blog background

14 January 2011

Aku Anak Brunei Sejati :)

Assalamualaikum :)

Memandangkan sem ni aku akan belajar subjek Budaya dan Pembelajaran so, memang bersemangat lah..Sebabnya, satu aku xcited sbb boleh share, belajar dan taw kebudayaan masyarakat lain seperti kaum n etnik di sabah, Melayu, Cina, India dan bangsa Malaysia seluruhnya..teehee :) Oleh yang demikian, *cettt..ayat.. aku dengan ini bebesar hati untuk share ngan korang semua serba sedikit tentang tradisi kaum aku sendiri..Masyarakat Melayu Brunei di Sabah..Aku ni boleh dikatakan pure anak Brunei sbb mama n bapa aku memang berbangsa Brunei..tp kalau ikutkan sebelah bapa aku ni sebenarnya adalah asalnya berbangsa pure Melayu..

Dipendekkan cerita, moyang aku nama dia Wan Abdul Rahman sebenarnya berasal dari Terengganu..Ganu sebelah mana aku memang xtaw..Sebabnya dari yang aku taw, beliau berasal dr terangganu dari cerita2 yang aku dengan secara lisan saja..Beliau nilah yang telah menjadi penggembara yang menggembara ke seluruh pelosok bumi Malaysia umumnya, bumi yang fana amnya..hikhik...Sehinggalah beliau sampai ke Negara Brunei dan bertemu jodoh orang sana sehinggalah melahirkan beberapa orang anak *kurg pasti berapa, setahu aku memang ada keluarga adik-beradik datuk aku yang masih menetap di Brunei termasuklah datuk aku, Hj Ahmad yang jugak menurut jejak moyang aku menjadi seorang penggembara sehingga sampai ke Sabah Negeri di bawah bayu tercinta ni..Dan akhirnya bertemu jodoh dengan warga tempatan sabah iaitu nenek aku Dayang Bongsu Binti Pengiran Besar dan melahirkan ramai zuriat..aku xsure berapa yang aku tahu lebih dari 10 orang tapi yang sempat aku kenali hanya 4 orang termasuklah bapa aku Awang Hamid, arwah pa'tangah (pak ngah in Malay), Babu Dayang (babu means makcik) dan arwah abang kepada bapa aku yang yang xsure namanya.. Bapa aku ni anak yang kedua last sebelum babu Dayang aku...

wahh..panjang gila da ni kan...hehe..sambung balik, aku cuma taw sejarah keluarga besar aku sebelah bapa aku ni sebab Pak Teh aku yang dari salasilah keturunan Wan Abdul Rahman ni datang ke Sabah sekitar awal tahun 2000-an sebab mencari keluarga sebelah Wan Abdul Rahman ni..Aku xsure apa perkaitan kekeluargaan ni, cucu ka, cicit ka..hehe..Aku paling fail benda ni sebab pusing2 bha..edidihhh..So, dijadikan ceritanya beliau mencari keluarga ni area Kota Kinabalu tapi malangnya majoriti keluarga kami menetap di bahagian Membakut dan Beaufort membuatkan pencarian beliau gagal.. Pak Teh aku ni pun sambung pencarian beliau ke Brunei..Dan beliau menemui keluarga di sana kerana terlihat sebuah tulisan jawi yang yang sama dan mirip tergantung di dalam masjid *apakah namanya masjid tuh yang kubahnya disalut dengan emas tuh..cheh.!ketara aku xtaw so, di sanalah terbongkar salasilah keluarga besar Wan Abdul Rahman..Memandangkan keluarga di Sabah dan Brunei memang ada connection, jejak kasih pun berjayalah dilaksanakan..haha..Pak Teh aku ni bekerja di Brunei, tapi keseluruhan keluarga menetap di Sungai Petani, Kedah sebab suda berpindah dari Terangganu..tapi menurut cerita beliau masih ada keluarga yang menetap di Terangganu tapi x diketahui kedudukan sebenarnya..takut-takut nanti aku ter'kahwin pla dengan saudara sendiri kan..hukhuk

Manakala sebelah mama aku ni agak mudah sedikit kot sebab memang menetap di sabah ni..Sebelah mama aku ni unik jugalah sebab aku ada saudara berbangsa Bisaya..tapi mama aku pure brunei la..biasalah perkahwinan campur..kehkeh..Datuk sebelah mama aku ni namanya Awang Hamit Bin Abdullah dan nenek aku, Safiah Bin Mumin..Keluarga sebelah mama aku ni secara biologikalnya ada yang bersaudara tiri..Tapi we're really close la..maybe yang zaman dulu-dulu kot, tapi sekrg xketara suda..macam famili kandung suda..Mama aku ni hanya ada 3 orang adik-beradik iaitu mama aku sendiri, Dayang Hadi (anak ke-2), arwah Tua aku (anak 1st kami panggil tua) dan adik bongsu mama aku, Awang Jaluddin (we called Pa'luddin, "pa" stand for bapa kira macam pakcik jugak la)

Ouh.! memang panjang jugak sejarah famili aku ni dan paling penting pening aku maw fahami..huhu.. Cuma yang aku xpuas hati kenapalah mama n bapa aku xmasukkan Dayang tu dalam nama aku..dalam keluarga aku cuma seorg abang aku *aku memang ada seorg abg kandung seja..hikhik dan seorang kakak aku yang ada Awang & Dayang..huhu..At least, bila orang tgk nama aku memang da taw aku bangsa Brunei..Ni x, selalu orang akan cakap aku ni orang semenanjung ka? muka melayu la..? yaka? maybe darah Melayu masih bersisa dalam diri kami mengkali kan..huhu

mbah, tinggal tah dulu aaa..ahkhir luan da ni isuk kan iskul..hikhik (bha or ok, cukuplah dulu, lewat betol dah ni, esok maw sekolah-lebih kurg laaa)...nanti sambung lagi k..!

see u in next Aku Anak Brunei entry...Tata ;)

nota bantal buchuk: Kalau aku ada nama Dayang, mesti nama aku akan jadi Dayang Fatin Amalina..ouh..!bida ehhh..klu Dayang Nur Fatin Amalina..?? nah.!bisai dikit kan bunyinya nda jua luan bida eh..hahaha...Siapa-siapa yang ada cita sal salasilah keluarganya, sila la link di entry ni di ruang komen k..blh share2 cita kan...cube cite..cite....hikhik ;)

3 comments:

Nasuha Salleh said...

biasenye org brunei ne cerah2 kn?
ehe =D


p/s : Persahabatan Itu Pemanis Hidup

Fatin Amalina said...

teehee ;)
mngkin la...hihi

nota bantal buchuk: thanks for u're visit, i will visit u're back...

Mak Wardah said...

Salam kenal. Just blog walking but happily reached this blog. Sweet to read, at least releasing my havoc life. Keep on writing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...