blog background

07 January 2013

Majlis Hari Akademik Pelajar Tahun Akhir PISMP Ambilan Januari 2009

Assalammualaikum ;)

Anneyonghaseyo...Aisehmann..Rajin pula kan update belog.. Tepuk tangan ramai-ramai! Bagus..semangat inilah yang kita perlukan..haha.. Statment agak-agaklah...kehkehkeh... Ok..Melihatkan tajuk entry bukan main panjang noo.. Tidak apa, yang penting maksudnya jelas kan.. Sebenarnya event ni suda berlalu sejak berbulan-bulan yang lalu, namun baru hari muncul..haha.. Nampak sangat basinya! Orang sabah bilang, Bangas! Tidak kisah la basi ka, bangas ka... Ini sebenarnya entry peram, jeruk mempelam..

Tanggal 31 Oktober 2012, event yang suda dirancang akan berlangsung.. Tapi sebenarnya, tarikh tu ada paper exam jam 2.30-5.00 pm.. Bayangkan, event ni mula jam 7.30 pm tapi kami mesti berada di dewan event jam 7.00 pm... So, tinggal 2 jam lagi yang tinggal untuk bersiap.. huhu..kelam kabut dibuatnya.. Banyak kisah sebelum event ni.. Sebelum ni, masing-masing cakap pakai mana-mana baju yang ada dalam almari.. Mix and match! Tapi seminggu sebelum, ramai yang dah sibuk cari baju.. haha..termasuklah aku.. Yala, masa tu kebetulan elaun Action Research/AR/Thesis keluar, maka serangan kedai di sekitar Keningau pun berlarutan..haha..

Oleh sebab aku mau gaya yang ringkas saja, so try la cari skirt labuh.. Tapi OhMakOiiiii.... Mahal benor! Tidak berbaloi la.. Mau beli online, takut tidak sempat sampai plak.. Maunya aku pakai baju kuliah saja ni nanti..haha.. Cari punya cari, akhirnya decided untuk ambil jubah hitam.. Senang! Lagipun boleh pakai lagi next time mana-mana kenduri orang kawin kan.. So, thats it! Harga pun under badjet.. Kebetulan pula sebelum tarikh event tu, ada cuti raya haji kan.. Aku pun modified jubah tu.. Jimat kos sebab guna manik kakak aku..haha



Ada lagi kisahnya sebelum event ni.. haha.. Lucu pula bila ingat.. Nampak shawl half moon sakura yang aku pakai di atas ni? Nasib baiklah sempat sampai, kalau tidak...kempunanlah jawabnya... Plan asal adalah pakai saja shawl yang ada, tapi nampaknya rezeki berpihak kepada kami..hahah.. Petang tu sebelum masuk dewan exam, tanya pasal parcel tu, suda sampai ke pejabat pos keningau tapi kami takut posmen tidak akan hantar petang tu jugak.. So, fikir iktihar lain.. Minta junior tolong ambilkan.. Tapi hampa..Masuk dewan exam redha saja... Gila ahhh!! Bukan fikir pasal paper tu tapi parcel yang belum sampai ke tangan..haha.. FOKUS! Susah gila kut paper tu.. Tapi still ingat parcel tu.. Mata melilau tengok tingkap kot-kot ada kereta posmen..haha.. Aku masa tu ada keyakinan, parcel tu suda sampai di HEP..tapi timbul pula masalah bila fikir HEP tutup..Yalah kan da jam 5pm.. Rumate aku, masa tu duduk sebelah aku masa exam tu.. Jeling-menyeling manja..haha.. Bagi signal la bagai...Pengawas exam belum lagi benarkan keluar dia suda keluar..hahaha.. Nekad betul...hahaha..Kami redah saja walaupun time tu kak Hasnah suda balik..haha..Memandai kau!kahkahkah....   Tapi alhamdulillah.. Berkat ke-nekad-an beliau...haha..

Next! Sampai dewan hotel dah dekat jam 8.. Rata-rata kami bertolak jam 7.30pm..hahaha.. Apa boleh buat.. Memang tidak sempat! Oklah.. Sambung dengan gambar lah... JOM!


 Kami semeja..




Meet my gojes ex-classmate.. Julai 2007-Dec 2012 
Ni belum sampai 24 orang..heh!


34 plus lecturers...haha



Free style? Ahaks!



With Cik Fazliaton



Like our mom..




