blog background

18 November 2012

Zaman IPG yang suda berakhir

Assalamualaikum ;)

Anneyonghaseyo.... Sebelum ke tajuk utama, Takziah aku ucapkan buat teman juga sahabat yang sudah aku anggap seperti keluarga sendiri atas pemergian bonda tersayang, Isabella...Bell, aku tau ko kuat dan ingatlah yang kami sentiasa ada.. Semalam, ebah text me dalam jam 9 lebih...Berita sedih ni sampai dan aku terus text bell walau tau dia tidak akan reply sebab mesti busy kan...Asalkan dia tau yang kami sentiasa ada untuk dia..



.............




Ok...sebenarnya aku sudah pasang niat untuk update entry pasal cerita ni.. Tapi macam-macam halangan..huhu.. Tidak apa, sekarang kan dah update.. Aku kuatkan semangat untuk update selepas dengar lagu Kookie oppa dari album terbaru dia..hahah.. Mesti haters k-pop caci aku kalau baca ni kan..hehe.. Gediks pula ber'oppa-oppa bagai kan.. Huhuhu.. Tulah kejadiannya.. Maaf la over ye.. Selalu kalau gediks macam tu ada gengs.. Sekarang menggediks dengan belog saja la...Tapi memang tidak best sangat la sebab belog boleh pinjamkan badannya untuk diconteng-conteng saja.. Tiada respon.. tapi bolehlah daripada tiada kan.. Sebenarnya kalau yang belum dengar lagu-lagu KJK yang baru ni, mesti dengar sebab lagu-lagu dia best dan sedih pula..sampai aku pun boleh jiwang..eh! tapi kan Ani cakap aku ni jiwang..Jiwang kah aku? hahaha.. Panjang betul mukadimah ni..alahaiiii...


Baiklah ye... Kalau diingatkan kembali.. Pada tarikh 10.11.12, maka tamat lah perjalanan 5 tahun setengah kami di IPGKK yang terchenta.. Macam baru semalam semuanya.. Tidak sangka begitu cepat masa tu berlalu.. Aku masih belajar untuk menerimanya.. Hakikat yang perlu aku akui dan terima.. Zaman itu suda berlalu dan takkan mampu aku tinggalkan semudah itu.. Masih terbayang-bayang tangisan kesedihan atas perpisahan yang terjadi antara kami semua.. Aku masih ingat, malam sebelum tarikh tersebut *malamlah sangat kan, sebenarnya subuh..haha aku masih sibuk packing segala barangan, harta karun aku selama 5 tahun setengah tu.. Sambil melipat semua baju aku memandang jam.. Suda jam 3 pagi... Tinggal beberapa jam lagi perpisahan akan terjadi.. Air mata terus turun membasahi pipi.. Sedih! Teramat-amat...


Pagi tu, dalam jam 7.. Bilik kami diketuk perlahan.. Aku yang tidak cukup tidur merasa terganggu..Huh! Lambat-lambat aku membuka pintu.. OH! Ac... Dengan muka bangas kami berpelukan.. Sedih...  Selepas adegen tersebut aku terus mencapai tuala dan bergegas untuk mandi... Lepas tu aku memulakan semula operasi packing yang masih belum selesai... Macam mau patah pinggang mengangkut kesemua barang tersebut ke bawah.. Nasib baik bilik kami di aras satu, kalau tidak.. Aku baling dari atas la gamaknya ye..hahaha... Dalam jam 9 lebih mama dan makcik aku pun sampai.. Oleh sebab abang aku tidak dapat cuti maka mama terpaksa chater/sewa kereta orang kampung kami untuk angkut barang-barang aku...


Aku rasa perasaan meninggalkan orang lebih sedih berbanding dengan ditinggalkan.. Sebab, orang yang tinggal tu masih bersama-sama dengan yang lain sedang aku suda mengisytiharkan perpisahan.. Kami berpelukan bersama.. Aku masih ingat orang yang pertama yang datang memeluk aku ialah Inna.. Teresak-esak aku menangis.. Masuk bilik masih menjerit "Haishhh...sedihnyaaaa" kepada roomate aku dengan nada bergurau walau air mata belum kering...


Selepas tu, sorang demi sorang yang datang dan kami berpeluk dan bertangisan.. Aku suda tidak menghiraukan sekeliling.. menangis kesedihan.. Sampai makcik cleaner tu cakap "tiapa...henfon kan ada...msg dan telefon la..."..aku senyum saja...dalam hati...Makcik, tidak sama suda macam di ipg.. Hari-hari jumpa...di kelas, di bilik, di tandas, di bilik dobi, di pekan... Kalau lepas ni jumpa, tidak sama suda..huhu.. Aku rasa sekarang ni macam bercuti sem, then nanti buka sekolah balik semula ke ipg..Tapi itu hanya ilusi saja.. Masih belajar menerima rutin kehidupan yang baru...


~Sahabat,
Aku amat berharap persahabatan yang terjalin antara kita akan kekal hingga ke akhir hayat... 5 tahun setengah bukan mudah untuk dilalui dan bukan sekejap.. Kenangan lima tahun setengah itu amat berharga.. Jgn cuba lupakan semua ttg semalam, kerana semalam suda terlalu jauh drpda kita... Kita tidak mampu untuk kembali kpd semalam... Kita hanya mampu mengingati semalam sebagai kenangan... Walau semalam ada suka atau duka, percayalah, semalam itulah yang sangat manis untuk dikenang untuk selamanya...~


Chinggu yaaaaaaaaaaaaaaa... Saranghae... Nomu nomu nomu saranghae...


Till i merepek melalut dengan jitu, babaiiii...anneyongi kyesayo ;)

Nota Bantal Buchuk : Akan berusaha untuk terus update...banyak mau update tapi semoga diriku jadi rajin dan ada feel mau update k~!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...