blog background

24 October 2010

Tak Secantik Husna_Ainul Hazrah

salam n hello readers!

my 2nd ntry for today!haha..rajinnya...anak sapa la ni kan..??lalalala

hokey2..stop!jgn puji aii lebeh2 k..nnt aii jd kembang semangkuk..*adakah? blah la luuu..kiki..ekceli smlm aii da abis baca novel Tak Secantik Husna by Ainul Hazrah..thanks to cik Ibah cos pinjamkn novel tu..sistem barter..ok hapa ;)..haha..


Sinopsis : TAK SECANTIK HUSNA
LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang


Bg aku novel ni ok, jln cita pun ok, watak pun ok...kira ok la tu...not bad la..laju jgk aku bca..klu aku bca laju n cpt abis alamatnya, novel tu kira ok la..dr 5 bintang aku bg 3.5 bintang..*ceh..sighhh~_~...lalala..ekceli cita dia..eh! mna blh bg taw..xsuspen la..aku pnt2 bca korg sng2 sja maw taw kan..ha! p baca sndri..dptkn di kedai2 b'hampiran anda..sementara stok masih ada..promosi ni leh mnta claim ka?hahaha..tp tp tp kan..apa yg btkn aku gila2 teruja ni kan..heeethee..sbb "stem cell" atau "sel stem"..*sma sja kan tuh..bi n bm sja bezanya...lalala..korang pernah dgr x? aku ngaku fes tyme dgr taw sal bnda ni..kesiannya aku..pdhl bnda ni da lma kut...ok, mari kira selidik, apa bnda "stem cell" ni k! jom..


Sel stem merupakan satu bidang bioteknologi yang sudah lama diperkenalkan di dunia. Sel stem yang diperkenalkan di Malaysia beberapa tahun lepas menjadi jalan penyelesaian kepada beberapa pemasalahan penyakit terutama berkaitan genetik.

Kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati darah tali pusat mengandungi banyak sel termasuk sel stem. Pada tahun 1998 pula, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit fanconi anemia.

Pada tahun 1997, Hospital Universiti (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya - PPUM) berjaya melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang pesakit talasemia major yang didermakan daripada adiknya yang baru lahir.

Begitu juga pada tahun 2005, buat pertama kalinya, PPUM berjaya melakukan pemindahan sel stem darah periferal alogenik daripada penderma yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan pesakit yang menderita leukemia.

Sel stem ialah sel kosong berbanding sel-sel lain yang bersifat tersendiri dan berkeupayaan terbahagi dan menghasilkan rangsangan pembentukan sel-sel lain seperti dalam darah merah dan sel darah putih.

Darah di dalam tali pusat bayi adalah sumber sel stem yang sangat bernilai secara genetiknya.

Sel ini yang ada di dalam tali pusat adalah building block kepada darah dan sistem pertahanan yang biasanya akan ditukarkan kepada sel darah merah, sel darah putih dan platelet, iaitu sel yang akan memulihkan kecederaan. Oleh itu ia boleh digunakan untuk merawat sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat 70 jenis penyakit seperti parkinson, alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, penyakit darah (barah, talasemia, anemia), sklerosis berbahagi, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang. 

 

sebenarnya, stem cell ni ialah 'master cells' kerana dr 'sel master' inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ dan sistem di dalam keseluruhan tubuh badan kita. Sel stem mempunyai kemampuan utk b'ubah menjadi kebnykn jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain. Sel darah yang baik akan disimpan dalam beg darah khas dan kemudian dimasukkn dlm satu tangki khas yang dipenuhi dgn cecair nitrogen dan suhunya pula dikawal di bawah tahap beku iaitu -196 darjah celcius. Biasanya, 30ml-100ml darah boleh didptkn dr darah tali pusat dan ia boleh disimpan lebih dr 20 TAHUN taw x?hebat bukan..??

terdapat 2 punca utama sel stem :
1- sel stem dewasa
ia boleh diperoleh drpd janin yg gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak. sel-sel ini mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dgn sel stem embrionik. bilangannya agak kurang dan adakalanya sukar untuk diperoleh (contohnya drpd bahagian otak dan retina mata)

2-sel stem embrionik
sel ini diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh badan (in_vitro fertilisation) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik). terdpt suatu perbahasan moral dan etika yg hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio utk penyelidikan. Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik. kira-kira  100ml boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil biasanya kanak-kanak

Ada beberapa syarikat swasta yang menjalankan khidmat menyimpan sel darah tali pusat ini dengan mengenakan bayaran permulaan sebanyak RM2000 hingga RM2500 dan bayaran tahunan sbnyk RM200 hingga RM250. Darah tali pusat ini hanyalah untuk kegunaan diri sendiri, ibubapa atau adik beradik si penyimpan darah. *tengok..blh bt bisnes lg..hebat btul teknologi..

Namun begitu, Pusat Darah Negara juga ada menyediakan perkhidmatan tersebut dengan menubuhkan Bank Darah Tali Pusat Nasional. Disamping menyimpan darah tali pusat untuk penggunaan sendiri, orang lain yang memerlukan darah tali pusat boleh memanfaatkannya melalui transplantasi alogenik (berbeza dari segi genetik). 

klu maw taw lbh bnyk lg g taip or search sja 'Stem Cell' msti jmpa..nice info kan?

sapa ckp bca novel xda manfaat? sapa ckp baca novel juz tuk jiwang2, cintan-cintun or angan-angan? hellooo..blom baca blom taw! plz la...+ve blh x? jgn judge a book by its cover only..lain kali try la bha bca2 sket..xknl mka x cinta.. i mean, novel melayu ok! produk kita cermin kita..jgn egois sgt!

till, next novel.....tata titi tutu...

nota bantal buchuk:lepas gian bca novel, slps sekian lama...next novel?? apa ya? nnt try tnya2 la..k! adiosamigos...sarang-hee-yoo..haha..motif?




2 comments:

Einaz Shah Rizal Thomas said...

haiy cik belog yang cute ;)
nice to see your blog .

love einaz!

Fatin Amalina said...

owh..haiii cik einaz yg gojes :)
thanks sbb singgah ke blog xsbrpa sya ni..heeethee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...