Cari mana lecturer..haha





TRIO... Rindu!



Chinggu.... Saranghae! ;)



Sebelum pulang..



Semoga jalinan ukhuwah antara kita akan tetap berpanjangan dan berkekalan sehingga ke akhirnya... Anda adalah kenangan terindah yang tidak ada tarikh luputnya.. :)




Till then, anneyongi kyesayo..




Nota bantal Buchuk : Lepas ni akan muncul lebih banyak entry peram, jeruk mempelam..haha.. Cerita-cerita yang tidak sempat diupdate tepat pada masanya.. InsyaAllah.. Edit gambar dulu la k..jommm..babaiiii


04 January 2013

Goryeo ke Joseon


Assalammualaikum ;)

Anneyonghaseyo...blog, mweohaeyo? Entry pertama di tahun 2013..Tahun baru, azam pun mestilah baru kan.. Azam aku tahun ni apa ya? Ermmm...belum terfikir secara detail lg..hahaha.. Boleh?! Alhamdulillah.. Result exam untuk final sem suda keluar.. LULUS. TAMAT PENGAJIAN.. Highlight kau! haha.. Aku rasa semua yang senasib dengan aku masih dihantui tanda tanya.. Bilalah tarikh temuduga SPP.. Posting bila dan di mana? huh! Hantu tersebut sangatlah kejam..haha.. Siapa hantu? hah? Monolog gila! lol..

Ok.. Abaikan lah benda yang tiada kaitan dalam entry ni.. Macam meroyan sangat! hahaha.. Sejak-sejak jadi ahli kesatuan KPM *Kesatuan Penganggur Malaysia ni aku mempunyai masa-masa yang terlebih-lebih.. eh! Bahasa mudahnya, masa free..haha.. So, kehidupan rutin aku agak rileks.. Ofkoslah channel 393 Astro One HD dan 392 KBS world HD dapat rating tertinggi... Tahniah! Then, one day tu aku tengok satu k-drama ni.. Kalau tidak silap The Great Doctor dan paling latest The Great Seer..

Dalam otak aku timbul pelbagai soalan.. eh! kenapa lain? kenapa ni? kenapa tu? Buat pengetahuan yang tidak tahu.. Kedua-dua k-drama ni historical drama.. Cara mereka berpakaian, rumah, dan kebanyakannya betul-betul resemble cara orang-orang China masa zaman-zaman dulu..  Goryeo? Bukan Joseon? Oleh sebab tahap curiosity aku terlalu tinggi so aku meminta bantuan hencek Google..haha.. Sonang! Hasil kepintaran hencek Google ni lah baru aku tahu serba sedikit.. Rupa-rupanya Dinasti Goryeo atau sebelumnya juga dikenali sebagai Goguryeo adalah bermula pada tahun 918 dan berakhir pada tahun 1392.. Dinasti Joseon bermula 1392 sehingga oktober 1897...  Sebenarnya Goryeo ni banyak hilang kekuasan sebab dipengaruhi oleh Dinasti Yuan sebab tu kehidupan dorang lebih resemble China....

Dah dah.. Kalau mau tahu lebih detail, baca sendiri..hahaha.. Penat den bagi link tu hah! Aku pun bukannya mau belajar pasal sejarahnya tapi cuma mau tahu sikit-sikit saja.. Kalau dibandingkan antara kedua-dua dinasti ni, aku lebih suka dan prefer Dinasti Joseon sebab masa tu dorang sudah ada identiti yang kukuh.. Aku sebenarnya memang suka la kesenian mereka ni.. Bukan sebab semata-mata aku suka k-pop.. NO! Sebab bagi aku dorang ni ada keunikkan tersendiri.. Entahlah..susah la mau explain..haha.. Bukan la bermaksud aku ni melebih-lebihkan kekoreaan tu...hahaha..lawaks! Ini tiada kaitan dengan semangat patriotik.. Itu dua perkara yang berbeza.. Tidak! Lain.. Macam mana mau explain ni ha? hehe..gila aah! Senang cakap lah aku impressed dengan mereka ni... Banyak benda..banyak hal.. Dan aku rasa tidak ada salah untuk kita ambil mana-mana yang baik daripada mereka.. Kena lah bijak.. Jangan ambil semuanya bulat-bulat.. Ubah suai mengukut kesesuaian kehidupan kita lah... eh! alamak.. Jauh sangat menyimpang ni...opsstt..sesat..Tolong!hakhakhak

Daripada sakit kepala fikir, baik layankan gambar-gambar kan..Moh le kite..


