blog background

10 August 2011

10 Ramadhan 1432H : 10 Ogos 2011

 Assalamualaikum =)

Annyeonghaseyo…hi guys..Salam ramadhan…suda ke hari ke sepuluh kita berpuasa kan..tapi aku berpuasa tahun ni macam tahun-tahun lepas juga la..without family tapi xpa..ni gunanya kawan..sekarang masa kita lebih banyak dengan kawan-kawan..so, hargailah masa-masa perak (masa emas ofkos la wif family..right?) ni..seingat akulah, dah lebih kurang 4 tahun aku ulang alik rumah-hostel-rumah..Dan tahun ni merupakan ramadhan kelima (2007-2011) aku ada pengalaman berpuasa sendirian tanpa family..yang ada cuma kawan..its ok..enjoy it guys..!

Tahun ni yang specialnya bila bercerita soal ramadhan sebab hari genapnya aku 22 tahun menghirup udara segar di bumi bertuah ni jatuh pada 10 Ramadhan 1432H iaitu bersamaan dengan 10 Ogos 2011 (mcm blh ganti penyimpan mohor2 raja buat pengumuman tarikh raya daaa..haha)…Yeahhh…! Aku suda berusia 22 tahun..Gembirakah aku?? Gembiranya kerana aku masih bernafas…syukur ya Allah kerana limpah kurnia daripada-Mu jualah aku masih di sini menjalani kehidupan ini..


makcik di belakang manyampuk ja...hahaha.. 


Tidak banyak yang aku mahukan dalam kehidupanku cuma doaku agar;
  - Sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar dapat berbakti kepada kedua orang tuaku, agama, bangsa dan negara,        
     - Diberikan ketenangan hati dan kebahagiaan serta dipermudahkan segala urusan di dunia  dan akhirat,        
     - Diteguhkan imanku, ditunjukkan jalan yang lurus dan sentiasa dilimpahi kerahmatan dan  keredhaan daripada-Nya,        
     - Dimurahkan rezeki
     - Dipelihara dan dihindarkan daripada segala bentuk kemaksiatan dan kemungkaran



Doaku juga buat mama & bapa serta family tersayang;
- Diberikan kesihatan yang baik,        
     - Diberikan kebahagiaan diseluruh kehidupan di dunia dan juga akhirat,   
     - Sentiasa mendapat kerahmatan dan keredhaan-Nya,        
          - Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.


Doa ikhlas ku juga agar kita semua mendapat yang terbaik dalam kehidupan kita…amin ya Rabul al-amin…


Harapanku pada usia 22 tahun ni;
1- Grade dengan segara (cemerlanglah hendaknya ye..!haha)
2- Usia ini akan lebih mematangkan aku
3- Menjadi anak terbaik buat mama & bapaku 
4-    Ikhlas dalam menjalankan tugasku (as u know..yes, I m future teacher..haha), sebagai seorang kawan dan sebagai seorang insan
5- Berbakti pada yang memerlukan (insyaAllah..)
6- Muslimah yang sejati (doakan aku ya kawan-kawan..hidup perlu perubahan..kekhilafan hari ini adalah pembelajaran paling berguna untuk memperbaiki diri)
7- Ofkos ‘Kg’ yang lebih ideal..haha..cis..! (yang ini perlu bertekad bukan sekadar berazam)
8- A few things yang perlu perhatian segera..!teehee =)
      9- Perubahan kepada yang lebih baik..fokus utama, ofkos soal sikap (malas..syuhhh..get lost…………………!haha)
      10- Cukup buat masa ni…jangan terlampau berharap, nanti harapan hanya tinggal harapan saja..huhuhu..Berazam juga tidak releven dengan aku…Bertekad paling ideal dengan diri aku..so, mulai saat ini, detik ini…aku bertekad………………..! cis.! Bertekad apa..?? gantung betol la..haha


cigu bedah jiran sebelah rumah tok ketua kampung rambut nan sehelai...haha

ok lah, time untuk memejamkan mata, mencelikkan hati dan menenangkan jiwa...annyeongi kyesayo..babaiiii...

nota bantal buchuk : kaunter penerimaan bungkusan hadiah adalah dibuka sepanjang tahun...jangan lupa bayar zakat tahun ni ye...!hahaha...minta mak kuih sepotong saya mahu makan kerna tambah umur lagi...selamat hari kertua-an.....lalalalala

08 August 2011

Ritual : ku seru



Annoying gila bai...aku da siap taip tadi tapi hilang begitu saja..nyampahnya ko wahai mr.beruk..blah la lu...bikin wa panas ja..tinguk..! wa yg malas td da rajin sikit taip benda alah ni...gila..! babai...


nota bantal buchuk: ini entry banggang saja..tidak payah baca....!!!huhu

07 August 2011

Kelebihan bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Annyeonghaseyo..hi guys..teks di bawah ni aku copy paste  ja..marilah kita renung-renungkan dan selamat beramal di bulan mulia ni...


Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah : (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya .
(Al-Hadith)

Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)

- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)

- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)

- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)

- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.

Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
"Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

"Semulia mulia sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)


Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith). Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

guys, sharing is caring...

Annyeongi kyesayo..babaiii..

nota bantal buchuk : lagi 3 minggu berpraktikum, bermakna lagi 3 minggu raya dan bailk umah...balik kampung..ooo..balik kampung..hati girang...jom main mercun..haha

03 August 2011

Calon Gagal..sungguh terkilan.!

Assalamualaikum =)

Annyeonghaseyo....chukae..tahniah..kerna u did it..huh..!

Cukup terkilan..Maap belog..cik belog terpaksa meluah di sini selepas menitisnya air mata jantan ..haha..apakah? malu jgk la ternangis tadi..hukhuk..ini semua kerana sebaris ayat power arini...

" Macam mana lah ni...GAGAL la ni....."

U're really make me feel STUPID....huahuha...bangga..! everything did u said, i never take it as sebagai menjatuhkan..tapi kata-kata anda tadi amat-amat menyakitkan telinga dan melukakan hati..ayat maw power ja.. Dari awal menahan mata yang nyata telah berkaca-kaca mendengar ayat itu... Anda menyalahkan cik belog kerana beberapa butir nasi yang jatuh ke lantai tanpa bertanya alasan yang kukuh...arghhhh...macam-macam ayat yang ternyata masih boleh diterima as penambahbaikan..ok fine.! i accept it..tapi tidak bolehkah menggunakan kata-kata yang lebih berhemah yang tidak mengundang keterkilanan hati..?? ouh.! saya amat terkilan, patah hati dan patah semangat..

Kata-kata sedemikian seolah-olah aku langsung tidak membuat apa-apa dan sesuatu yang tidak disertai usaha...Seolah-olah aku tidak terlalu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang terbaik...huh...! so, now on...aku suda tidak kisah anda maw bagi C ka, even menggagalkan aku sekalipun...up to you la...i dont care..! markah di tangan anda..hak anda....silakan....


till then, babaiii....annyeongi kyesayo...

nota bantal buchuk : tido + makan = stressfree...

13 July 2011

Cerita Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Assalamualaikum =)

Annyeonghaseyo....hye belog.. Eotteohke jinaeseyo?(how r u) long time no see kan..?? alahaiiii...perkara normal kut bagi cik belog..da jd routine kot kebelakangan ni..hukhukhuk...now aku ngan uri GPS chingu dan all batchmate sedang berjuang dalam perang praktikum bukan perang kuali ok..haha..Praktikum fasa 2 ni aku ngan 3 orang GPS chingu dan 4 orang batchmate berpraktikum di SK. Binaong.. First week, kitaorang da rasa heaven kut sampai di sekolah ni..sebab..??

Memandangkan sekolah ni di kampung, cuaca dan suasana paginya...aduhaiiii...sangat indah..sejuk dan udara segar..Aku admmit la, dari zaman aku sekolah-sekolah dulu, aku xpernah kut sekolah di sekolah yang bangunannya kayu atau papan..pernah nampak tapi xberpeluang merasainya..tapi sejak 3-4 tahun kebelakangan ni aku da 'beramah mesra' ngan sekolah jenis nih..haha..apa kaitan ngan sekolah aku sedang berpraktikum ni? kesemua bangunan sekolah adalah kayu atau papan kecuali bangunan prasekolah dan beberapa bangunan sekolah..Mau jadikan cerita, bilik guru sah-sahlah papan...First time tu, pijak lantai bilik guru dan pejabat am...makaiiiii...sejuk doe..! serius cakap...aku pun feel-feel macam nun di pedalaman salinatan dan seangkatannya...terbaikk wookk..

Lagi satu, keningau sekarang memang winter plus autumn plus spring season..ala-ala la...3 dalam 1..mana mau jumpa...Maksudnya, suhu pagi dan malam macam winter..sah-sah air paip macam air dalam icebox..so cooool..haha..bila mau mandi pagi bersedia kira 3,2,1 cinta sirammmmmm....haha..autumn plus spring tuh, macam xdala autumn bunga berguguran tapi cuacanya ala-ala la sebab bunga still berkembangan..kahkahkah..macam puitis macam x kan ayat aku..cis.

suda-suda la tuh merepek wahai Fatin Amalina...jom kita menjamu mata ngan gambar-gambar..biar gambar bicara..aku da kering idea mau mengarang ayat lepas da buat jurnal ngan rph + rps...ayuhhh..

ini bukan jerebu ok...tapi kabus pagi
pemandangan setiap pagi..

kawasan menghijau...cukup O2 di sini taw..

