blog background

05 March 2011

My Right to say NO..!

Assalamualaikum

anyonghaseyo ;)

Hai guys..! teehee...Ekceli dis ntry sebenarnya aku buat selepas dengar komen dari makcik siput yang cakap sal novel dia yang da rosak dan buruk..??hehe..maksudnya di sini, keadaan novel tu da macam berkurun lama padahal baru saja beli...ouh.! no....kepantangan gue tuh..! so, let me tell u guys my rules when u want to borrow my lovely novel or books..thanks..!

1- Tolong tolong tolong..! buat novel or buku yang u'olls pinjam macam buku korang yang paling disayangi..Maksudnya, u will be nice with it..Yakin tidak akan berlaku sebarang kerosakan yang akan menyebabkan buku or novel tu jadi buku yang berkurun lamanya..

2- Jangan lipat pada mana-mana helaian pun dalam novel or buku tu..paling aku pantang la ni..even buku lama pun aku xsuka lipat-lipat, apatah lagi kalu buku or novel baru...aigoooo..! bole pingsan aku tinguk ni..teehee ;)

3- Jangan selak buku or novel tu dengan selakkan yang kasar atau ganas..maksudnya, bila kita baca buku or novel tu biarlah dengan bukaan atau selakkan memadai dengan "v" bukan "L" atau yang sewaktunya..faam x? maksud aku, buka sikit ja la asal boleh nampak tulisan dan keseluruhan muka surat..

4- Jangan pas buku or novel tu tanpa pengetahuan owner dia..Let me know first...thanks for u're cooperation ;)

5- nanti aku fikirkan lagi, buat masa nih...tu ja paling penting..simple saja kan..

Reason =)

1- Bila kita be nice ngan buku or novel tu, kita akan rasa sayang btol dengan buku or novel tu..Macam aku la kan, aku memang jenis yang sayang dengan barang-barang aku termasuklah buku or novel ni..Kira koleksi terbaik dari ladang la kan..Biasanya buku or novel ni kalau da lama diterbitkan, kadang-kadang di pasaran memang tiada stok lagi..so, satu kerugian la kalau buku or novel tu rosak kan..

2- Ok, bab lipat melipat ni pun aku memang pantang..ni bukan kertas origami yang bole dilipat-lipat mengikut kreativiti korang..Gunakanlah penanda buku, kan comel jadinya...nampak sangat anda pembaca yang berhemah...so, jangan la maw lipat-lipat..kalau maw jugak, carilah kertas origami tu dan jangan lupa bagi aku sekotak dua..bole buat BBM masa praktikum nanti..hahaha..

3- Masalah selak menyelak ni pula aku rasa sangat releven untuk aku cakap..sebab apa? Kalau korang taw kan, buku ni dijilid mengunakan benang khas untuk buku..kira dijahit la tu..Maknanya, ia amat sensitif..Kalau kita terlampau selak atau buat bukaan melebihi 90 darjah, kemungkinan benang tersebut akan tertarik dan kertas akan terkoyak..kalau kain, xda masalah..Memandangkan saiz novel tidak sama dengan buku rujukan atau yang sewaktu dengannya..please please please..kamu jangan nakal..haha..Kalau buku or yang sama saiz dengannya, kita bole letakkan atas meja tanpa perlu ditahan dan dipegang..Tapi novel..?? Letak atas meja memang xkan terbuka sendiri kan.. Kalau korang perasan, gejala ni akan nampak bila bahagian tepi novel tu ada rekahan-rekahan atau bekas garisan panjang...Mula-mula gam akan terhakis atau hilang dan novel tu boleh dibuka atas meja tanpa dipegang atau tertutup balik..Lama-lama, kertas akan tertarik pada jahitan benang tu..Akhir sekali, novel tu pun jahanam la..Pernah jumpa kes macam ni x?

4- Kenapa maw inform dulu?? Opkos la kan..harta orang...Selalu letakkan diri anda dalam situasi owner dia..Biasanya bila buku or novel ni bila suda di pas-pas, kemungkinan untuk rosak memang besar..Contohnya bahagian tepi cover novel tu kan ada lapisan plastik yang melekat dengan kertas..Bahagian tu agak sensitif juga, kalau terlalu ganas plastik tu akan terbuka dan terpisah daripada kertas cover tu..Perasan x? So, bagi mengelakkan masalah tu, kita bole guna gam plastik dan gam sekitar tepi novel atau buku tu..Ataupun paling selamat, balut ngan plastik lut sinar..

5- Main point di sini, opkos la soal kos..Novel or buku tu dibeli bukan guna air liur, so hati-hati la k... Kalau buku, aku still bole tolak ansur..tapi kalau novel...memang TIADA MAAF BAGIMU....! 


Aku rasa kalau semua peminjam take note, aku no hal or tanpa was-was akan pinjamkan buku or novel..Aku kadang-kadang maw tegur terus tapi memandangkan aku ni bersopan santun so, xlah direct sound cuma boleh longgar skru lutut aku tinguk bila rules aku xdipatuhi..haha..mulalah aku meraung dalam hati..huhuhu


oya, tadi kami ada aktiviti merentasi desa..hehe..tahniah pada semua pemenang..Tahniah jugak buat batalion Mat Salleh yang meraih tempat kedua secara keseluruhan kejohanan merentas desa..go mat salleh go..!

Petugas check point 3 
aigooo..tudung memang xsporting..!!



gaya kiut perlu ada..haha


penunggu check point 3..lalalala



maaf leee..silau la mak, nyah..haha


rombongan cik kiah



berlari ka jalan-jalan cari makan..??haha



wif makcik siput yang menang top 20..yeahhh..! congrats ahjumma..!
anda adalah siput yang laju di abad ini..hahahahahaha


wahhh..ntry 2 in 1..safe bajet..haha..oklah, cik asaimen suda memanggil untuk dikerjakan...babaiiiiiii..;p

anyongi kyesayo 

nota bantal buchuk: guys, aku tengah cari-cari nama untuk tadika aku ni..for SMS asaimen..hukhuk..poning da ni aaahh...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...