Dinasti Goryeo


King



 






Dinasti Joseon

King - Besar sikit gambarnya sebab.. Hensem..haha




Nampak perbezaan? Ermmm..dah la.. Tidak larat suda ni..hahaha... Banyak betul gambar.. 


Till then, babai.. Anneyongi kyesayo ;)


Nota Bantal Buchuk : Rupanya ada juga yang menanti blog diupdate..haha..Blah la weii... Bajet retiss! Tampar kang!hahaha.. Selamat berhibur :)






18 November 2012

Zaman IPG yang suda berakhir

Assalamualaikum ;)

Anneyonghaseyo.... Sebelum ke tajuk utama, Takziah aku ucapkan buat teman juga sahabat yang sudah aku anggap seperti keluarga sendiri atas pemergian bonda tersayang, Isabella...Bell, aku tau ko kuat dan ingatlah yang kami sentiasa ada.. Semalam, ebah text me dalam jam 9 lebih...Berita sedih ni sampai dan aku terus text bell walau tau dia tidak akan reply sebab mesti busy kan...Asalkan dia tau yang kami sentiasa ada untuk dia..



.............




Ok...sebenarnya aku sudah pasang niat untuk update entry pasal cerita ni.. Tapi macam-macam halangan..huhu.. Tidak apa, sekarang kan dah update.. Aku kuatkan semangat untuk update selepas dengar lagu Kookie oppa dari album terbaru dia..hahah.. Mesti haters k-pop caci aku kalau baca ni kan..hehe.. Gediks pula ber'oppa-oppa bagai kan.. Huhuhu.. Tulah kejadiannya.. Maaf la over ye.. Selalu kalau gediks macam tu ada gengs.. Sekarang menggediks dengan belog saja la...Tapi memang tidak best sangat la sebab belog boleh pinjamkan badannya untuk diconteng-conteng saja.. Tiada respon.. tapi bolehlah daripada tiada kan.. Sebenarnya kalau yang belum dengar lagu-lagu KJK yang baru ni, mesti dengar sebab lagu-lagu dia best dan sedih pula..sampai aku pun boleh jiwang..eh! tapi kan Ani cakap aku ni jiwang..Jiwang kah aku? hahaha.. Panjang betul mukadimah ni..alahaiiii...


Baiklah ye... Kalau diingatkan kembali.. Pada tarikh 10.11.12, maka tamat lah perjalanan 5 tahun setengah kami di IPGKK yang terchenta.. Macam baru semalam semuanya.. Tidak sangka begitu cepat masa tu berlalu.. Aku masih belajar untuk menerimanya.. Hakikat yang perlu aku akui dan terima.. Zaman itu suda berlalu dan takkan mampu aku tinggalkan semudah itu.. Masih terbayang-bayang tangisan kesedihan atas perpisahan yang terjadi antara kami semua.. Aku masih ingat, malam sebelum tarikh tersebut *malamlah sangat kan, sebenarnya subuh..haha aku masih sibuk packing segala barangan, harta karun aku selama 5 tahun setengah tu.. Sambil melipat semua baju aku memandang jam.. Suda jam 3 pagi... Tinggal beberapa jam lagi perpisahan akan terjadi.. Air mata terus turun membasahi pipi.. Sedih! Teramat-amat...


Pagi tu, dalam jam 7.. Bilik kami diketuk perlahan.. Aku yang tidak cukup tidur merasa terganggu..Huh! Lambat-lambat aku membuka pintu.. OH! Ac... Dengan muka bangas kami berpelukan.. Sedih...  Selepas adegen tersebut aku terus mencapai tuala dan bergegas untuk mandi... Lepas tu aku memulakan semula operasi packing yang masih belum selesai... Macam mau patah pinggang mengangkut kesemua barang tersebut ke bawah.. Nasib baik bilik kami di aras satu, kalau tidak.. Aku baling dari atas la gamaknya ye..hahaha... Dalam jam 9 lebih mama dan makcik aku pun sampai.. Oleh sebab abang aku tidak dapat cuti maka mama terpaksa chater/sewa kereta orang kampung kami untuk angkut barang-barang aku...