Antara bangunan sekolah..ni kabin ala-ala resort kan

sesi berkenalan..1st day

handle untuk ko-kum hari rabu
BSMM jadi St.John Ambulans..hentam sajalah labuuu..haha

muka cigu tension doe..cis.

versi muridku
"KUTANAM pokok bunga, bunga mawar namanya, KU siram dan ku baja, LAMA LAMA BESAR JADINYA, KU PETIK bunga mawar, KU LETAK di kepala, KU JALAN SANA SINI, HARUM JADINYA WANGI..."adusssss..pandai ya..yg di CAPSLOCK adalah bila part tu saja kuat suara..yang lain..nan hadoo..haha

sepontan..cis..muka minta penampar 16..haha
ini makan dia, ini makan dia <= cara nabil..haha 

cis..cik juruJerawat mula tumbuh bagai cendawan selepas salji hujan turun
aku berkira-kira mau buat pesen ni time raya..agak-agak korang la, ada yang benarkan aku masuk umah ka..??haha

minggu MPPB PPISMP JUN intake..ni 2 minggu sebelum praktikum..
"kak, muka kaka garang ooo..."
dik, akak ko berlakon saja ok...haha
cis..

ok tutup cerita pasal praktikum or apa-apa kehidupan profesional..chewahh..eksen nampak..!haha..now aku mau kongsi gambar boifren aku time semester break hari tu..layannn...

muka mengantuk..haha

see....tertido suda...haha

gigit pipi....gggrrrrrr..

nga-nga mulut..aaaaaa

race..? what race? u're mean race car..?? <---iklan tb
jom race..ada berani??

  mula-mula...

aqeel :  apa tengok-tengok..?

 Aqeef : uwarghhhh....

 menangis suda..pantang bertemu..alahaiiii..


 hampir menangis suda..hahaha

 pose comel-comel la??haha


 mari kita mendaki...
musnah.binasa.alahaiii


 berhenti bila iklan di tv saja, lepas tu sambung lagi..hehe


 artis bola sepak..haha


 ececehhh...boleh pandang-pandang, jangan peegang-peegang..haha

uncu, miss u darling...saranghea.love u....

Cik belog bila da terupdate belog xbagi chance kan...panjang, berjela ngan gambar...haha..oklah, belog, cik belog mau beradu bukan berudu ok...hehehe...next time update lagi, insya-Allah...

Annyeongi kyesayo..babaiii =)


nota bantal buchuk : Nasib baik jurnal ngan rph + rps da siap..tu yang dapat curi masa update sini... eh.! korang aku sekarang aktif juga la kalau ada masa on9, blogwalking..ada yang tegur di shoutMix (jemput membebel) tu, bila terjah balik.. macam ohbelog , memang besh sebab boleh jumpa pelbagai blog orang lain yang best...berkira-kira jugak mau join..tapi hati cakap xpayah la..segan la..belog aku ni bukan bagus pun..Then, entry pun just more to pasal hidup aku, so agak kurang bersesuaian kot...sebab blog atau entry korang akan ter-display di blog orang lain yang join atau di main page dia..Tu yang buat aku segan tu, lain kali kot kalau aku rasa dah menghasilkan entry yang more informatif baru boleh fikir balik...hahaha..bagus taw korang..terjah la..ada lagi kut macam gengcyber pun bagus..korang akan jumpa banyar blogger yang buat entry informatif, cool dan boleh layann..hehehe..sekian terima kasih...tata

22 June 2011

Chukae uri GPS Chingu

Assalamualaikum =)

Annyonghaseyo.....hye belog..!!kekeke..nada eksaited dan gediks..menyampah sungguh..!!hahahaha.. Ekceli, aku maw wish chuka hamnida uri GPS chingu sebab semua "lulus, teruskan pengajian semester 6"..... deebak...!!! Tadi makcik siput text aku suruh cek result exam..maka, aku dengan penuh debaran pun try buka E-keputusan guna line ipg..Tapi malangnya, hampehhhhh..line sungguh siput..haishhhh..Oleh yang demikian, aku pun bermain mata dengan Mr. beruk yang agak kiut malam ni..wahhh..! lajunya anda...kekeke

Apa ayat harus aku gunakan untuk eksplan ha? Jantung macam maw tercabut ja bila tunggu result tu maw keluar..aku boleh tutup mata guna tangan dan for sure la jari-jari rengang..hahaha..maknanya ada ruang antara jari-jari tu la weiiii...sekali tinguk...tadaaaaa...

