@yahoo.com.. Thanks ya!




till then, anneyongi kyesayo ;)



Nota bantal buchuk : sakit otak suda tengok ni ayat-ayat cinta...better, sleeping beauty jom... Esok sambung balik kita EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling ya..hukhukhuk

06 May 2012

You're number one for me

Assalammualaikum ;)

Anneyonghaseyo...guys, mweohaeyo? yeaaaaaa..Seem i'm the only busy person in this world.. without time to spent for this blog..hahaha.. ermm..busy ka? Bukan busy sangat la, cuma busy sikit tapi malas tu banyak.. Sekarang banyak masa diluangkan untuk errmmm..bersenangloka sebelum final exam?! mungkinkah? hahaha.. Betapa aku jauh ketinggalan sampai setting untuk blogger berubah pun aku terkejut beruk..over taw!haha.. orite! like i will merapu kerapu ni..baik ke tujuan asal..ngehhh ;).. Ekceli, i like to share the most lovely song with powerfull lyrics..Maybe korang sudah tahu dan pernah dengar lagu ni kan.. so, enjoy!


You're the number one for me - Maher Zain

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oooh

If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
 I would make it up to you


Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday


You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me

Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine

Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me

There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted


I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you


Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
Number one for me


oh! seriously..it touch my heart...touch touch touch (sing with Miss A-Touch..haha)..ngada sungguh! The red line make me feel like.....yeahhh! guys, it's not too late... I’d like to put a smile on my mom face everyday..  I swear that I would...I would make it up to you..aminn..amin..aminnn...;)



till then, anneyongi kyesayo..babaiiii





Nota Bantal buchuk : Motif entri ni ekceli, i miss my mom, my dad, siblings, my nephew and my neice and my home ;(... 3 weeks to go..home sweet home... Yeaaa...final exam..hukhukhuk..sick of that!  

07 August 2011

Kelebihan bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Annyeonghaseyo..hi guys..teks di bawah ni aku copy paste  ja..marilah kita renung-renungkan dan selamat beramal di bulan mulia ni...


Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah : (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya .
(Al-Hadith)

Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)

- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)

- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)

- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)

- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.

Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
"Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

"Semulia mulia sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)


Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith). Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

guys, sharing is caring...

Annyeongi kyesayo..babaiii..

nota bantal buchuk : lagi 3 minggu berpraktikum, bermakna lagi 3 minggu raya dan bailk umah...balik kampung..ooo..balik kampung..hati girang...jom main mercun..haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...