Aku rasa perasaan meninggalkan orang lebih sedih berbanding dengan ditinggalkan.. Sebab, orang yang tinggal tu masih bersama-sama dengan yang lain sedang aku suda mengisytiharkan perpisahan.. Kami berpelukan bersama.. Aku masih ingat orang yang pertama yang datang memeluk aku ialah Inna.. Teresak-esak aku menangis.. Masuk bilik masih menjerit "Haishhh...sedihnyaaaa" kepada roomate aku dengan nada bergurau walau air mata belum kering...


Selepas tu, sorang demi sorang yang datang dan kami berpeluk dan bertangisan.. Aku suda tidak menghiraukan sekeliling.. menangis kesedihan.. Sampai makcik cleaner tu cakap "tiapa...henfon kan ada...msg dan telefon la..."..aku senyum saja...dalam hati...Makcik, tidak sama suda macam di ipg.. Hari-hari jumpa...di kelas, di bilik, di tandas, di bilik dobi, di pekan... Kalau lepas ni jumpa, tidak sama suda..huhu.. Aku rasa sekarang ni macam bercuti sem, then nanti buka sekolah balik semula ke ipg..Tapi itu hanya ilusi saja.. Masih belajar menerima rutin kehidupan yang baru...


~Sahabat,
Aku amat berharap persahabatan yang terjalin antara kita akan kekal hingga ke akhir hayat... 5 tahun setengah bukan mudah untuk dilalui dan bukan sekejap.. Kenangan lima tahun setengah itu amat berharga.. Jgn cuba lupakan semua ttg semalam, kerana semalam suda terlalu jauh drpda kita... Kita tidak mampu untuk kembali kpd semalam... Kita hanya mampu mengingati semalam sebagai kenangan... Walau semalam ada suka atau duka, percayalah, semalam itulah yang sangat manis untuk dikenang untuk selamanya...~


Chinggu yaaaaaaaaaaaaaaa... Saranghae... Nomu nomu nomu saranghae...


Till i merepek melalut dengan jitu, babaiiii...anneyongi kyesayo ;)

Nota Bantal Buchuk : Akan berusaha untuk terus update...banyak mau update tapi semoga diriku jadi rajin dan ada feel mau update k~!



06 October 2012

Teaser : Seminar Penyelidikan Tindakan

Assalammualaikum ;)


Anneyonghaseyo...bagi teaser dulu k!..hahahaha..


Pic candid yang paling disukai setakat ini...teehee



we'all


me..huh?


alhamdullilah..akhirnya selesai juga..;)




till full entry, anneyongi kyesayo ;)



Nota Bantal Buchuk : Buat teaser dulu..tp teaser pnjg juga..hahaha...masih penah tagging-tagging di FB..hukhuk..ramainya mau di tag..huhu

02 October 2012

Hello kawan! Makan Banyak cili ea?

Assalamualaikum ;)

Anneyonghaseyo... blog, mweohaeyo? Lihat pada tajuk...ermmm...apa plak kesnya ni? Entri kali ni bukan cuba membuka lipatan sejarah, namun aku cuba mengajak anda sekalian kembali berfikir sejenak...

***********************************************************
Lorong 44 Jalan Mati,
Cerita Al-Hijab punya pasal,
98765 Sori Aku Pinjam Kejap,
Negara Suka Hati Ko la.

Ke hadapan kekanda si penikam-dari-belakang sekalian,

Apa khabar? Adinda harap kanda dalam sihatlah ya.. Maaf dinda ucapkan andai warkah ini mengganggu kanda..Apalah hendak dihiraukan jika dinda mencuri barang seminit dua daripada masa yang kanda ada dengan menikam belakang secara tidak profesional itu?

Kanda-kanda..dinda ada sedikit kemyuskilan ni.. Kenapa ya kanda, sudah habiskah makanan yang enak-enak di bumi ini sampaikan kanda sanggup untuk makan kawan sendiri? Enakkah kanda?? Kanda tahukah betapa perlakuan kanda itu telah mengakibatkan otak tidak berhenti daripada memikirkan apakah natijah kesemua adegen yang kanda cuba lakar dan lakonkan di realiti pentas wayang pancak ini, kanda? Semalaman dinda memikirkannya sehingga tidak dapat melelapkan mata sehingga pagi.. Nasib baiklah esoknya tiada kertas exam, kalau tidak..Nahas.! sia-sia kehidupan..