"LULUS, TERUSKAN PENGAJIAN SEMESTER 6".....


Syukur Ya Allah....sangat-sangat bersyukur...chukae chukae chukae....Aku sebenarnya xyakin boleh lulus dan takut gila ada subjek yang sangkut...Tapi syukurlah....sebabnya aku sedar dan taw yang aku memang study-less *eh..ngam ka tuhh?haha atau less of study..minta maap, english aku so broken..kakaka  terlebih tido, 70% facebook-ing, 100% korea mode dan segala yang tidak berkaitan dengan buku dan nota semasa study dan exam week...Mereka yang lain juga turut memperakuinya.. Aku sendiri admmit yang aku memang seperti yang anda nyatakan..Tapi tidak bermakna aku tidak study dan menganggap neuron-neuron otak aku bersambung selepas minum susu anmum essential hingga menjadi pandai..anieyo..cuma aku setakat berusaha semampu aku dan tawakal...chewahhhh...!

Serius cakaplah..aku memang kurang atau senang cakap tidak bermotivasi untuk mengejar CGPA yang gempak dan Anugerah Pengarah...Semuanya sebab aku rasa aku kurang atau tidak mampu ke tahap itu dan sentiasa sedar tentang kemampuan aku sendiri..hehehe..sedar diri jugak aku ni taw..Aku kira selesa dengan CGPA aku yang dalam lingkungan bukan under 3.50 ke bawah..melihat purata CGP aku tu, aku ambil kesimpulan mungkin kalau aku lebih rajin, less segala yang tidak berpatutan dan study hard..mungkin CGPA aku akan under 3.60...hahaha..tapi mungkin mungkin mungkin jala kan..bukan mustahil tapi mungkin saja bila neuron otak aku lebih banyak berhubung impian bakal terlaksana.. Oleh yang demikian, idea untuk minum susu anmum essential harus dipertimbangkan...kekekeke...Apa-apa pun chuka hamnida ya guys, batchmate 2009 intake dan classmate-GPS chingu yang lulus, naik pointer dan sewaktu dengannya...deebak..! maknanya masuk sem 6, lagi 2 sem kita di ipg..Fighting.! 


ok, till then...anyongi kyesayo....babaiiiii

Nota bantal buchuk : Tadi sebenarnya aku maw buat entry sal lain..oleh kerana result da kuar on da spot tukar plan..hahahaha..tengok la esok-esok kalau mak rajin la nyah..maw upload gambar boifren pun xboleh..ciss..sungguh xbersopan anda ya wahai Mr.Beruk..praktikum 2 lagi kurang 2 minggu..fuhhh..!! pengsan...

12 June 2011

Sebelah kakiku di Korea

Assalamualaikum =)

Anyonghaseyo....hallo guys..Kan semalam aku ada cakap maw senaraikan reason kenapa aku addicted ngan k-drama..well, ce angkat tangan siapa yang xsuka negok k-drama dan seangkatan dengannya..?? Angkat tangan cam awok..hehe..Mana-mana aku pegi, blokwalking ka kaki jalan ka...Opkos aku rasa..eh.! ni korea ka Malaysia...beshnya, xpayah awok pegi korea betul-betul, Malaysia kan da ada..teehee..Masuk kedai satu lagu Beast..masuk kedai lagi satu lagu SS501..masuk lagi lagu C.N Blue..errrr..Aku suka dengar...tapi tapi tapi..agak-agak la weiiii..aku xboleh blah bila ada yang dress-up over macam dia betul-betul di Korea...k'mon la..Korea sejuk, Malaysia panas..yang hangpa dok dress-up macam salji turun tu apahal...panas ni weiiii..hahaha..aku kadang-kadang memang terpaksa dok ngutuk kome la..xpaam awok..kekeke

Biar awok citekan sejarah ke-addicted-an awok ni...Firstly, aku tengok cita korea adalah cita Autumn In My Heart..Terus aku jatuh cinta ngan cita korea..Orang lain suka cita korea kebanyakannya sebab cita Winter sonata kan...Tapi aku lain..Punyalah aku suka gila cita tu..Cuma masa tu aku just suka-suka saja..Suka tengok..pelakon pun aku xkenal..haha..Lepas tu, aku still tengok la jugak di tv cita-cita korea yang lain..tapi aku xingat sudah tajuk dia...Lepas tuh, masuk ipg orang duk sibuk-sibuk tengok cita korea..Full House, My girl etc..Aku masa tu sekadar suka tengok la xda la addict...Cuma kebelakangan ni la Korea makin meletop-letop kan..Aku pun dok sibuk la minta sana minta sini masukkan dalam external hardisk..tapi haram...berkulat, berhabuk dan bersawang cita-cita tu xjuga aku tengok..kalau aku tengok pun for sure mengambil masa berbulan maw abiskan...hahaha..macam tengok drama bersiri di tv la plak kan..Lepas tuh, dalam 2010 aku ada tengok konsert KBS 2009 punya..Akibat aku mengaku minat korea, aku tengok la jugak..cuma aku haram xkenal semua artis yang buat persembahan masa tuh..haha

