blog background

20 November 2011

Surat Layang-layang

Assalamualaikum ;)






Lorong 44 Jalan Mati,
Cerita Al-Hijab punya pasal,
98765 Sori Aku Pinjam Kejap,
Negara Suka Hati Ko la. 

Ke hadapan kekanda si penikam-dari-belakang sekalian,

Apa khabar? Adinda harap kanda dalam sihatlah ya.. Maaf dinda ucapkan andai warkah ini mengganggu kanda..Apalah hendak dihiraukan jika dinda mencuri barang seminit dua daripada masa yang kanda ada dengan menikam belakang secara tidak profesional itu?

Kanda-kanda..dinda ada sedikit kemyuskilan ni.. Kenapa ya kanda, sudah habiskah makanan yang enak-enak di bumi ini sampaikan kanda sanggup untuk makan kawan sendiri? Enakkah kanda?? Kanda tahukah betapa perlakuan kanda itu telah mengakibatkan otak tidak berhenti daripada memikirkan apakah natijah kesemua adegen yang kanda cuba lakar dan lakonkan di realiti pentas wayang pancak ini, kanda? Semalaman dinda memikirkannya sehingga tidak dapat melelapkan mata sehingga pagi.. Nasib baiklah esoknya tiada kertas exam, kalau tidak..Nahas.! sia-sia kehidupan..

Kalaupun kanda cuba untuk mengenakan pihak yang lagi satu, janganlah kanda cuba untuk melibatkan kesemua makhluk yang lain kanda.. Kalau baling batu, sembunyilah tangan itu betul-betul.. Kalau menipu, tipulah pandai-pandai.. Ini tidak, menipu pun tidak berilmulah kanda.. Yang ditipu ni kanda, ada kaitan bau-bau bachang Detective Conan.. Memang cari nahaslah gamaknya ya kanda.. Kata orang kalau nak tengok makhluk halus, bukalah hijab..Nah, itu bahaya kanda..yang takutnya dinda bukannya kanda...Jadi dinda berhajat nak buka hijab yang membolehkan dinda melihat manusia berhati busuk, yang sampai hati menikam kawannya daripada belakang..Kalau yang itu, sudah tentu kanda yang takut bukannya dinda..I'm WATCHING you...!!hahaha

Sedalam-dalam luka di tangan, nampak berdarah, kanda.. Tapi ini lukanya nun tersorok di dasar hati, kanda.. Sekalipun sembuh, parutnya tetap kekal di sana..Adinda bukan apa kanda.. Bercakap ini ya kanda modalnya hanyalah mulut dan air liur sahaja.. Tetapi biasakanlah menambah modal dengan berfikir sebelum bercakap, kanda.. Supaya modal itu tidaklah sia-sia atau membazir saja, bukannya menguntungkan malahan merugikan diri sahaja..

Tapi, biarlah kanda.. Dinda redha..kerana kanda, dinda tahu dan percaya di dunia ini, kita punya bahagiannya masing-masing..yang sudah terjadi ini dinda rasa bahagian dinda..bahagian kanda, kalau tidak esok, lusa sampailah.. Masa itu barulah kanda tahu, langit itu tinggi atau rendah..

Sampai di sini sahajalah ya kanda warkah dinda ini..Panjang berjela-jela pun bukannya kanda insaf dan menggunakan otak kanda itu untuk berfikir secara waras.. Rasanya menghabiskan dakwat pena maya dinda ini saja..

Yang benar,
Adinda
Saeanghea ;)

*****************************************************************************

Jengjengjeng

Apa macam? ada yang sentap x? haha..Sebenarnya ini adalah berikutan kejadian kes tikam-menikam, makan-memakan gara-gara hot issues.. Praktikum fasa 3..nyummii.. BTW, goodbye, annyeong semester 6..then big welcome to Final Year... Belum pun masuk, 2012 cerita xenak ini jadi..cis.! xbersopan sungguh ya anda.! Never, aku xkan mentions who's that pokemon.. Biarkanlah.. Memang xsyoklah bila benda ni jadi..hye.! u know, how thats feeling..? When someone, tikam anda daripada belakang? Sakit tahu?

Ada cakap, tell my mum..Then, she said " xpayahlah gaduh-gaduh..biarkanlah dorang..."..Ya, i never..Tapi dorang sanggupkan buat macam tu? sampai hati buat kawan begitu.. Aku xlah sampai mau berdendam ka apa..Tapi cukup-cukup terkilan bila orang buat kita macam tu.. Lepas ni sepatah haram aku xkan percaya cakap orang yang never deserve it.. Kerana mereka memang TIDAK LAYAK..!! Better you shout, your mouth before i put it with glue or aku jahit-jahit...Xpun, jangan sampai aku cili-cilikan mulut korang, sampai satu tahap cili pun korang takut mau jumpa..ada faham.? 

p/s : Aku memang xberapa makan cili atau lada-lada ni, sebab aku xtahan pedas..

p/s/s : Jalan yang dilalui sebelum ini menyebabkan kita jatuh lalu tersungkur.. Masihkah perlu untuk kita lalui jalan tersebut sesudah kita yakin dan pasti kita bakal terjatuh malah akan terus terperosok melumpuhkan segala sendi tanpa dapat bangkit semula? Sependek-pendek akal manusia pun kalau sudah terjatuh dan merasa kesakitan itu, tidak akan terfikir untuk jatuh kali kedua yang kesakitannya bakal berganda akibat kesakitan yang pertama.. Andai terjadi sekalipun, di penghujungnya sesal bahkan tiada gunanya kerana yang JATUH TETAP KE BAWAH DAN BUKANNYA KE ATAS...

Malas mau panjang-panjangkan..so, better i stop here..Kalau ada yang termakan cili, terasalah pedasnya.. Kalau tidakpun, jadikanlah iktibar ya..Becauce, it might happen to you one day..either you like it or not.. So, better you be carefull with everyone arround you.. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain...Mana tahu rambut blonde, tapi hati tetap hitam..hahaha..who knows kan..??

p/s/s/s : hye..punya penat mau taip kanda-kanda, dinda-dinda nih..nyampah aku.!hahaha

till then, annyeongi kyesayo.. :)

Nota bantal buchuk : I love semester break..Saranghea, holiday..haha.. Naik tahun 2012, i m a final year student..ouch..! a 5 year just like nothing..pejam-celik-pejam-celik...here u go..When the final come, u have to say Goodbye..Annyeong..

2 comments:

Mrs Yaniee Nz said...

babe? be strong k. wlupun aku nda tau hujung pangkal ceta. tp apapun kuatkan semngat k. don't give up. think +ve jak. i'll always be with you! :)

Anonymous said...

Emperor Casino Review | Play at Shootercasino
A casino with the best graphics and exciting bonuses and a high quality user-friendly 제왕카지노 website, 샌즈카지노 Emperor Casino is definitely one of the febcasino top online casino

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...