Kalaupun kanda cuba untuk mengenakan pihak yang lagi satu, janganlah kanda cuba untuk melibatkan kesemua makhluk yang lain kanda.. Kalau baling batu, sembunyilah tangan itu betul-betul.. Kalau menipu, tipulah pandai-pandai.. Ini tidak, menipu pun tidak berilmulah kanda.. Yang ditipu ni kanda, ada kaitan bau-bau bachang Detective Conan.. Memang cari nahaslah gamaknya ya kanda.. Kata orang kalau nak tengok makhluk halus, bukalah hijab..Nah, itu bahaya kanda..yang takutnya dinda bukannya kanda...Jadi dinda berhajat nak buka hijab yang membolehkan dinda melihat manusia berhati busuk, yang sampai hati menikam kawannya daripada belakang..Kalau yang itu, sudah tentu kanda yang takut bukannya dinda..I'm WATCHING you...!!hahaha

Sedalam-dalam luka di tangan, nampak berdarah, kanda.. Tapi ini lukanya nun tersorok di dasar hati, kanda.. Sekalipun sembuh, parutnya tetap kekal di sana..Adinda bukan apa kanda.. Bercakap ini ya kanda modalnya hanyalah mulut dan air liur sahaja.. Tetapi biasakanlah menambah modal dengan berfikir sebelum bercakap, kanda.. Supaya modal itu tidaklah sia-sia atau membazir saja, bukannya menguntungkan malahan merugikan diri sahaja..

Tapi, biarlah kanda.. Dinda redha..kerana kanda, dinda tahu dan percaya di dunia ini, kita punya bahagiannya masing-masing..yang sudah terjadi ini dinda rasa bahagian dinda..bahagian kanda, kalau tidak esok, lusa sampailah.. Masa itu barulah kanda tahu, langit itu tinggi atau rendah..

Sampai di sini sahajalah ya kanda warkah dinda ini..Panjang berjela-jela pun bukannya kanda insaf dan menggunakan otak kanda itu untuk berfikir secara waras.. Rasanya menghabiskan dakwat pena maya dinda ini saja..

Yang benar,
Adinda
Sareanghea ;)


****************************************************************


Full entri klik surat-layang-layang

Ermmm..baru dengar-dengar cerita..rupanya dipersalahkan lagi kerana entri ini...Alahai...sudah cukup, cukup sudah...Tidak payah menambah sengketa! Sepanjang entri yang telah di linkkan di atas, aku tulis.. Memang aku akui berada dalam keadaan sangat marah, kecewa, terkilan dsb... Orang akan fikir..." alaaah...tu pun mo jugak gini gitu....".. Hey you! ya youuu.. Cuba anda tempatkan diri anda berada di tempat aku... Susah bila bercakap dengan orang yang rasa dirinya suda terlebih pandai ni...Kita ni, jangan lah asyik mendongak ke langit, kadang-kadang pandang la bumi kita ni... Sakit tengkuk tau, lama-lama mendongak ni...hahahah


Apa yang aku curahkan dalam entri tersebut adalah berdasarkan situasi sebenar yang aku hadapi... Dan harus diingatkan, ini adalah blog aku..Tajuk pun Diari Moden...Sebuah diari berkenan cerita kehidupan aku, apa yang aku suka dsb...Cuma konsepnya berbeza daripada diari konvensional yang lebih bersifat peribadi dan tertutup.. Ini diari moden aku, aku suka konsepnya yang juga sebenarnya bersifat peribadi tetapi tidak tertutup kerana aku suka istilah "sharing is caring".... Aku share apa yang aku alami supaya menjadi iktibar kepada orang lain...


Dan sebetulnya, aku memang menulis entri tersebut secara bertujuan.. Tetapi anda suda katakan dan mengakui disebalik kesemua kejadian itu..Bukan anda DALANGnya... Jadi, kenapa harus anda terasa hati? Just let it go! Jangan mau touching-touching sini...go away! Maka pepatah nenek moyang kita dari dahulu lagi tu, sangat releven sampai ke saat ini.. "Siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya.."