Then, masa tu jugak aku ada tengok OST You're Beautiful..eh..! macam besh jak...padahal da lama drama tu ada dalam hardisk aku..Mulalah aku berlari laju-laju on laptop dan cari drama tu...Tengok-tengok, adalah sampai seminggu baru abis..*aku busy masa tuh..haha..alasan! cuma sebelumnya, aku da tengok World Within..berbulan jugak la maw abiskan..hahaha..teruk..! Bila aku tengok cita u're beautiful tu, aku suka gila ngan AN JELL tuh...mulalah aku search dan download lagu-lagu OST drama ni..Besh..! serius...mulalah aku kenal ngan Jang Guen Suk, Jung Yong Hwa, Lee Hong Ki, Park Shin Hye..search lagi lagu-lagu sampai la aku kenal ngan lagu-lagu CN Blue..besh wok..i tell u..Mulalah aku kenal ngan FT Island kumpulan si Lee Hong Ki tuh..

Masa aku beli mp3, aku beria-ia suruh mamat jambu ala korea tu masukkan lagu-lagu korea..hahaha..masa tu la aku mula kenal lagi lagu-lagu korea..cuma aku xkenal lagi kumpulan yang nyanyikan lagu tu..Sifat ingin tahu aku tinggi, so aku search la...kenal la juga sikit-sikit..Lepas tu jugak, aku jadi peminat reality show korea macam WGM *we got married Hello baby Shinee...bila aku tengok WGM, aku kenallah Jung Yong Hwa dan kumpulannya sampai aku jadi peminat dorang ni..Aku kenal juga SNSD aka Girl Generation..kenal jak lah..sebab si Seo Hyun jadi partner yong hwa dalam WGM tu..aku juga kenal ngan Jokwon dan kumpulan 2am, Ga In ngan Kumpulan BEG *Brown Eye Girls, Nickhun ngan 2pm, Victoria ngan F(x).. hahahaha..berangkai betol..

 Lepas tu aku dapat lagu-lagu korea daripada kazen aku dan video-video daripada makcik makmur..hahah..Sekarang aku da kenal ngan kebanyakan artis korea la juga..selalu tengok K-Pop hits di astro hitz dan channel 391 KBS World..lalalalala...Aku mula kenal ngan kumpulan 2am, 2pm, Beast, Big Bang, FT Island, CN blue, SS501, Suju, SNSD, 4minute, T-ara, BEG, Shinee, After school, 2NE1 dan banyak lagi..fuuhhh..! macam tu la sejarahnya lebih kurang..hahaha..tapi kan ada sebabnya aku suka tengok k-drama...

1- Aku suka tengok cara dorang ni makan..berselera amat..aku yang dok tengok ni plak terliur..padahal dorang just makan makanan biasa ja pun..Ramen *ala macam meggi kalau kita d sini  yang kadang-kadang di makan terus dalam periuk..punya sedap..!! kalau kita tengok cita lain, paling-paling kalau makanan tu kita suka or memang mengidam maw makan jak, sebab tu rasa sedap..kalau x, haram..no feeling..lain la kalau ko tengok jalan-jalan cari makan, warung kita, atau rancangan masak memasak kan..

2- Sebab dorang makan nasi macam kita jugak...haha..kalau dorang makan kan aku suka gila...dorang betul menghargai apa saja makanan yang terhidang..huhuhu...terbaik wookk..

3- Sebab dorang buka kasut kalau masuk rumah...budaya timur la katakan..ni aku paling-paling suka ok..! kita sama laaa...kekeke

4- Dorang make-up simple...yela dorang kan da ada kulit yang cantik, so make-up skit ja da cantik..kalau make-up tebal-tebal, mau nya jadi xcantik plak..lagi satu, soal make-up ni aku paling pantang tengok cita apa jela, kalau tido make-up, kalau dalam umah meke-up tebal-tebal..apa kejadahnya..xreal betul..tapi bila tengok cita korea, real ja..sebab make-up dorang xnampak...

5- Hero atau heroin mesti cantik, cute dan hensom noks...xlah rasa menyesal tengok...hahaha...geteks..!!

