blog background

08 February 2012

Yoo Jae Suk : Saya Hard die fan anda.!

Assalamualaikum

Anneyonghaseyo..Hye blog..hye juga untuk readers..ermm..adakah yang baca? Erkk..hehe..syok sendiri la tu..kehkeh.. Xpa janji saranghae belog sebab sudi menadah..ermm..Telinga? Dada? Perut? untuk aku conteng-conteng..ok fullstop (.) lalalala






Aku ni boleh dikategorikan sebagai peminat kipas susah mati Yoo Jae Suk ni.. Aku start minat Jaesuk oppa ni dalam Running man.. Tapi sebenarnya aku tengok dia first time dalam Happy Together.. Apa yang buat aku suka dia ni.. Sebab dia ni seorang yang sangat humble dan kind-heart.. Kenapa aku cakap macam tu? Cakap banyak pun tidak guna, so korang perlu tengok Running man dan Family outing baru korang tau dan faham apa yang aku cakap ni..

Kalau kita di Malaysia ni, dia ni boleh lah dilihat macam Aznil Hj Nawawi..Bukan niat untuk membanding beza tapi dua-dua mereka ni memiliki peminat dari kanak-kanak sampai lah makcik-makcik atau ahjumma-ahjumma..hehe..Korang tengok dulu then, u will know it.. Sebenarnya Jaesuk ni banyak gelaran yang dia dapat dan antara yang glamer adalah Grasshopper dan Nation MC.. Antara talk show dan variety show yang dia jd MC selain Running man dan Family outing adalah X-Man, Happy together, Come to play, Infinite Challenge dan banyak lagi lah.. For more 


Percaya atau tidak dia adalah antara selebriti di Korea yang tidak ada anti-fan, tapi aku ada terbaca yang baru-baru ni ada fan dia buat anti fan cafe..Aku tak tahu kenapa perlu dia buat macam tuh, tapi menurutnya untuk saja-saja..Takda kerja cari kerja la gamaknya..haha.. Kalau aku diberi peluang, memang aku mau jumpa jaesuk oppa ni.. Fan kan? haha..mimpi kot..lalalala.. Nampak memang hard die fan ni..;)


Sebenarnya kalau baca tentang kisah dia memang agak sedih juga lah..Yala, bukan mudah untuk sampai ke tahap yang memberi kepuasan kepada diri sendiri kan dan secara tidak langsung dapat memberi impak pada orang lain.. So, moral of the story.. Biar siapa pun kita dan beribu kali kita tersungkur, tetap lah terus berusaha untuk bangun dan berjalan sehingga kita mampu berlari..kerana selagi kita termampu insyaAllah jalan itu tidak akan pernah putus untuk kita lalui.. Redha setelah kita yakin usaha itu suda yang maksima yang boleh kita lakukan.. Kerana percayalah Allah S.W.T suda menetapkan yang terbaik buat kita..:)




till then, anneyongi kyesayo..





Nota bantal buchuk : Kenapa xboleh upload gambar lebih daripada satu? kejamnya anda wahai belog...!! ouch.!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...