Fatin Amalina, just let it be! Peduli la ko...Memang aku tidak kisah! Dan harus aku mention sini...aku sangat menyukai persekitaran kehidupan aku sekarang yang lebih sihat, segar dan bebas...berkawan dengan mereka yang sebenarnya kawan...



oklah, Anneyongi kyesayo ;)


Nota Bantal Buchuk : Wish me luck untuk Pembentangan Penyelidikan Kajian Tindakan PISMP Ambilan Januari 2009 tommorow k! Semoga dapat bentang dengan baik, jawap soalan dengan baik dan dapat markah yang baik juga... Untuk semua pembentang juga, Good Luck! Chingu ya!

18 September 2012

Ya Allah..Permudahkanlah.

Assalamualaikum


Anneyonghesayo...Rindu betul dengan musim berblog secara tegar..tanpa rasa bersalah walau kerja banyak yang menanti...Tapi kini, masa kian berubah, sedang pantai pun berubah =.="..apakah?hahahaks... Guys, seriously...This is very hard time to me...A lot works..super duper busy..harus ketawakah? hukhuk..





Ya Allah... Permudahkanlah segala urusanku..
amin ya rabb



till then...anneyongi kyesayo ;)


Nota Bantal Buchuk : Ternanti-nanti november berkunjung...tak sabar rasanya..walau teruja, namun kesedihan turut berduka.. Namun, pertemuaan penghujungnya pasti bertemu titik pemisah...Perjuangan bukan terhenti, bahkan baru berputik..Lambaian bukan kesedihan, tapi persaudaraan..

11 August 2012

My Precious 10 Ogos every year

Assalamualaikum

Anneyonghaseyo... erkk..Awkward pula...hehehe.. Apa tidaknya, lama suda tidak post apa-apa di belog kesayangan jantung hatiku ni..chewahh..sebelum panjang berjela-jela... Salam Ramadhan Kareem buat muslimin dan muslimat di seluruh dunia..Walaupun kita suda berada di penghujung kan.. Cakap pasal penghujung ni, tinggal beberapa hari lagi kita akan berhari raya kan, namun yang paling penting disebaliknya adalah tidak lama lagi daku akan pulang ke rumah dan berhari raya..hehe..ni pun da semangat menaip sambil dengar lagu-lagu raya.. Akan tetapi, bila terfikirkan assignment yang berlambak menuntut perhatian dan tarikh submit pun selepas raya, rasa macam berpinar-pinar juga ni..huh! Lagi satu persiapan raya aku tahun ni ala kadar saja, ermm...macam ada ngan tiada pula..sedih! Lain lah yang dapat bonus tu kan..huhu..Sabar wahai hati... InsyaAllah tahun depan turn aku pun akan sampai kan..jeng3x.. Bila cakap pasal tu, tinggal beberapa bulan lagi aku akan meninggalkan tahap kehidupan sebagai seorang student, trainee dll.. September-October-November...Ada la dalam 3 bulan cenggitu kan..


Eh! Panjang pula mukhadimah ni...Nampak sangat lepas gian lama tidak update belog kan..hahaha!

Ekceli, tujuan sebenar aku update ni mesti la berkaitan dengan tarikh keramat dalam hidup aku kan 10 Ogos setiap tahun.. Kenapa? Tanya lagi kan..huhu..Sebenarnya, orang yang perlu dihargai pada 10 Ogos ni adalah mama dan bapa aku kan yang bersusah payah kerana aku... Melahirkan dan membesarkan... U are really awesome mama dan bapa!



Special Thanks dedicate to all my Friend here at IPG..
Kumawo chingu ya..
sebenarnya cupcake ni ada 6 pcs, tapi dua ni tuan birthday yang empunya..teehee


Ermm..sebenarnya aku clueless juga bila cupcakes ni muncul kan..hehe..tidak disangka-sangka.. Apa-apa pun terima kasih daku ucapkan buat kalian.. ekceli, aku tidak rasa apa-apa bila 10 Ogos ni muncul, sebab rasa mau beraya dan balik umah lebih menebal dalam diri..kehkehkeh..


