blog background

06 October 2012

Teaser : Seminar Penyelidikan Tindakan

Assalammualaikum ;)


Anneyonghaseyo...bagi teaser dulu k!..hahahaha..


Pic candid yang paling disukai setakat ini...teehee



we'all


me..huh?


alhamdullilah..akhirnya selesai juga..;)




till full entry, anneyongi kyesayo ;)



Nota Bantal Buchuk : Buat teaser dulu..tp teaser pnjg juga..hahaha...masih penah tagging-tagging di FB..hukhuk..ramainya mau di tag..huhu

02 October 2012

Hello kawan! Makan Banyak cili ea?

Assalamualaikum ;)

Anneyonghaseyo... blog, mweohaeyo? Lihat pada tajuk...ermmm...apa plak kesnya ni? Entri kali ni bukan cuba membuka lipatan sejarah, namun aku cuba mengajak anda sekalian kembali berfikir sejenak...

***********************************************************
Lorong 44 Jalan Mati,
Cerita Al-Hijab punya pasal,
98765 Sori Aku Pinjam Kejap,
Negara Suka Hati Ko la.

Ke hadapan kekanda si penikam-dari-belakang sekalian,

Apa khabar? Adinda harap kanda dalam sihatlah ya.. Maaf dinda ucapkan andai warkah ini mengganggu kanda..Apalah hendak dihiraukan jika dinda mencuri barang seminit dua daripada masa yang kanda ada dengan menikam belakang secara tidak profesional itu?

Kanda-kanda..dinda ada sedikit kemyuskilan ni.. Kenapa ya kanda, sudah habiskah makanan yang enak-enak di bumi ini sampaikan kanda sanggup untuk makan kawan sendiri? Enakkah kanda?? Kanda tahukah betapa perlakuan kanda itu telah mengakibatkan otak tidak berhenti daripada memikirkan apakah natijah kesemua adegen yang kanda cuba lakar dan lakonkan di realiti pentas wayang pancak ini, kanda? Semalaman dinda memikirkannya sehingga tidak dapat melelapkan mata sehingga pagi.. Nasib baiklah esoknya tiada kertas exam, kalau tidak..Nahas.! sia-sia kehidupan..

Kalaupun kanda cuba untuk mengenakan pihak yang lagi satu, janganlah kanda cuba untuk melibatkan kesemua makhluk yang lain kanda.. Kalau baling batu, sembunyilah tangan itu betul-betul.. Kalau menipu, tipulah pandai-pandai.. Ini tidak, menipu pun tidak berilmulah kanda.. Yang ditipu ni kanda, ada kaitan bau-bau bachang Detective Conan.. Memang cari nahaslah gamaknya ya kanda.. Kata orang kalau nak tengok makhluk halus, bukalah hijab..Nah, itu bahaya kanda..yang takutnya dinda bukannya kanda...Jadi dinda berhajat nak buka hijab yang membolehkan dinda melihat manusia berhati busuk, yang sampai hati menikam kawannya daripada belakang..Kalau yang itu, sudah tentu kanda yang takut bukannya dinda..I'm WATCHING you...!!hahaha

Sedalam-dalam luka di tangan, nampak berdarah, kanda.. Tapi ini lukanya nun tersorok di dasar hati, kanda.. Sekalipun sembuh, parutnya tetap kekal di sana..Adinda bukan apa kanda.. Bercakap ini ya kanda modalnya hanyalah mulut dan air liur sahaja.. Tetapi biasakanlah menambah modal dengan berfikir sebelum bercakap, kanda.. Supaya modal itu tidaklah sia-sia atau membazir saja, bukannya menguntungkan malahan merugikan diri sahaja..

Tapi, biarlah kanda.. Dinda redha..kerana kanda, dinda tahu dan percaya di dunia ini, kita punya bahagiannya masing-masing..yang sudah terjadi ini dinda rasa bahagian dinda..bahagian kanda, kalau tidak esok, lusa sampailah.. Masa itu barulah kanda tahu, langit itu tinggi atau rendah..

Sampai di sini sahajalah ya kanda warkah dinda ini..Panjang berjela-jela pun bukannya kanda insaf dan menggunakan otak kanda itu untuk berfikir secara waras.. Rasanya menghabiskan dakwat pena maya dinda ini saja..

Yang benar,
Adinda
Sareanghea ;)


****************************************************************


Full entri klik surat-layang-layang

Ermmm..baru dengar-dengar cerita..rupanya dipersalahkan lagi kerana entri ini...Alahai...sudah cukup, cukup sudah...Tidak payah menambah sengketa! Sepanjang entri yang telah di linkkan di atas, aku tulis.. Memang aku akui berada dalam keadaan sangat marah, kecewa, terkilan dsb... Orang akan fikir..." alaaah...tu pun mo jugak gini gitu....".. Hey you! ya youuu.. Cuba anda tempatkan diri anda berada di tempat aku... Susah bila bercakap dengan orang yang rasa dirinya suda terlebih pandai ni...Kita ni, jangan lah asyik mendongak ke langit, kadang-kadang pandang la bumi kita ni... Sakit tengkuk tau, lama-lama mendongak ni...hahahah


Apa yang aku curahkan dalam entri tersebut adalah berdasarkan situasi sebenar yang aku hadapi... Dan harus diingatkan, ini adalah blog aku..Tajuk pun Diari Moden...Sebuah diari berkenan cerita kehidupan aku, apa yang aku suka dsb...Cuma konsepnya berbeza daripada diari konvensional yang lebih bersifat peribadi dan tertutup.. Ini diari moden aku, aku suka konsepnya yang juga sebenarnya bersifat peribadi tetapi tidak tertutup kerana aku suka istilah "sharing is caring".... Aku share apa yang aku alami supaya menjadi iktibar kepada orang lain...


Dan sebetulnya, aku memang menulis entri tersebut secara bertujuan.. Tetapi anda suda katakan dan mengakui disebalik kesemua kejadian itu..Bukan anda DALANGnya... Jadi, kenapa harus anda terasa hati? Just let it go! Jangan mau touching-touching sini...go away! Maka pepatah nenek moyang kita dari dahulu lagi tu, sangat releven sampai ke saat ini.. "Siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya.."


Fatin Amalina, just let it be! Peduli la ko...Memang aku tidak kisah! Dan harus aku mention sini...aku sangat menyukai persekitaran kehidupan aku sekarang yang lebih sihat, segar dan bebas...berkawan dengan mereka yang sebenarnya kawan...



oklah, Anneyongi kyesayo ;)


Nota Bantal Buchuk : Wish me luck untuk Pembentangan Penyelidikan Kajian Tindakan PISMP Ambilan Januari 2009 tommorow k! Semoga dapat bentang dengan baik, jawap soalan dengan baik dan dapat markah yang baik juga... Untuk semua pembentang juga, Good Luck! Chingu ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...