6- Dorang ada fesyen tersendiri..pakailah macam mana sekalipun, ya aampun...ok ja..cuba kalau orang lain buat..orang akan cakap..apahal ko ni, da gila ka?hahahah

7- Drama bersiri dorang mostly 16 episode jak..*tapi apa kejadahnya aku tengok berbulan-bulan? 

8- Kalau kita tengok kan drama dorang ni high kualiti...sebabnya, ada scene yang aku rasa memakan bajet yang mahal..drama ja pun..kalau kita, drama tu kurang sikit bajetnya kan banding filem..dan kebiasaanya, drama dorang mesti ada lagu OST..

9- Aku da penat memerah otak berpikir..so, lu pikir la sendiri..cukup la tu point aku tu kan..


Di atas ni mungkin fakta mungkin juga auta..so, jangan plak korang rasa nak membakar..hahaha..xpayah..!! Ni sebab aku, sebab korang..sebab korang la..apa hal maw bising-bising..Minat masing-masing..selera pun masing-masing..ok..!! Ada jugak aku baca blogger yang dok komplen dan kutuk-kutuk k-pop la..k-drama la...mungkin dia ada sebab dia sendiri kan..tapi perlu diingatkan supaya janganlah dok ngutuk sampai tak ingat dunia..Ikut selera masing-masing la..aku walaupun minat ngan k-drama, semangat patriotisme aku still tinggi ok..ko pernah makan sushi ngan sambal belacan? x pernah kan...sedap wookk..i tell u..haha


ok la...anyongi kyesayo...babaaiii


nota bantal buchuk : aku cuba menghabiskan masa cuti ngan k-drama..lalalalalaa... 

11 June 2011

Demam 'D'

Assalamualaikum =)

Anyonghaseyo....hye guys..before aku terlupa today adalah besday my besties chingu, Aslizah Wasli saengkil chuka hamnida, chingu....ok guys arini aku terrr-rajin pla maw hupdate cni kan...hehehe..bukanlah sebelum ni aku malas cuma kurang rajin, idea kontang-kering, beruk jumpa saudara beruk yang lembab dan blablabla..for sure aku sibuk ngan k-drama..jeng jeng jeng..hahaha...

so, apahal aku terrr-rajin ni kan...sebenarnya da lama aku maw update tentang isu ni di belog terchenta ni..cuma biasalah aku terlampau menyibuk..eh.! sibuk la weiiiiiii...Korang perasan x kalau masyarakat kita ni selalu atau cepat terpengaruh dengan drama yang selalu ditayangkan d tv...aku gelarkan tu semua demam "D"...demam drama...sekarang ni orang sibuk ngan drama Nora Elena..for sure aku xtinguk since susah maw loading masuk Tonton kan...huh! Tapi, harus dibanggakan juga lah kalau sekarang orang kita sangat berminat dengan drama-drama Melayu kan..Kalau sebelum ni ramai yang xtinguk drama Melayu tapi xtermasuk aku ok...aku still tinguk...Cuma sekarang ni drama Melayu punya kualiti yang harus dibanggakan..Contohnya, NurKasih, Adamaya dan banyak lagi...

kalau kita tinguk secara kronologinya, demam 'D' ni bermusim..Mesti korang ingat kan kalau sebelumnya pelbagai drama luar negara yang membanjiri siaran TV di Malaysia..Aku susun secara random k..sebab aku pun xingat sangat sudah.....hahaha..maklumlah da kertu kan kan kan..

1- Drama Latin - Maria Marcedes, Ugly Betty...banyak lagi cuma aku xingat sangat..ni masa aku masih sekolah rendah sampailah sekolah menengah..hahaha..lawak plak kan..Sekarang ni kalau ada drama ni main di tv, siap kerut-kerut dahi lagi...alahaii..

2- Drama Filipina - Pangako Sayo..paling glamor la ni..hahaha..aku ingat lagi masa aku form 1 la cita ni main di tv..siap ada guna sms lagi maw tentukan ending cita ni..sama ada ngan hero or second hero...hahaha..tapi pastinya aku xundi pun..zaman tu aku handphone pun xda..kalau budak zaman sekarang sekolah rendah dah ada handphone kan..hahaha

3- Drama Taiwan - Meteor Garden..aku paling gila drama ni sebab ada F4...hahaha..hensom noks..! Cita ni ada 3 versi F4 nya..dalam ramai-ramai f4 tu aku punya feveret pelbagai la..tapi mostly aku suka watak second hero dia..hahaha..cool ok dia..lalalala

4- Drama-drama cina...selalu main jam 6...banyaklah sampai aku da xingat..cuma yang paling aku ingat cita Princess Hour..eh! betul ka tuh? hehehe..cita sal putera puteri dinasti apa tah tuh...besh ok..!haha