Totally awkward la...k blah aaa..hahah...Anneyongi kyesayo


Nota bantal Buchuk : Kaw-kaw blur...Ini akibat lama tidak update belog kan.. caca marba segalanya.. Terima Kasih juga buat semua yang wish birthday thru sms, fb-ing & mulut..haha.......Salam Eid Mubarak in advance ;)

12 June 2012

Mari Belajar Bahasa Korea Part 2 : Introduce yourself

Assalamualaikum


Anneyonghaseyo...blog, mweohaeyo? Ok..Korang kan kalau menonton korean drama, korean variety show etc lebih prefer subtitle apa? Kalau Malaysian memang tiada pilihan lain kan selain English subtitle atau Malay subtitle untuk online, kalau tengok di TV, Astro etc biasanya ada pilihan Malay, Chinese, English etc kan.. Oleh sebab kebiasaan kita dengan English subtitle, kadang-kadang bila tengok dengan Malay subtitle rasa janggal la pula.. Binggung dan blur kan..hahaha..ini memang jadi dengan aku.. Tapi bagusnya tengok dengan English subtitle ni, kita boleh belajar 2 bahasa dalam satu masa.. Korea - English - Malay.. Kan untung macam tu.. Memang kadang-kadang aku tidak faham some words, jadi disinilah berlakunya proses pembelajaran.. Kalau tidak faham word tu tidak lah faham apa yang cuba disampaikan kan kan..


Ok, mukadimah bukan main panjang bebeno..haha.. Sebelum ni aku ada share entry belajar bahasa korea ni Di sini.. Entry tu lebih kepada perkataan-perkataan mudah dan biasanya diguna pakai dalam kehidupan seharian. so, sekarang aku mau share macam mana mau memperkenalkan diri dalam bahasa korea..Aku bukan lah pandai, cuma share apa yang aku belajar...Kita sama-sama belajar.. Sharing is caring!






Irumi meoyeyo?     

WHAT IS YOUR NAME?  
Meoyeyo - What is
Irum - Name 


Che irumun Fatin Amalina imnida..

MY NAME IS FATIN AMALINA
* Cuma tukarkan nama anda saja


Banggap sumnida. 

NICE TO MEET YOU.



 Mannaso banggap sumnida.

 I M GLAD TO MEET YOU  



Annyonghashimnikka? 

 HOW ARE YOU? / HELLO
* Polite 



Ne, tokpuneyo Ann shi nun ottoseyo?

 FINE, THANKS AND YOU (name)?



 Ann shi Fatin Amalina

I M FATIN AMALINA
* Tukarkan nama anda



Odiso sashimnikka?

WHERE DO YOU LIVE?   



Odiso osyosumnikka?

WHICH COUNTRY ARE YOU FROM?
ODI NARA?
(less polite)  
Odi - where 
Nara - country 



Chon Malaysia salgo issumnida

I LIVE IN MALAYSIA
* Tukar ikut negara korang tinggal


 
Najung-e poepkessumnida

SEE YOU LATER
Najung-e - Later
poepkessumnida - See u



Naeil poepkessumnida

SEE YOU TOMORROW
Naeil - tomorrow



Annyonghi kaseyo (seing someone off) 

Annyonghi kyeseyo (leaving someone who remains)


GOOD BYE
* Ni selalu ada di penghujung entry kan..hehe





Choshimhashipshio

TAKE CARE



Amacam? Lepas ni suda boleh memperkenalkan diri dalam bahasa Korea la kan..hahaha..Tapi jangan mengada introduce macam ni masa buat presentation dalam kelas, mau nya kena lempang oleh pensyarah..haha..Atau dengan mereka-mereka yang tidak sepatutnya.. Sah-sah orang fikir ko meroyan, siapa susah? hahaha



till next part, annyonghi kyesayo guys..! Choshimhasipshio :)



Nota Bantal Buchuk : Tiba-tiba muncul di belog ngajar orang memperkenalkan diri dalam Bahasa Korea pula ngko kan..hahaha.. Bukan pandai, tapi kita sama-sama belajar... Rasa gumbira ni sekarang sebab hard disk aku yang ada the latest k-drama tu, suda kembali ke pangkal kehidupan... Huhu..

16 May 2012

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum

Anneyonghaseyo..blog, mweohaeyo? Hari ni 16 Mei 2012, Selamat Hari Guru aku ucapkan buat semua guru yang ada di dunia ni.. Teristimewa buat guru-guru yang pernah mencurah ilmu kepada aku.. Jasamu akan ku kenang sampai ke hujung nyawa.. Tahun ni merupakan tahun terakhir aku akan menyambut hari guru sebagai guru pelatih.. InsyaAllah tahun depan akan menyambut sebagai guru yang sebenar..haha..lawaks lah pula ayat aku ni..skema sungguh kan kan kan..



