blog background

13 May 2012

SuperMama

Assalamualaikum

Anneyonghaseyo..Eh! hari ni or semalam hari ibu? Sebagai orang Islam, tidak boleh menyambut perayaan ini atas dasar sejarah smbutan hari ibu ini.. Namun, doa ku buat ibu-ibu sekalian, semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi..amin.. Buat insan terpenting dalam hidupku, first women in my life, the one and only mother, the best ever mom, love you with all my heart..Tidak pernah sedikit pun kecintaan ini berkurang buat mu mama... Walau mungkin dalam sehari ada sahaja perbuatan ku yang tidak kau senangi, maafkan kekhilafan tersebut.. Tapi percaya la, tidak pernah sedetik pun rasa hati ini meninggalkan kasih dan sayang terhadapmu..


Doa Untuk Ibu - Ungu

kau m
emberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan

hangat dalam dekapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan

reff:
oh ibu terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan

oh ibu semoga tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku

repeat reff

ooohh putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku


Aku yakin buat kita yang sudah melepasi zaman-zaman keremajaan, pasti mengakui yang dulu dalam kehidupan kita orang yang terpenting adalah KAWAN... Kawan-kawan adalah segala-segalanya, orang yang pertama sekali dalam hidup kita..Ya! aku mengaku, kalau dulu aku sangat suka datang ke sekolah sebab aku punyai ramai kawan.. Apa-apa hal, kawan lah tempat rujukan pertamaku.. Mengetepikan keluarga demi kerahsiahan dunia keremajaan..

Masa berlalu, lima tahun kebelakangan ini aku mula menyedari sebenar-benarnya erti kepentingan dan keutamaan.. Jauh dari keluarga.. ya! Di sana lah aku mula menyedarinya.. Tiada yang mutlak yang mampu menhulurkan bantuan seikhlasnya selain daripada keluarga sendiri..Aku mula menyedari siapa yang pertama dan utama dalam kehidupan.. Keluarga dan kemudiannya barulah datang SAHABAT.. Siapa sahabat ini? Ya, mereka yang turut ada di masa senang mahupun susah..

Namun konsep ini turut berubah secara total, apabila aku mula mengerti dan memahami maksud KEKELUARGAAN.. Keluarga itu adalah orang yang dekat dengan kita dan memiliki carta yang paling tinggi dalam hidup kita, manakala sahabat pula mereka yang juga dekat dengan kita dan memiliki keunikan yang mempengaruhi perjalanan hidup kita.. Apabila kedua-dua ini digabungkan, maka wujudlah konsep kekeluargaan yang unversal..

Sebenarnya, aku mula memahami dan mempercayai apabila peristiwa 10 Mei 2012 diungkit kembali... Untuk cerita yang lengkap klik link di bawah ni;


Bell, you must be strong untuk mummy... Aku tau dan kenal bell yang sangat kuat dan ceria.. Kami sentiasa ada di belakang untuk support ko.. Pedulikanlah mereka yang cuba mematahkan semangat ko tu..Kalau ko mo pinjam bahu, bahu aku pun boleh. Tulang aku penuh kalsium, baju aku cepat kering..Anytime ok...hehe..




Kawan-kawan yang membaca this entry, feel free to share your experience.. Siapa-siapa ada tips atau ikhtiar untuk pesakit kanser pun diharap boleh berkongsi sama ada di ruang komen atau kindly email me hanaqistina_Fa10@yahoo.com.. Thanks ya!




till then, anneyongi kyesayo ;)



Nota bantal buchuk : sakit otak suda tengok ni ayat-ayat cinta...better, sleeping beauty jom... Esok sambung balik kita EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling ya..hukhukhuk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...