5- Drama Indonesia - wahhh..nilah yang paling-paling banyak sekarang ni..aduhaiii..naik pening jugak kepala hotak aku..haha..yang paling xbesh sal cita ni kan, paling banyak episode, orang jahat mesti xapa-apa tapi orang baik macam malang xberbau saja...lepas tu, kalau orang jahat, Masya-Allah, punyalah kejam, zalim dan jahat-sejahatnya...sakit hati aku...boleh kena darah tinggi gamaknya..haha..tapi sekarang ni aku tengok, jumlah episode agak kurang jugaklah..tapi cita paling aku xboleh lupa kan cita bawang putih bawang merah...aduhaiiii..bisa-bisa gue sakit jantung deh....

6- Drama Thailand - Paling aku suka cita Freshies High School aka Wai Rai..kekeke...sukanya aku..! mana xnya..hensom gila taw pelakon dia...geteks.!

7- Drama Melayu - sekarang musim drama Melayu...aku suka..!lalalalalalala

8- Apa lagi eh..?? banyak betul musim demam drama ni kan..aku pasti korang mesti ada nostalgia drama kenangan dalam diri korang kan...


Now on, orang tengah demam k-drama termasuklah aku...Aku bukan setakat demam, tapi addicted oke..! alahaiiiii..next entry aku akan give reason..kenapa la aku boleh addicted? setiap orang ada sebab kenapa dia suka atau sebab dia tidak suka...So, jangan la sebab korang xsuka korang suka-suki kondemkan orang lain..lu apahal bro, bagus sangat ke kutuk-kutuk orang...?

Till then, anyongi kyesayo...babaaiiiiii

Nota bantal buchuk : sometimes banyak idea tapi beruk buat hal..sometimes beruk ok tapi idea berlayar ke lautan, sometimes exciated gila maw update tapi macam-macam hal...apahal ko weiiii...hahaha..

06 June 2011

Random : Membebel

Assalamualaikum :)

Anyonghaseyo...hi guys...lama btol tidak update sini kan..huh..! tersangatlah rindu..aduhaiiii...rindu mau membebel......eh! ayat yang sama ka? serius weiii...banyak betul halangan dan rintangan untuk aku update dan termasuklah masa-masa yang sibuk dan selalu menyibuk...kekeke...secara kronologinya aku busy since lepas cuti penggal sem aritu..Start ja praktikum mula la aku busy sampailah exam aritu..Sem 5 da abis dengan keringat..hahaha..cakap pasal exam ni pla..aduhaiii....Agak susah hati juga bila diingat..Mostly, paper semua kuar soalan yang bukan direct question..maksud aku, kita belajar lain yang kuar agak berlainan sikit..Agak susah dan sememangnya susah..Tapi menurut senior, bila kita da masuk sem 5 biasanya soalan memang macam tu..so, jangan bergantung dengan buku 100% tapi selalulah baca isu semasa dan teori yang berlainan...memang "culture shock" beb...Harap pointer tidak jatuh dan CGPA pun tidak sakit..hehe

Cakap pasal semester 5 ni, aku rasa macam-macam..Yala, sem 5 bermakna tahun ke-3..Tapi kalau dicampur dan ditolak, tahun ni merupakan tahun ke-4 aku menjadi warga perantau di bumi keningau..Sebuah perjalanan yang panjang tapi for sure aku rasa macam baru semalam aku menjejakkan kaki di bumi keningau..Bermakna bila masuk semester 6, lagi setahun aku berada di ipg...ohmemjieee...!!! Kalau ditanya apa perasaan aku, for sure rasa tidak sabar betol. Tapi setelah 4 tahun aku di ipg dan bersama my lovely GPS, aku jadi sedih pla mau berpisah dengan kehidupan as a trainee..di luar lagi banyak cabarannya..huhuhu

Guys guys guys..cukuplah kot cerita pasal sem-sem ni wat jiwa wa kacau la der..hehehe..Anyways, sekarang ni kan cuti sem, so enjoylah dulu..Walaupun tidaklah enioy mana, just stay di umah jadi babysitter..hukhukhuk..Banyak juga la cerita-cerita bila balik kampung ni..yang tidak boleh blah ni kan, sal adalah di kampung aku ni yang bertunang..Aku tidaklah kisah pasal orang bertunang ni kan, yang buat aku macam binggung sekejap bila dengar jumlah wang hantaran..Guest what, RM20 000..gila..! Jual anak ke makcik oiiii...Mula-mula kononnya, RM 17 500 dengan kerbau seekor..Tapi pihak lelaki tidak sanggup cari kerbau tu..bagilah dalam bentuk duit..Makaiiii...gilo bebonar..Bukanlah first time aku dengar hantaran banyak macam tuh..Tapi beringatlah weiiii...even, aku pompuan tapi for sure aku rasa benda ni da melebih-lebih dan melampau..Kalau tengok senario sekarang, RM10 000 tu da kira ok kot..Mungkin lain orang, lainlah pendapatnya kan..