happy teachers day


Tanggungjawab yang besar terletak di bahu seorang guru



Banyak mau dicakap, tapi tiba-tiba blank...Seriously..hahaha..oklah, anneyongi kyesayo ;) babaiii


Nota bantal Buchuk : Paper B&K memang susah gila..aduhaiii..!! Next week hari last exam barulah paper kitaorang lagi..Siapalah yang begitu cute membuat schedule itu. Kau kekasih awal dan akhirlah gamaknya.. Haishhh..jeles tengok kawan-kawan berkeliaran balik ke rumah etc...seminggu lagi...sabarrrr... Oh ya! i got an invatation card already...Next week pergi Ranau dulu before back home.. Wedding Santa Thomas dan pasangannya..Congrets San..hadiah blom beli ni..suggestion?huhu

13 May 2012

SuperMama

Assalamualaikum

Anneyonghaseyo..Eh! hari ni or semalam hari ibu? Sebagai orang Islam, tidak boleh menyambut perayaan ini atas dasar sejarah smbutan hari ibu ini.. Namun, doa ku buat ibu-ibu sekalian, semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi..amin.. Buat insan terpenting dalam hidupku, first women in my life, the one and only mother, the best ever mom, love you with all my heart..Tidak pernah sedikit pun kecintaan ini berkurang buat mu mama... Walau mungkin dalam sehari ada sahaja perbuatan ku yang tidak kau senangi, maafkan kekhilafan tersebut.. Tapi percaya la, tidak pernah sedetik pun rasa hati ini meninggalkan kasih dan sayang terhadapmu..


Doa Untuk Ibu - Ungu

kau m
emberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan

hangat dalam dekapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan

reff:
oh ibu terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan

oh ibu semoga tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku

repeat reff

ooohh putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku


Aku yakin buat kita yang sudah melepasi zaman-zaman keremajaan, pasti mengakui yang dulu dalam kehidupan kita orang yang terpenting adalah KAWAN... Kawan-kawan adalah segala-segalanya, orang yang pertama sekali dalam hidup kita..Ya! aku mengaku, kalau dulu aku sangat suka datang ke sekolah sebab aku punyai ramai kawan.. Apa-apa hal, kawan lah tempat rujukan pertamaku.. Mengetepikan keluarga demi kerahsiahan dunia keremajaan..

Masa berlalu, lima tahun kebelakangan ini aku mula menyedari sebenar-benarnya erti kepentingan dan keutamaan.. Jauh dari keluarga.. ya! Di sana lah aku mula menyedarinya.. Tiada yang mutlak yang mampu menhulurkan bantuan seikhlasnya selain daripada keluarga sendiri..Aku mula menyedari siapa yang pertama dan utama dalam kehidupan.. Keluarga dan kemudiannya barulah datang SAHABAT.. Siapa sahabat ini? Ya, mereka yang turut ada di masa senang mahupun susah..

Namun konsep ini turut berubah secara total, apabila aku mula mengerti dan memahami maksud KEKELUARGAAN.. Keluarga itu adalah orang yang dekat dengan kita dan memiliki carta yang paling tinggi dalam hidup kita, manakala sahabat pula mereka yang juga dekat dengan kita dan memiliki keunikan yang mempengaruhi perjalanan hidup kita.. Apabila kedua-dua ini digabungkan, maka wujudlah konsep kekeluargaan yang unversal..

Sebenarnya, aku mula memahami dan mempercayai apabila peristiwa 10 Mei 2012 diungkit kembali... Untuk cerita yang lengkap klik link di bawah ni;


Bell, you must be strong untuk mummy... Aku tau dan kenal bell yang sangat kuat dan ceria.. Kami sentiasa ada di belakang untuk support ko.. Pedulikanlah mereka yang cuba mematahkan semangat ko tu..Kalau ko mo pinjam bahu, bahu aku pun boleh. Tulang aku penuh kalsium, baju aku cepat kering..Anytime ok...hehe..




Kawan-kawan yang membaca this entry, feel free to share your experience.. Siapa-siapa ada tips atau ikhtiar untuk pesakit kanser pun diharap boleh berkongsi sama ada di ruang komen atau kindly email me hanaqistina_Fa10@yahoo.com.. Thanks ya!




till then, anneyongi kyesayo ;)



Nota bantal buchuk : sakit otak suda tengok ni ayat-ayat cinta...better, sleeping beauty jom... Esok sambung balik kita EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling ya..hukhukhuk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...