Tapi kita kenalah beringat, bayangkan kalau hantaran tu sampai melebih-lebih buatnya hutang keliling pinggang...makaiiii..menyusahkan diri ja..hishhishhish...Aku bukanlah apa kan, since aku pun belom lagi sampai ke tahap tu, tapi apa salahnya kita beringat-ingatkan..Mintalah berapa pun asalkan tidak menyusahkan mana-mana pihak.. Orang kata, ukur baju di badan sendiri..dan tengok juga baju orang kita minta tu kan...karang xpasal-pasal koyak baju tu tidak muat...hehehe..melebih plak aku ni kan...jengjengjeng..aku tidak mau lah komen lebih-lebih..hikhikhik..orang cakap "ketulahan" karang...

Eh! Aku ni sebenarnya xda idea..tapi oleh sebab aku mengidam maw membebel di sini..mula lah aku merapu dan merepek sesuka hati kan...Gila..! Aku main cakap ja ni, jangan pula korang terasa hati..hehe...Aku xkisah sebenarnya, cuma berdesing juga telinga bila dengar orang cakap-cakap kan..hishhh..

oklah, till then...anyongi kyesayo..babaiiiii


Nota bantal buchuk: Busy pla aku sekarang ngan K-drama...hikhik..ada aku kisahhhhh..???

18 May 2011

Teaser : Hari Guru, Dinner GPS, Dinner Hari Guru, JPP Family Day

Assalamualaikum

Anyonghaseyo....olla guys..ekceli, now study n exam mode...but aku curi masa jap..hahahaha..pencuri..!!!

My Final Exam Schedule :-
19Mei2011 - EDU 3106 Budaya & Pembelajaran
23Mei2011 - PRA3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas
24Mei2011 - PRA3110 Pengurusan Prasekolah
25Mei2011 - PJM3112 Pengurusan & Pentadbiran PJ & Sukan
26Mei2011- PRM3103 Apresiasi Nyanyian Muzik Prasekolah

Mati kutu bila tgk dis schedule...mak aiiii...xda yg lebih killer ka dr ni..buatlah schedule yg direct 1 week exam....sng cerita..huhuhu...kite bako kite bako je...!! opstttt..make it faster yeah...refresh konon ni update blog..huahuahua..sabo jela k...aku saja maw jamu mata korg yg baca blog "SHY" sarang hea yo aku ni...adakah yg membaca? klu xda pun, mak xkisah nyah...fa10 amalina still suka conteng2 sini...sja supya cita ni nnt xla basi dok..??hahahaha..okla...let's ceket-out..hihi

1- Dinner GPS Girlicious Nite 2011 at Hotel Juta, Keningau

peace d kepala...??
whut?? trademark....??

2- Sambutan Hari Guru Peringkat IPGKK
GPS girlicious
love together
3- Dinner Hari Guru with warga SK Luagan

wif GB SK Luagan...
thanx for everthings...
wlupn muka2 ni la yg selalu dtg lmbt ke sek t'msklah dinner ni..

4- JPP Family Day at Ulu senagang

maaf di atas keseksi-an pakcik tu..hahaha
*sorry sory by SUJU..huahua


woahhhh...a great moment to remember...GPS, u're da world..haha....Kenangan 4 tahun begitu mengusik jiwa tika dikenang...baki 1 1/2 tahun ni, hopefully terbina & tercipta lbh banyak kenangan yang nyata begitu mahal hingga tidak mampu dibeli atau dijual di mana-mana....lakaran sejarah juga tercipta buat pejuang, JPP...teruskan perjuangan kita hingga tercipta transformasi yang diidam...Memori kenangan buat warga SK Luagan, khamsamida....maafkan budak2 nakal tu...hahaha...*teks ucapan ditaja oleh owner S.H.Y...komawo n mianae jika tersasul bahasa..jengjengjeng 


Gila x gila...aku taw...hoiiii..study la nyah..main2 seja....anyongi kyesayo....babaiiii


nota bantal buchuk : apo kono eh jang..ada singkatan da blog aku ni..hahaha...S.H.Y...like penulisnya kot...kahkahkah..tp aku suka lahhh....harap2 line nnt sporting la klu aku da rajin update full story kan kan kan....insyaAllah 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...